Post Format

Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya

Firefox mascot

Saya adalah pengguna setia Mozilla Firefox sejak beberapa tahun lepas lagi. Sehingga sekarang, saya masih lagi gunakan firefox biarpun terdapat banyak pelayar alternatif lain seperti Chrome, Opera, Safari, Lunascape, Palemoon, Flock dsb. Mungkin firefox bukan pelayar terpantas sekarang namun terdapat beberapa sebab yang menghalang saya dari meninggalkan firefox.

Saya suka firefox kerana sifatnya yang sangat customizable, anda boleh tukar, tambah, buang segala benda yang anda mahu. Firefox juga mempunyai banyak add-ons yang sangat penting untuk web development dan juga seo. Boleh dikatakan firefox adalah pelayar yang mempunyai “complete package”.

Namun begitu, firefox bukanlah browser yang sempurna kerana mempunyai banyak kelemahan. Ramai juga pengguna yang rasa hampa lantas mengambil langkah menggunakan browser lain pula. Mujurlah, terdapat beberapa penyelesaian kepada masalah tersebut dan sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kelemahan firefox.

1. UI Firefox ketinggalan zaman, tidak kemas dan menggunakan banyak ruang

- Ramai orang mengkritik UI firefox tidak setanding dan secanggih UI browser lain. Firefox versi sekarang masih mempunyai UI seperti zaman windows xp, tidak menyokong fungsi Aero Glass. Malah terdapat banyak menu dan bar yang menggunakan banyak ruang menyebabkan ruang membaca menggunakan firefox menjadi sempit.

Penyelesaiannya adalah menggunakan kombinasi Strata40 dan StrataBuddy.

strata40

Strata40 dan Stratabuddy menukarkan UI firefox kepada UI seperti firefox 4.0 yang masih lagi dalam proses pembangunan. UI baru ini lebih ringkas, kemas dan cantik berbanding UI sebelumnya.

Install Strata40 dan Stratabuddy.

2. Penggunaan memory yang melampau, firefox jadi berat

Firefox menggunakan RAM yang banyak dan lama-lama browser boleh jadi berat, hang atau crash. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan addon berikut.

AFOM – Memory Recovery & Retention For Firefox Only 2.0

3. Startup yang lambat serta respon kurang cekap

Startup firefox sangat lambat, ada delay sehingga beberapa minit baru lah windows firefox muncul. Browser lain seperti Chrome mempunyai kelajuan startup yang sangat pantas. Ini adalah salah satu kelemahan firefox yang ketara.

Masalah startup lambat dan respon kurang cekap ini anda boleh atasi dengan perisian bernama Speedyfox.

speedyfox

Speedyfox menjadikan firefox anda lebih laju dan cekap. Percuma untuk digunakan.

Download Speedyfox.

4. Lag ketika menggunakan menu, adress bar, history dll

Firefox kadang-kala mempunyai masalah terdapat lag ketika menggunakan menu, menaip pada adress bar, membuka senarai history dan lain-lain.

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan addon Vacuum Places Improved.

vacuum

Install Vacuum Places Improved

5. Adress bar dan search bar tidak diintegrasikan

Jika anda biasa guna chrome, anda pasti perasan bahawa chrome tidak mempunyai search bar. Ini kerana fungsi search telahpun diintegrasikan ke dalam adress bar. Sekaligus menjimatkan ruang dan memudahkan pencarian.

Anda boleh gabungkan search bar dan adress bar di dalam firefox menggunakan extension Omnibar. Untuk menambah suggestion dan beberapa fungsi menarik anda perlu gunakan addon Fastestfox.

firefox[9]

Kan nampak luas tu, hehe. Install Omnibar dan Fastestfox.

6. Kesimpulan

Firefox sebenarnya adalah browser yang sangat powerful jika anda mahir teknik-teknik menggunakan dengan betul. Saya harap tips-tips yang saya tulis dapat memberi sedikit pengetahuan tambahan kepada semua pengguna firefox.

Selamat mencuba :D

Users who found this page were searching for:

  • cara buat internet laju
  • membuat menu bar percuma
  • apa itu omnibar dan fastestfox
  • buka adres toolbar itu dimana sih
  • mozilla laju
  • add on firefox yang bikin ringan
  • bagaimana membuat firefox full glass
  • agar mozila firefox tidak lemot dan ngeleg
  • cepatkan internet mozila
  • speedyfox

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

50 comments

  1. nice info… aku pun gune theme Strata40 dlm firefox aku..nampak lebih kemas.. tp satu je aku x suke firefox nie startup die lambat..tp ko dah bg tip, aku nak try la..hehehehe~

    Reply
  2. 404 Not Found..56 jam blog tuan screen shot camni. Rss ada.. email masuk..bila access x leh. Korang dah pro..rasa nya blh resolve benda camni dgn cepat. :angry:
    Aku suka tips tuan yg no.2 tu..mmg brguna sgt.

    *****

    Reply
  3. eins.. untuk tuto 1 tu, aku try tp xjadi yg mcm screenshot kau la.. knape ek??
    aku da install due2 da.. strata4.0 dgn strata buddy.. tp jadi cm kau punye..

    Reply
    • Ok, masuk setting stratabuddy…ko check dekat app button > show app button, pastu window > aero glass dan pada tab style > amek tabs on top…

      Reply
      • kat mne setting die?? aku rase cm da alter2 skit2 tapi still xjadi cm kau.. kau punye ade home kat tepi tabs.. aku xdpt cmtu.. em.. pastu ade firefox kale oren tu yg mcm bole click plak. ajar please :)

        Reply
        • Ada dalam stratabuddy…ko try ejas2 option stratabuddy tuh…

          tekan tools > addons > stratabuddy > option

  4. saya juga merupakan peminat setia Firefox..

    memang saya akui tentang startup Firefox kadangkala agak lambat. :whistle:
    terima kasih kerana menyiarkan maklumat tips ini. :cheerful:

    Reply
  5. Salam…

    Nak tanye, kalu kite dah add ons strata40 companion with stratabuddy tu, kite nk buang semula mcm mane ek? Sbb sy dah try uninstall via add ons option tu x bley laa. Means, tiade respon ke ats ff sy. Sbb sy suke jike kat arrow back and fwd tu ade history tentang laman yang telah sy lawati. Ia memudahkan sy. Bagaimanekah sy ingin kembali ke ff asl ek?

    Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*