Saya adalah pengguna sistem operasi Windows 64-bit (x64) sejak tiga tahun lepas lagi, dan boleh dikatakan saya amat puas hati menggunakan 64-bit Windows berbanding 32-bit Windows.
Sekiranya anda menggunakan Ram 4 GB atau lebih, saya cadangkan anda untuk menggunakan 64-bit Windows bagi menggunakan sepenuhnya keupayaan hardware komputer anda di mana terdapat limitasi penggunaan Ram sekiranya anda menggunakan Windows 7 32-bit.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan perisian yang direka khas untuk platform Windows 7 x64 dan ianya dioptimasi supaya lebih laju, stabil dan selamat.
Senarai Perisian Penting untuk Windows 64-bit
1. Antivirus : Microsoft Security Essentials x64
2. Browser : Mozilla Firefox 64-bit | Opera Browser 64-bit
3. Plugin : Adobe Flash Player 64-bit | Java Runtime 64-bit
5. Utilities : CCleaner 64-bit
6. Microsoft Office : (Word, Powerpoint, Excel ) 64-bit
7. Media Player : Potplayer 64-bit | iTunes 64-bit
8. Compression : WinRAR 64-bit | 7zip 64-bit
9. Torrent : uTorrent 64-bit
10. Productivity : Windows Live Essentials
Beberapa Mitos Windows 64-bit
1. Windows 64-bit tidak boleh main game
- Ini adalah tidak benar sama sekali, kerana sepanjang saya menggunakan Windows x64 sejak lebih 3 tahun memang tiada masalah untuk bermain game PC.
- Tidak kira Fifa, PES, Street Fighter IV, Battlefield 3 mahupun Angry Birds…tiada masalah bermain permainan PC dalam Windows 64-bit
2. Windows 64-bit tidak boleh install perisian bukan 64-bit
- Tidak benar, kerana anda boleh install perisian bukan 64-bit dan ianya akan dimasukkan ke dalam folder Program Files (x86). Ini bermakna anda akan mempunyai dua folder Program Files dan juga Program Files (x86) sekiranya menggunakan Windows 64-bit.
3. Windows 64-bit adalah berat dan tiada drivers hardware
Sekiranya anda menggunakan Ram yang banyak (lebih 4 GB ram) adalah digalakkan mengunakan Windows 64-bit kerana ianya menjadikan computer anda lebih laju dan stabil.
Untuk drivers, anda boleh download drivers yang khusus untuk 64-bit sahaja daripada laman asal pembuat hardware anda. Driver 32-bit tidak boleh diinstall di dalam komputer menggunakan 64-bit.
Bermula Mac OS X Lion (10.7) Apple telah menjadikan OS X sebagai 64-bit secara default dan ianya bertujuan menggalakkan pengguna supaya lebih maju dan tidak lagi menggunakan perisian 32-bit.
Pengguna Windows juga harus beralih kepada sistem operasi 64-bit dan jika perlukan Ram lebih sila beli sekarang sebab Ram sangat murah. 4 GB DDR3 boleh dapat dengan harda RM60-70 saja.
Jika anda mempunyai key Windows yang sah, anda boleh download ISO Windows 7 64-bit daripada link rasmi Microsoft.

Mana ada mitos tu,bohong belaka..sbb dlm program file akan ada 2 folder yg utk 32bit & 64bit.game sume ley main,laju lg tw..hehe
haha…sebab tu nama dia mitos
ramai member2 aku xnak pkai 64 bit sebab percaya kepada mitos
LOL mitos yang tak boleh main game tu aku percaya sampai sekarang
kebanyakan games dan software tak support..oh no~
eh serius ko tak tahu?
aku x tau sapa yg sebar mitos nie sampai ramai gila percaya
Salam. Nak tanya pasal ram, saya dah ada 8gb dengan 4gb setiap slot. Kalau saya tambah lagi 8gb pada 2slot yang berbaki, adakah okey atau akan ada masalah?
rasanya dah cukup 8gb ram…tak perlu sangat tambah sampai 16 gb ram
Saya adalah pengguna baru (< 1 bulan) windows 64-bit dan masih belajar melalui pembacaan blog i.t seperti ini. Memang berbaloi… :wub:
terima kasih ;D
xde masalah tp klu stakat nk buat men game,xplu smpai 16gb
klu buat keje render movie,gambar,mmg berbaloi upgrade smpai 16gb
main game ada 4GB ram dah cukup sebenarnya…
kalo keja render graphic mmg perlu Ram sebesar 8 GB atau lebih
64-bit la buat gaming bertambah baguih… ibarat highway 4-lane Vs highway 2-lane, mestilah 4-lane lagi laju.
Salam bro..RAM 8GB harga berapa plak tu eh?
No 2 tu memang sekadar mitos. kebanyakkan perisian x86 boleh work dengan x64. Kecuali AV mcm AVG
browser pakai Waterfox.. terbaik!!
sesape ade link x utk download game bola yg dkt atas skali tu…
tu game fifa 12
boleh ke klau games 32-bit main dalam win-64 bit
boleh…tu dah tulis kat atas
thisisbestbero
Nak tanye kalo pakai 4gb tp 2+2gb utk 2slot tu ok x? ade pembezaan ke?
kalau laptop mmg dah sedia ada windows 7 hp 32 bit bleh tukar ke 64bit ke?
hardware ok?
Maknanya hanya perlu tukar tempat nak install je la, game yang 32bit tu install kat program file. Kalo kat program file 86 jugak x boleh ke?
intel pentium 4 boleh ke pakai 64bit nye OS?
tak sesuai…dah boleh upgrade ke core i3/i5/i7 sekarang
tima kasih utk info ni, sy dah guna 64 dah lama tapi member suh tukar ke 32 disebabkan mitos tu lah, nasib baik la akai ni kata tak logik 64 n 32 tu bagus 32 lagi, jadi skrg ni sy kena go through info ni seteliti yg sy mampulah dulu, thanks guys.
try install graphic driver 32bit punya… (jgn install 64bit)
mesti xblh kan….
xsemua software 32bit blh install kat win64
amd, intel dan nvidia ada kuarkan driver 32 bit dan 64 bit…kalau pakai 64 bit OS, install driver 64-bit
software tak sama dengan driver
Eins, FIFA 2011 stopped working..terjadi lepas windows clean install..pasai apa?
SPEC:
Processor i7 – 3***
Graphic Card nvdia GTX660
RAM 8gb
HD 1tb
OS Home Premium 64bits
Pakai laptop baru ni..
macam mana nak tukar system 32 kpada 64?
kena reiinstall balik windows pakai installer untuk 64 bit
salam..
nak mtk tlg…
aku baru install windows 8 64 bit. grafik kad nvidia ge force 9600M GT.
masalahnye driver dia (download dari internet) x detect. kalo driver asal dia (32 bit-driver cd masa mula2 beli laptop dlu) ok je.
camne tuh?
nah pakai driver ni, http://www.geforce.com/drivers/results/54629
still x boleh jgk..hmmm xtau ape prob de
*dulu pakai win7 32-bit
cuba banyak kali
eins, sy guna windows 7 di mac utk bootcamp. n sekarang sy ad masalah dgn wifi dan sound. mcm mane nk selesaikan?
kelantan 68% manu 32% =))))