UXDE dot Net Wordpress Themes

Tutorial flash Android/WP7 dalam HTC HD2

By

htc hd2

Artikel dari pembaca JomPHP : AzizAdli (ajiswannabe@gmail.com) (download original article: http://goo.gl/PCtbg)

Hai semua, salam satu Malaysia salam hormat dari saya. Hari ni disaat ini aku nak kongsi satu entri pasal handphone HD2. Basically entri ni khusus untuk orang yang dah beli HD2 atau pun berminat nak beli HD2 atau pun sesiapa yang suka membaca. Apesal aku tulis ni macam skema jeh? Haha ok2.


WARNING: Mende ni macam format OS korang so ape2 gambar ke contact ke ape2 lah silalah backup dulu ok. Ntok Windows Phone 7 tak semua SD-card korang disupport untuk upgrade nih sebab ader repot kate dorang xlepas nak upgrade pastu kalau korang ikot masalah WP7 nih memang banyak orang cakap pasal SD card nih. So kalau korang bernasib baik korang leh pakai sd card korang. Aku nasihatkan pakai micro-SDHC 8gb sekurang-kurangnya. Kalo korang check kat micro-sd korang ader tulis class kat situ. Tak silap aku kalau class 6 da ok. Windows Phone 7 akan automatically format micro-SDHC korang jadik internal memory. So backup3 rakan2 ku..haha

WARNING 2: Semestinya korang akan Void warranty sebab korang telah menggodam hp korang.

WARNING 3: Khas untuk HD2 europe ataupun HD2 yang ade dekat Malaysia, bukan yang US version ataupun yang ader T-Mobile.

 

REMINDER: Aku tak letak sangat gambar dalam entri nih maybe korang leh soh JomPHP carikkan gambar. Aku akan letak gambar2 penting jeh~. And ni bukan prank atau ape2 demi Allah memang mende ni jadik. Aku sendiri ader HD2 hehe. (Best pakai WP7 J). Ni ader video comparison HD2 ngan HD7 http://forum.xda-developers.com/showpost.php?p=10592075&postcount=83.

REMINDER 2: Bagi mengelakkan process2 ni jalan ngan smooth aku nasihatkan korang bukak semua program ngan click kanan run as ADMINISTRATOR!!

 

Requirement sebelum hack/flash HTC HD2

Ok apa yang korang perlukan ntok hack/upgrade OS HD2 korang:

a. HD2 Battery sekurang-kurangnya 50% dan keatas. Kalo dalam process ni battery korang out memang tup jadi brick atau bata jelar HD2 korang. Sila carefull eh.

b. Cable micro-USB, Mende ni dapat skali time korang beli HD2. Ala cable yang ntok connect kat pc korang tu yang boleh charge2 jgak tu.

c. Microsoft Windows. Kalau boleh pakai windows 7 sebab tak pernah try kat XP atau Vista. Selalunya Vista boleh lagi.

Haa korang da ader semua bende2 atas ni?So jom proceed untuk upgrade HD2 korang. First things first korang mesti check dulu software HD2 korang. Aku akan try gune term2 yang senang untuk difahami ok.

First sekali korang kene flash HSPL. Ape HSPL?aku pon xtau tetapi sangat mandatory untuk korang flash mende nih. Apa itu flash?korang menguploadkan file ke HD2 korang, senang cita macam upgrade sistem lah. Macam mane?

a. Ok first sekali korang kene update Windows Mobile Device Center/WMDC dekat sini http://www.microsoft.com/windowsmobile/en-us/downloads/microsoft/device-center-download.mspx.

b. Then korang kene tutup semua antivirus ataupon korang allow mende ni running, kalau tak faham macam mane nak allow just tutup je antivirus tu kejap haha. 100% selamat taka der malware Trojan atau apa2 seangkatan denganya. Note: Kalau ader masalah je tutup antivirus ok kalo xder just proceed.

c. Penting! Korang mesti kene ada SPL version SPL 1.42.0000, SPL 1.62.0000, SPL 1.66.0000, SPL 2.07.0000, SPL 2.08.0000, SPL 2.10.000 untuk install HSPL nih. Macam mane nak check? Tutup HD2 korang then sebelum on HD2 tuh tekan lame2 volume DOWN sambil on HD2 korang. Sila jangan lepas volume down sampai keluar screen macam ni.clip_image001

d. Ok da ader kuar camtu?korang check SPL tuh version dieh. Selalunye mesti SPL 1.42.0000. Incase kalau korang tak dapat macam ni try update HD2 korang ke latest ROM kat official site sini http://www.htc.com/europe/SupportDownload.aspx?p_id=297&cat=2&dl_id=1043

e. So?da ader SPL 1.42 tu?Download file ni http://forum.xda-developers.com/attachment.php?attachmentid=347155&d=1277138402. Korang register kat Xda developer tu pastu download file tu.

f. Extract file tu kat dalam folder mana2. Synch HD2 korang dengan PC korang pakai WMDC dengan USB cable.

g. Run HSPL3_PKG.exe dari folder yang korang extract kat f. tadi then carefully bace ape yang dorang tulis tuh. Basically dorang tulis pasal dorang tak bertanggungjawab ape yang akan jadi kalo ader masalah tiba2. Aku pon, better korang siap2 battery jangan tiba2 mati plak HD2 korang.

h. Lepas dah run click next, program tu akan masukkan korang dalam screen tiga colour tadi.

i. CAUTION!!Pilih hanya pilih 2.08.HSPL.

j. Pilihan korang tadi akan flashed kedalam phone korang.

k. Then lepas da finish peratus tuh. Program akan tulis Succesfully Done.

l. HD2 korang akan reboot sendiri. Tahniah korang dah pon upgrade SPL korang.

m. Pastikan SPL korang dalam keadaan upgrade (check balik off dan on sambil tekan volume DOWN tadi)

Katakanlah korang nak anta warranty hp korang nih. Korang just flash atau korang just update je ROM korang pakai official update link kat atas tadi tuh. Dia akan flash balik SPL korang kepada yang biasa balik.

Amacam?Leceh kan?Tapi korang memang kene buat macam ni ntok proceed step2 seterusnya. Step Ke-2 dalam mengupgrade HD2 korang iaitu upgrade Radio korang. Radio ni bkanlah radio FM ataupon ape. Ni adalah firmware untuk radio baseband atau gsm korang. Kalau tak paham xper just proceed ntok upgrade hehe.

a. First sekali korang kene download file radio nih http://www.multiupload.com/QP0IWGY42F

b. Extract file korang da download tadi tu dalam satu folder. Pastikan ada RUU_Signed.nbh dengan CustomRUU.exe.

c. Then just run CustomRUU.exe tu. Pastu just follow die instruction die.

d. Tahniah anda telah berjaya upgrade Radio anda.

Flash Android 2.2 Froyo (desire stock ROM)

htc hd2 android rom flash

Haa penat?Ok2 skang da nak masuk part kita nak masukkan OS dah ni. Excited tak?hahaha. Reminder that korang kene ader battery yang mencukupi orait. Haa ni untuk korang pakai android dulu. Banyak gila da ROM2 untuk android developer2 dari site xda korang leh dapatkan. Tapi aku recommend yang stock dulu untuk korang try2 android nih. Nanti aku bagi link jom kita tengak macam mane nak masukkan android nih.

a. Macam biasa korang kene download mendownload. Download MAGLDR version 1.12 kat sini http://www.multiupload.com/JGJITWOU5Y.

b. Download stock ROM dari DFT nih HTC Desire ROM http://box.noobhands.com/magldr/DFT_LEO_NAND_Android.rar atau http://rapidshare.com/files/439988137/DFT_LEO_NAND_Android.rar Then extract je kat mana2 dalam PC korang (Paling stable aku rase kalau nak merasa ROM lain just tengok2 kat sini. Jangan main download jeh bace dulu orait. http://forum.xda-developers.com/forumdisplay.php?f=928

c. WARNING!! Start part ni korang akan membuang OS WMobile korang.

d. Then extract dalam satu folder. Pastu macam biasa connect HD2 korang ngan PC then just run ROMUpdateUtility.exe.

e. Ikut je instruction dieh bagi tu proceed. Tahniah lepas je die update MAGLDR tuh korang dah pon ader satu perantaraan ntok masukkan samada Android ataupon Windows Phone 7 dalam HD2 korang. Korang on je HD2 korang nanti korang akan masukkan interface macam dalam gambar ni clip_image003. Lebey kurang macam tu ok. Tu version lame 1.10. Yang korang da download version 1.12.

f. Ok kalau korang da ader kuar macam ni just tkan volume down sampai USB flasher tuh. Then just tkan button call untuk enter. Connect HD2 korang ngan USB cable orait. Tunggu windows korang setel download/install drive HD2 korang smpai ader kuar Wait USB kepada Wait USB…USB

g. Bukak folder DFT_Android dari b. tadi then just run DAF.exe. Proceed ngan instruction die next2 sampai succesfull. Time ni korang akan nampak kat HD2 korang macam kuar hijau2 lah macam ader orang hack. Haa tengah install la tuh hehe..Excited x excited x..

h. Tadaaaa..tahniah..korang dah pon upgrade ROM korang dari huduh WMobile kepada android YES!..ehehe Bkan YES yang serabot2 kat USM nih tp YES! Untuk anda.

i. Note: Kalau nak format balik ke WMobile tuh sila ikot procedur diatas. Tapi ingin diingatkan bahawa kalau ikot procedure atas memang tros format ke WMobile stock. Korang kene ulang balik procedure2 HSPL ke Radio Ke MAGLDR tahu!

j. Note: Untuk masuk kedalam interface MAGLDR bagi yang nak cuba ROM2 lain sila tekan butang power lame2 sampai die masuk dalam interface tu okay. Ulang step atas untuk ROM2 lain. Dalam Xda die pakai term NAND. So pilih hanya NAND dkat forum xda tuh. Jangan pilih yang recovery/zip/ format okay. Ni bagi yang sape2 nak try Gingerbread the soo call 2.3 android tuh http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=877777.

Flash Windows Phone 7 ROM (convert HD HD2 kepada HTC HD7)

windows phone 7 htc hd2

Okay Selesai sudah Android punye tutorial. Skang kita proceed tutorial Windows Phone 7. Uhuhu bestnyee..haha ok2 procedur die lebih kurang je ngan android tadi. Aku buat android dulu sebab aku dulu start memang ngan android punye NAND. Baru2 ni jeh baru developer DFT ngan Cotulla(Otai HD2) release WP7 punye NAND. This rom is still in development tapi mane2 yang nak try NAND ni yang nak try merasa WP7 boleh proceed. The android is much more stable I think than this NAND. Ok inilah care carenye.

a. Download file nih http://www.multiupload.com/FUFYGQKSYF. Extract ke mane2 folder kat dalam PC korang. Aku cadangkan buat satu folder HD2 and then dalam tu asing2kan folder2 nih. Takot bercelaru abes PC korang haha.

b. WARNING!! Korang mesti Install sampai ader MAGLDR 1.12 baru korang leh proceed ok. Apa2 masalah aku xtanggung kalau korang ader skip2. Terima Kasih. Peringatan balik, jangan proceed kalau battery korang sikit. Kang dah jadi brick memang tak leh wat pape lar~.

c. Ok pada yang dah bubuh MAGLDR 1.12 tadi abaikan folder MAGLDR proceed ngan WP7. Bace dulu readme.txt tu!Hehe dalam tu korang basically akan bagitau korang ape yang kurang apa yang lebih dalam Windows Phone 7. Bagi aku yang dah guna ni. Semua okay tapi ader satu slack. Part Windows Live punye service. WIFI ape semua boleh pakai tapi tular Windows Live service. Facebook ape semua ok cantek. Haa tapi jangan risau. Kalau Korang bernasib baik korang boleh guna jugak live service tapi ikot nasib korang nanti kita citer ok.

d. Bukak folder LEO70_ROM. Tutup HD2 korang, then tekan butang power lame2 sampai interface MAGLDR 1.12 tu kuar. Pilih USB Flasher dengan tekan volume up atau down. Tekan butan call untuk proceed. Connect HD2 korang ngan USB cable then just tunggu Wait USB kepada Wait USB…USB.

e. Run DWI.exe dari dalam folder LEO70_ROM tadi. Bace then proceed semua tekan2 next.

f. Wallahhh..Korang da ader WP7 dalam HD2 korang..perghhh macam HD7 tuh..hahaha.

g. Important! Ntok first boot nanti, jangan tuka bahase English US ke English UK takot nanti interface camera xder so korang xley la rakam dalam HD nanti.

h. Important 2!! Macam bug kat atas maybe ader bug2 lain dalam WP7 rom nih. Aku nasihatkan kalau nak try2 xder hal sebab aku pakai setakat ni ok jeh~ :D

i. Macam biasa kalau nak reset balik semua ke WMobile korang just Flash je stock ROM macam kat official link atas tadi.

PERINGATAN!! Tutorial pasni hanya untuk orang yang nak guna Live Service!

Amacam?Seronok tak pakai WP7?Mesti seronok punye. Korang leh berlagak kat member2 korang yang pakai Iphone wat so ever korang skang. Korang leh ader Android and WP7 dalam satu Handphone jeh. Haha so skang ape yang tinggal?kerjasama..haha kidding2 skang yang tinggal adalah tutorial ntok korang punye Live Service. Tutorial ni agak tricky sebab korang kene actually hack supaya korang leh install secara haram dalam Phone 7 korang pergh siap da cakap Phone 7 tu haha padahal HD2 jeh haha. K jom checkout camne nak wat mende ni.

a. First sekali korang kene ader mende2 ni dalam PC korang. Cam biasa download~ http://www.mediafire.com/?o5q7ylsi8gxbt94. Aku kat USM so aku tak dapat nak download file nih tapi sepatutnya dalam file ni ader ChevronWP7.exe, ChevronWP7.cer, Connection Setup.xap, Touch Xplorer.xap and XBMODDeployer.xap. Oh da dapat download dari leech hehe confirm ader mende2 nih, siap ader readme.txt. Yang mane da pandai English tu leh la ikot readme. Lebey kurang je aku cuba simple kan jeh haha.

b. First korang kene install WP7 sdk Windows Phone Developer Tools kat sini http://www.microsoft.com/downloads/en/details.aspx?FamilyID=04704acf-a63a-4f97-952c-8b51b34b00ce.

c. Install then korang install Zune plak. Ni ntok synch korang punye Phone 7, Zune jugak function ntok connect Phone 7 korang ntok hack nanti.

d. Lepas da install Zune korang kene connect Zune ngan Phone 7 korang sampai ader keluar korang da connected. Pastu disconnect balik.

e. Next, kana der file name ChevronWP7.cer dalam folder korang doload tadi. Amek file tu attach kat email korang and then korang email diri sendiri.

f. Bukak email korang gune Phone 7 korang (Pakai Gmail integration atau YahooMail dalam Phone 7 korang) mesti connect ngan internet la kan haa. Bukak email Korang tu then bukak ChevronWP7.cer tu. Tekan sekali die kuar gambar shield. Tekan sekali agi untuk install.

g. Connect Phone 7 korang ngan Zune and then open unlocker ChevronWP7.exe (allow chevron ni kalo ader mende2 halang okay) and pastikan date kat phone korang adalah betol okay.

h. Then korang install TOM Xap installer.exe tuh. Haa jangan skip2 tahu…

i. Lepas korang da install WP7 sdk tadi, tekan start bukak All Program then pilih Windows Phone Development Tools pilih Application Deployment. Deploy Connection Setup.xap, Touch Xplorer.xap and XBMODDeployer.xap.(Note: Kalau die fail korang kene try chevron kat atas tadi balik sampai boley okay, try tutup Antivirus ke ape2 yang block, jangan block plak nanti abes jadi panjang keje hehe)

j. Lepas korang da deploy kan korang bukak XBMODDeployer.xap dalam Phone 7 korang. Mende ni automatically akan install/extract file CustClear.provxml dalam folder Phone 7 korang. Bukak Touch Explorer masuk dengan tekan 2 kali My Documents/ My Ringtones/ CustClear.provxml.

k. Copy/Cut CustClear.provxml nih ngan tekan button … , pastu korang tekan button back then tkan folder Windows 2 kali tunggu sekajap (agak lame die loading) then korang tekan … lagi paste (overwrite kalo ader kuar overwrite..itupon kalau ok). Then tkan je back sampai korang kuar explorer.

l. Bukak Connection Setup, then just amek tanda right. Done! Ntok check korang da wat ngan betol atau tak just restart Phone 7 korang and then check kat setting about phone kalau die tunjuk HD7 haa korang da wat dengan betol tahniah kalau tak dia akan tunjuk LEO07.

m. Okay masuk the tricky and luckiest part. Korang tak boley sign in live service skang ni sebab Windows die block korang punye WP7 kalau korang tak caye try sign in Live/Hotmail korang kat Phone 7 haha mesti mintak code kan soo skang ni senang cita korang call No nih. Kalau nasib korang baik korang dapat activation code. Macam aku nasib aku baik aku dapat code tuh. Korang hanya perlu dapatkan sekali jeh. Simpan code tu sebaik mungkin. Actually problem tu ader officially dalam windows punye website http://support.microsoft.com/kb/2431699. Tapi ura2 dalam web kate maybe akan ada masalah aku pon tak tau dorang kate akan soh mintak dekat HTC plak. So baik korang cepat2 try mintak. Just call no 1800-886-295 ok. Just try Ur luck okay. Kalau dah ader Key generator takkan susah2 nak call soo korang kene try ni dulu sebab skang xder lagi key generator.

n. Kalau korang/anda sume da dapat code nih. Haa just masukkan code2 tu dalam 5 column die mintak tu then Wallah!korang da activate Phone 7 korang. Peringatan!!! Satu activation code hanya untuk satu Live ID!!..Okay bermakna satu Phone 7 aje so aku xley le nak tolong korang. Huhu.

Haa dengan ini tamatlah tutorial HD2 daripada aku dari AzizAdli. Terima kasih kerana bare dengan tutorial yang buhsan ni kay. Haha selamat mencuba orait~ Ini tutorial pertama dari aku so salah silap sila maafkan. Pape masalah boley email ke ajiswannabe@gmail.com kay masalah btol2 je baru email k.

Credits: Cotulla, DFT, Semuaaaaa xda developers. Yang aku ingat MDJ, hastarin, memang ramai lah talented2 developer, :http://forum.xda-developers.com

Thnx dekat Eins kerana post tutorial ni kat blog die :D

Reference: http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=905841

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 21 Comments

  1. zahir

    Kalau la assignment camni confirm dah lulus…xpyh xtent…haha
    Tahniah kepada si pembuat tutorial…Rajin sgguh anda…

    • EiNS

      well kalo buat assignment detail2 pun x bermakna lulus…
      markah exam final jugak dikira…
      trimas kpd junior aku yg tulis tutor nie 3 jam lebih kot dia tulis

    • EiNS

      Android byk functionality though interace not the best…

      wp7 is cool but still new, not so many apps available…kalau berkesempatan singgah kat maxis centre test smartphone android ngan wp7

  2. drzint

    skunk gune wp 6.5…software adew yg running xbt0l…menyebabkan fon xley nk on…so kene format blk…ingat nk tuka android plak…

  3. oto1202

    SPL-3.03.0000 XE

    aku dah minta buat kat kedai, tapi dia tak dpt buat. So, hd2 aku root WinMo 6.5 tapi boleh boot ke android froyo 2.2. bila dah android, asal off phone akan kembali ke WinMo. aku tak dpt upgrade firmware android la. So, cara korang di atas ni adakah WinMo removed terus? Aku punya ni ada cara ke nak Android saja?

  4. fahmi ibrahim

    Lepas tengok tutorial ni, aku wat research. ramai orang buat. dan android ni nampak cool. so esok lusa boleh a survey HTC HD murah2. hehe.. ade sape2 nak jual?

  5. yang buta it

    gile panjang… adeh… aku baru dapat pakai hd2 ,, windows mobile mmng tak boleh blah… lagipun skrang aku nmpak ada yg dah pakai hd2 jellybean , ICS,

    boleh terangkan sket advantages dan disadvtanges die dengan windows mobile ni, kalau dihackan”

    nak cuba upgred tapi risau function core tepon tak boleh pakai, sprti camera, telefon, blah3. hihihihih :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing