Kalau hendak download movie, drama ataupun anime biasa saya akan gunakan uTorrent. Download speed yang saya dapat dengan menggunakan uTorrent boleh dikatakan agak memuaskan, sekitar 150-180 kbps jika torrent itu mempunyai banyak seeders.
Namun, jika untuk mendownload file bersaiz besar contohnya iso dengan saiz 6gig atau 7.77 gig seketul, saya perlu bergantung kepada alternatif lain, contohnya seperti Torrent Flux. Konsep torrentflux adalah seperti berikut; anda download dulu torrent kepada server (dengan kelajuan tinggi) kemudian file2 dalam server itu anda boleh transfer secara direct download terus kepada pc anda. Walaupun file itu bersaiz 7.77 gig sekalipun, anda boleh direct download dari server torrentflux dengan kelajuan memuaskan.
1. Menggunakan uTorrent
Pertama sekali, download dan install uTorrent (filehippo link). Selepas install sila lancarkan uTorrent dan boleh biarkan ia minimize kepada system tray.
Katakan anda hendak download anime One Piece HD, anda perlu download dulu file torrent. Sila buka tokyotosho untuk dan search one piece hd. Kemudian, jika sudah jumpa episod yang anda cara tekan pada link untuk buka/download file torrent.
Selepas itu, uTorrent akan mula men-download anime one piece hd dan anda hanya perlu tunggu progress download mencapai 100% untuk menonton anime tersebut.
2. Menggunakan Torrent Flux
Torrent Flux ialah perkhidmatan berbayar untuk mendownload torrent dengan kelajuan yang memuaskan jugak la. Walaupun tempat anda telah block segala jenis p2p software termasuk torrent, dengan torrent flux itu tidak jadi masalah. Lagipun, kalau berkongsi internet dekat rumah sewa pun tak akan affect user lain sebab torrent flux langsung tidak melibatkan p2p kerana ianya berasaskan web applications.
Kalau berminat nak beli torrent flux, boleh contact bro @mx510. Nak order pula boleh tengok sini: Order Torrent Flux. Harga paling murah ialah RM20 sebulan dengan storage 8gig.
Kalau dah beli akaun, anda akan diberi username, password dan adress untuk access torrent flux. Admin page dia lebih kurang seperti di bawah;
Apa yang anda perlu buat hanyalah upload file .torrent ke admin page torrent flux. Biarkan proses transfer selesai dan kalau boleh tinggalkan file tersebut untuk seeding pula.
Untuk mendownload pada server, anda perlu dapatkan download link menggunakan ftp. Download dan install program filezilla terlebih dahulu. Pastikan anda tahu adress, username, password dan port terlebih dahulu sebelum gunakan filezilla. (biasanya admin @mx510 akan email segala butiran penting kepada pembeli).
Pada filezilla, masukkan host (ip adress), username, password dan port. Kemudian tekan connect untuk login pada ftp server torrentflux. Jika berjaya login, anda akan dapat lihat folder dan file yang anda telah download menggunakan torrentflux web admin.
Untuk mendapatkan link download, right click pada file dan tekan copy url to clipboard.
Untuk mendownload, buka IDM anda dan add new download. Paste url yang aku copy daripada filezilla, dan masukkan juga username dan password ftp anda. Tekan ok untuk mulakan download.
Cuba tengok screenshot, saya sedang men-download file bersaiz 6.324 GB secara direct download. Kelajuan download adalah bergantung pada kelajuan internet anda juga, dengan screamyx 1Mbps biasanya saya dapat download speed kira-kira 50-150++ kbps jika direct download dari server ftp torrentflux.
Laman torrent faveret;
- Japanese/Korean Drama - http://www.d-addicts.com/forum/torrents.php
- Anime/ Japanese Drama – http://tokyotosho.info/
Selamat mengikuti tutorial ini, saya dah cuba tulis seringkas mungkin. Cuti-cuti ini harus lah menorrent banyak2 games, movies, drama, tv-series dsb bagi membuat bekalan pada semester depan pula.
Selamat mencuba! :)
Users who found this page were searching for:
- tutorial menggunakan TorrentFlux
- cara download guna utorrent
- server buat torrentflux
- download drama korea
- apa gunanya utorrent
- guna u torent
- thunder bypass torrent 2011
- cara guna file torrent
- cara download guna bitcomet
- cara menggunakan u-torrent untuk download movie
Related posts:







