UXDE dot Net Wordpress Themes

Tips menggunakan feedburner

By

feedburner

Ramai orang menggunakan feedburner untuk menguruskan rss feed blog mereka, namun sebilangan besar pengguna hanya menggunakan fungsi asas sahaja. Tutorial ini akan mengajar cara menggunakan fungsi2 lain dalam feedburner untuk memanfaatkan sepenuhnya rss feed bagi blog anda.


1. Login ke feedburner

feedburner-jomphp

Selepas login, tekan pada tab optimize.

2. Aktifkan beberapa service seperti BrowserFriendly, SmartCast, Smartfeed dan feedflare

browserfriendly

BrowserFriendly memudahkan pembaca blog anda untuk melanggan dan membaca rss feed di dalam web browser mereka.

SmartCast pula memudahkan langganan podcast iaitu rss feed yang mengandungi file media seperti audio dan video. Jika blog anda menggunakan podcast, anda wajib aktifkan service ini.

Smartfeed membuatkan rss feed blog anda boleh dibaca di semua jenis rss reader tak kira web apps, desktop app, mobile phone etc.

Feedflare pula menambah beberapa option di dalam rss feed seperti jumlah comment, email this, share on facebook, digg this dan sebagainya.

3. Aktifkan beberapa service di bahagian Publicize

JomPHP

 

Anda boleh membuat rss feed headline banner seperti di atas menggunakan fungsi Headline Animator.

BuzzBoost menjadikan rss feed anda ditukar dalam bentuk HTML dan boleh digunakan di mana-mana sahaja.

Email subscriptions membolehkan pelawat blog melanggan feed anda melalui email. Setiap kali ada post baru, pelanggan feed akan mendapat kandungan post baru itu melalui email yang dihantar oleh feedburner. Pastikan anda meletakkan widget langganan feed melalui email di blog anda.

Pingshot akan ping updates terkini dari feed blog anda.

image 

Feedcount akan menunjukkan jumlah pelanggan rss feed blog anda.

Socialize membolehkan anda integrate feedburner dengan akaun twitter. Maknanya, setiap kali ada post baru dari blog anda, feedburner akan tweet secara automatik link kepada post baru anda.

chicklet chooser

Anda boleh gunakan feed icon di blog anda melalui service chicklet chooser. Cuba sesuaikan dengan tema blog anda.

4. Buat duit dari rss feed

googleadsense

Jika anda menekan butang Monetize, anda boleh intergrasikan akaun feedburner dengan google adsense anda. Selepas ini, iklan google adsense akan dipaparkan dalam rss feed anda dan anda jumlah earning akan meningkat setiap kali ada orang klik pada iklan dalam feed tersebut.

Setakat ini jumlah yang saya dapat dari adsense for feed tak banyak sangat, cuma kira boleh lah cukup makan.

5. Paparkan button atau widget rss feed di lokasi strategik blog anda

Untuk meningkatkan jumlah langganan melalui feed, pastikan button atau widget rss feed di letak di bahagian strategik pada blog anda. Contohnya, pada bahagian sidebar atas dan di bahagian header. Anda juga boleh menggunakan widget seperti wibiya toolbar untuk lebih mempromosikan rss feed anda.

Setakat ini sahaja tutorial dari kami, selamat mencuba! :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 23 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing