Tutorial BlueStacks : install dan gunakan aplikasi Android di komputer Windows

bluestacks windows

BlueStacks ialah perisian yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Android di komputer Windows anda. BlueStacks boleh dipasang secara percuma (buat masa sekarang) di komputer desktop, laptop, netbook mengunakan sistem operasi Windows 8, Windows 7 dan Vista. Tiada sokongan BlueStacks untuk pengguna Windows XP.


Download BlueStacks

bluestacks for windows

Anda boleh download di BlueStacks.com atau download menerusi direct link : http://cdn.bluestacks.com/public/2002/BlueStacks_AppPlayer_Alpha.msi (116.98 MB)

Cara install BlueStacks

Download dan install macam biasa. Selepas install, satu gadget Android akan muncul di desktop anda seperti di bawah :

bluestacks android

Terdapat beberapa apps terbina dalam BlueStacks, dan anda boleh lancarkan apps berikut dengan double click.

Contoh Apps terbina dalam BlueStacks

pulse bluestacks

Pulse – feed reader

talking tom bluestacks

Talking Tom Cat 2

drag race bluestacks

Drag Race

Image 043

Aporkalypse

Cara install file APK dalam BlueStacks

bluestacks apk

Associate file apk dalam computer anda kepada HD-ApkHandler.exe dalam folder Program Files\BlueStacks.

Maklumat lebih lanjut boleh rujuk : How to install Android apk files in Windows using BlueStacks Apk Handler

Selamat mencuba! :)