Tonton.com.my – stream rancangan tv kegemaran anda secara online

tonton.com.my

Website TONTON (http://www.tonton.com.my) adalah website untuk menonton siri tv kegemaran anda secara online. Website ini dibina oleh Altmedia dan mempunyai kandungan siri tv, drama, berita dll daripada rangkaian Media Prima.

Secara ringkas, di website TONTON anda boleh mengikuti kembali rancangan2 tv yang anda terlepas untuk menonton di rangkaian TV swasta media prima iaitu TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Sekilas pandang, ianya menyerupai Catch-up TV yang terdapat di website TV3, NTV7, 8TV dan TV9 sebelum ini, cuma TONTON nampak lebih menarik dengan antaramuka yang baru.

tonton.com.my[4]

Anda perlu mendaftar dahulu di website TONTON sebelum anda memilih rancangan mana untuk ditonton. Setakat ini pendaftaran masih percuma dan sekiranya anda pernah berdaftar di website TV3, NTV7, 8TV dan TV9 serta GUA, anda boleh login terus menggunakan akaun sama.

tonton.com.my[6]

Website TONTON dibina menggunakan teknologi Adobe Flash. Setakat ini browsing agak laju dan lancar. Tetapi, saya lebih berharap mereka membina website ini menggunakan teknologi HTML5 berbanding Adobe Flash.

tonton.com.my[8]

Bila anda menonton video, ada fungsi lights off dengan effect fade-in, fade out. Sangat cool bagi saya kerana anda boleh abaikan benda lain dan boleh fokus pada video sahaja.

Streaming speed sangat laju, dan kualiti video agak bagus biarpun anda strech kepada fullscreen. Anda boleh pilih kelajuan stream, bergantung kepada sambungan internet anda atau boleh juga set kepada AUTO sahaja.

tonton.com.my[10]

Anda boleh menonton video secara penuh, dan tidak perlu menonton part-by-part dan ini sesuatu yang sangat bagus. Syabas!

Menurut pihak mereka, di masa akan datang mungkin anda boleh memiliki atau mendownload secara sah video2 yang terdapat di website TONTON. Memandangkan website ini masih dalam versi beta, terdapat juga page yang belum berfungsi dengan elok dan bila ditekan akan keluar 404 error – page not found.

Siri2 dan rancangan tv yang terdapat pada website ini juga masih sedikit, dan saya harap lebih banyak rancangan menarik dan eksklusif akan dimasukkan. Semoga versi final website TONTON lebih baik, canggih dan menyenangkan pengguna.