UXDE dot Net Wordpress Themes

Tutorial install WhiteD00r untuk iPhone 2G/iPhone 3G

By

WhiteD00r ialah custom firmware untuk iPhone 2G dan iPhone 3G. Ia juga boleh digunakan pada iPod Touch 1G dan 2G yang sudah tidak menerima updates iOS terbaru daripada Apple. Whited00r membolehkan anda mendapatkan fungsi2 baru dalam iOS4 seperti folder, multitasking, wallpaper di dalam iOS 3.1.3.

iOS 4.2.1 jika digunakan pada iPhone 3G sangat berat dan menjadikan iPhone sangat perlahan dan lag. Oleh itu, saya sarankan downgrade dan guna whited00r sebab ianya ringan, laju dan jimat bateri.


Cara install WhiteD00r dalam iPhone 2G/ iPhone 3G

1. Backup contacts dan sms anda jika perlu, sebab kita akan “format” balik iPhone dan masukkan balik custom firmware iaitu whited00r.

2. Jadikan iPhone 2G/3G anda dalam DFU mode. Boleh buat manual atau gunakan software iReb. Download di sini : http://ih8sn0w.com/index.php/products/view/ireb.snow

3. Download iOS CFW “Whited00r” untuk iPhone 2G dan iPhone 3G. Ada dua versi iaitu locked dan unlocked, tetapi jika tidak pasti download yang unlocked sahaja. Semua sim card boleh guna.

4. Extract file 7z tersebut dan letak file ipsw dalam mana2 folder di komputer anda.

5. Buka iTunes, cucuk iPhone dalam DFU mode dan iTunes akan detect iPhone anda kena restore. Tekan “Shift” pada butang restore" atau “ALT” jika guna Mac dan select file ipsw yang baru anda download.

whited00r iphone 3g

Sila tunggu sebentar proses installation atau “restore ipsw” akan bermula. Dalam 10-15 minit siap format iPhone anda.

whited00r iphone 2g

Anda tak perlu lagi jailbreak sebab automatik jailbreak lepas install Whited00r. Kalau nak install apps dalam AppStore, banyak app yang untuk iOS 4 sahaja tidak boleh digunakan pada whited00r. Tetapi saya dah cuba beberapa apps popular macam Angry Birds, Fruit Ninja, Instagram, Facebook semua boleh guna tanpa masalah.

Cydia dah ada siap-siap cuma anda perlu tambah source dan install package sahaja. Yang mana masih lagi guna iOS 3.1.3 default atau iOS 4.2.1 pada iPhone 3G tu saya cadangkan guna whited00r ini confirm puas hati.

Selamat mencuba! :D

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 57 Comments

  1. Shah

    Salam,

    Saya dah ikut dah step by step pakai Whitedoor ni, tapi tak de coverage, (dia tulis no service ). Macamana nak buat?

    • EiNS

      DFU nie ko jadikan phone dalam pwned mode…atau nama lain recovery mode…boleh buat manual tekan2 butang tapi aku recommend ko guna iREB

  2. muzie

    nape bile Download iOS CFW “Whited00r” untuk iPhone 2G, asyik failed je? dh la lame nk tggu..huhuhu

  3. ZORO

    soalan2:
    1. apa version iphone 3g lepas instal whitedoor ni?
    2. baseband berubah tak?
    (on 3g running ios 4.2.1, baseband 06.15.00, at&t unlocked)

  4. mat

    tnye skit..aq pkai bb 6.15..n aq da ikot step by step..p masalah coverage aq no service…aq da cek kat network..simcard dye detect..p msalah coveragse aq skunk ni..npe x detect???aq download yg unlock nye…

  5. Zahirul

    Bro , themes dia mmg mcm tu ke ? ada biru-2 tuh ? hehe bukan ape Burok sikit lew . hahaha . Anyway thanks bro untuk tutorial ni!

  6. Zahirul

    Salam bro , dah masuk ireb tu then nak pilih yng mana satu ? -ip 2g
    then , da click dkat whitedoor untuk iphone 2g tuh ? download linknya mana ? hhuhuhu tolong :):)

  7. Zahirul

    Salam bro , penting ni . Semua dah siap tapi slepas habis saya pegi dkt about masih 3.1.3 ? saya download iREB r4 (For iOS 3.x.x to 4.x.x) ? Then Dah siap sye pegi apps store click angry birds season , pastu tulis This Application not comfortoble , dia suruh guna 4.0 software! Tlong bro

    • EiNS

      memang whited00r nie iOS 3.1.3…aku rasa aku test angry birds, fruit ninja etc boleh je main kat whited00r…ko download dari installous la bukan dari appstore

  8. Zahirul

    intallous ? dri mne dtg tuh ? tolong ea bro . lagi satu , Jailbreak tu gune dia mcm mne ? ade kene mengene dgn CYDIA ke ? tolong bro huh ;)

  9. Zahirul

    Dan lagi satu , mcm nk messeage kan , nak reply balik msg tuh ? tak boleh ? Then , viber ? dah msukkan nombor tpi nak tekan CONTINUE tak boleh ? haha kenapa bro ?

    psal installous tuh mcm mne bro ? nnti terangkn details-2 . sorry sebab menyushkn luuu bro , nanti wa blanje topup :P

  10. Reno Bravo's

    Bor ..
    nie udh tak gituin..
    tapi masalahnya iphone’a minta di aktivasi..
    gmna cara’a bor..
    panggilan darurat gimana lagi bor.. saya dh coba 112 dan 999 ttep aj gak bisa activated iphone..
    tolong pncrhannya bor..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing