UXDE dot Net Wordpress Themes

Tutorial Encode Anime, Movie, Video Klip Bersaiz Kecil Berkualiti Tinggi

By

encode-minicoder

Tutorial ringkas menggunakan Minicoder dan x264 untuk menghasilkan file video bersaiz kecil dan berkualiti tinggi dalam format MKV (Matroska).

Kebanyakan encoder akan menggunakan Megui/Handbrake/Staxrip dan sebagainya untuk proses encode tetapi cara encode agak rumit dan tidak sesuai kepada pengguna biasa. Jadi, saya memilih untuk menggunakan Minicoder untuk tutorial ini kerana Minicoder lebih mesra pengguna.

Untuk proses encode file kecil berkualiti tinggi, amatlah digalakkan menggunakan computer dengan processor dual core atau quad core.  Secara teori processor dual core adalah dua kali lebih laju dan processor quad core adalah empat kali lebih laju daripada processor single core.

Cara encode video guna Minicoder

1. Download minicoder (nov 2011)

2. Download dan install Avisynth.

3. Extract minicoder.rar dan run Minicoder.exe. Jika terdapat update sila update kesemua file yang diperlukan.

minicoder

4. Import video yang anda hendak encode, contohnya anime atau video klip.

minicoder[6]

5. Anda boleh pilih Quality, File size, resolution, video yang hendak diencode. Kalau anime, saya cadangkan pilih saiz antara 60-100 MB dan set Quality kepada CRF (Anime) dan codec x264.

hunter-minicoder

6. Contoh video resolusi 720p bersaiz 70 MB yang saya encode daripada file asal bersaiz 400 MB. Menarik kualitinya bukan?

minicoder[8]

7. Jika anda encode file video macam movie atau video klip boleh pilih setting Very High (TV-Shows/Movies).  Post processing adalah optional dan boleh meningkatkan masa encode video jika dipilih.

selena-minicoder[6]

8. Contoh video klip yang saya encode daripada file asal 150 MB 720p kepada 20 MB 720p MKV. Anda boleh bereksperimen menggunakan custom video bitrate dan audio bitrate untuk hasil yang lebih baik.

minicoder[12]

9. Anda juga boleh memasukkan subtitle ke dalam video yang hendak diencode. Tekan pada bahagian subtitle dan pilih subtitle dalam format srt atau ass.

minicoder[10]

Contoh drama yang diencode dalam medium quality dan dengan subtitle.

minicoder[14]

10. Anda boleh melancarkan minicoder samada menggunakan Minicoder.exe ataupun MOD-MORE.exe. MOD-MORE adalah versi yang diubahsuai dan lebih sesuai untuk convert anime.

minicoder x264

10. Default x264 yang saya letakkan adalah 8 bit. Anda boleh menggantikan x264 8 bit kepada 10 bit dengan mendownload x264 10 bit daripada laman x264.nl. Download kemudian gantikan dalam folder x264.

Video 10bit lebih berkualiti tinggi dan bersaiz kecil namun mengambil masa dua kali untuk encode berbanding asal. Kalau biasa encode 30 minit dalam format 8 bit boleh jadi satu jam atau lebih untuk encode dalam format 10 bit.


Teorinya sangat ringkas, dan lebih mudah jika anda download dan cuba encode sendiri. Mungkin di masa akan datang saya akan menulis tutorial Megui atau Handbrake pula untuk settings yang lebih advanced.

Selamat mencuba! :)

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 31 Comments

  1. eki

    Salam..
    nak tnye ckit..
    knp bile encode fairy tail 720p mkv 280mb jd 200mb mkv je..
    rasenye setting sume dh same..
    dh set size jd 70mb..bile siap tgk jd kcik skit je..
    dh set crf codec x264..yg lain same dh..
    any idea..btw ape crf value(muncul bile pilih quality CRF)default 20..ke kna ubah bnda ni?

    • EiNS

      Ntuk anime,

      guna mod-more.exe, select size contoh 70MB…check kat VFR gak…ntuk CRF letak value 20-26…memang kalau guna CRF output dia mungkin beza…boleh try encode kepada very high +50 anime juga…

    • Oren

      CRF ni tahap quality.makin kurang CRF (19 pling minumum)=makin high quality=saiz pon lbih besar. Kalo fairy tail ni, ak encode gne CRF=26 sbb byk action/lwn/fast motion.

      Kalo nk blajaq lbih lnjut dlm encode anime, cbe pegi forum minitheatre.org. Kt sane rame tok guru encoder anime :)

      • EiNS

        Biasa aku set CRF=26 pun ok dah…aah aku banyak refer pasal minicoder dan megui kat minitheathre…saja blaja time bosan2 padahal bukan niat nak jadi encoder pun…

        ada tak team2 dari malaysia yang buat kerja encoding2 nih?

  2. amoi

    aku tahu guna Megui. Aku tunggu tutorial Megui kau.
    Btw, aku suka tutorial ni :)
    Tak complex macam tutorial Megui yang aku Google hari tu

    hihi

  3. XLAWS

    Saya pengguna MeGUI :)

    Kalo utk anime mmg sesuai guna ni. tp x berapa sesuai utk movie,dorama, PV, & MV. lbh ok guna MeGUI. ni antara pendapat sy.

    byk2 encoder software yg pnh sy guna mcm EiNS nyatakan td. MeGUI yg paling terbaik.

    nak tgk quality encode sy ok ke x, cer lawat kat sini.
    http://xlawsmusicsekai.blogspot.com/

    Sy guna Hi10P.

    • EiNS

      Oo…bro rajin encode2 gak rupanya…
      aku just learn for knowledge, takde la sangat join scene encoder nie…haha
      baru tgok blog bro…nice yeah

  4. madwizard

    erm..bagi aku,tak gemar sgt kepada encoder base-Avisynth. pasal Avisynth ni tak support multi-core. w’pun dah ada beta yang support multi-core, tp still experimental. well tunggu dan lihat cmner

    • EiNS

      aku ada byk encoder software, cuma mostly anime aku pakai minicoder coz malas nak ubah2 parameter dah…speed conversion pun laju dah di PC quadcore aku
      ko pakai encoder apa bro?

  5. karya

    bleh tak terangkan yang file size tuh?.. kita kena masukkan size yang kita hendaki atau?..size file yg asal yg kita nk tukar tuh? :dizzy:

  6. faiz

    Salam bro.. nk taye,

    1)vrf tu pe? nk check ke x? utk pe ea bende tu?
    2)klu utk movie anime yg citer smpi sejam lbh tu nk gune
    crf jgk ke?
    3)value crf plak nk ltk brape? beze ke mgikut jenis
    anime?

    sory byk taye.. bru nk blaja.. best sgt klu teror encoding ni. :biggrin: ty anyway

  7. eki

    10. Default x264 yang saya letakkan adalah 8 bit. Anda boleh menggantikan x264 8 bit kepada 10 bit dengan mendownload x264 10 bit daripada laman x264.nl. Download kemudian gantikan dalam folder x264.
    >yg x264 10bit tu nk download yg mane?ad bnyk kt website tu..ad yg 64bit n 32bit lagi..

  8. AMIN

    minicoder dari group minitheatre.. sekarang ni aku tengah tunggu VAFE r13 dari minitheatre.. sbb r12 masih ada bug..

  9. nari

    boleh x masukkan cerita heirs dalam maaduu….cerita terbaru korea…pelakon dalam nie hbat2 blake tek….blh x masukan cerita tengah mendapat sambutan hangat di korea atau di negara lain..spt school 2013,iris 2,49 days pelakon jong ll woo…that winter the wind blows and can you hear my heart..teringin sgt nk tgk cter nie dlm maaduu…cte lain pon best2 jgk..tpi cte nie x de episode penuh dlm youtube…nk tgk mana….

  10. nari

    skarang nie sy tgh tonton drama autum in my heart….ari 2 knpa 2 minggu maaduu x jdi sdh ase…tiba2 jdi…skarang dh jdi tek x ptus2 cte….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing