Tutorial install Windows 8 dalam Windows 7 (tanpa USB, DVD drive)

windows8 041

Tutorial asal : Install Windows 8 without USB and DVD drive

Cara install Windows 8 di dalam Windows 7 untuk buat dual boot tanpa memerlukan anda menyediakan installer Windows 8 dalam bentuk USB atau DVD drive.

Paling selamat, buat satu partition kosong dalam lebih kurang 20GB size dan install Windows 8 dalam partition tersebut. Jangan install dalam satu partition sama dengan Windows 7.

Step 1 :

1. Extract atau mount the ISO Windows 8 developer preview.

win8 install

2. Anda boleh lihat folder2 dan file2 berikut dalam ISO tersebut. Kalau tekan setup.exe boleh terus install Windows 8 dalam Windows 7 tetapi akan menindih Windows 7 tersebut.

Lagipun masa nak install tak boleh pilih partition nak install. Jadi elakkan tekan setup.exe atau autoplay.

win8 install[7]

3.  Buka folder Sources dan dalam folder tersebut ada Setup.exe.

win8 install[9]

Tekan Setup.exe dan kini anda boleh install Windows 8 dalam Windows 7. Masa nak install sila pilih Custom (Advanced) dan lepas tu boleh pilih nak install Windows 8 dalam partition mana satu.

Sila install Windows 8 dalam partition kosong dan jangan install dalam satu partition dengan Windows 7.

win8 install[11]

Untuk buat partition kosong boleh resize atau shrink hard disk anda menggunakan diskmgmt.msc (Disk Management).

Selamat mencuba :)