UXDE dot Net Wordpress Themes

Tips Membeli Monitor Komputer : LG IPS237, Dell Ultrasharp dll

By

LG IPS237 review

Hujung tahun lepas, saya telah membeli monitor komputer baru untuk menggantikan monitor lama yang sudah berusia. Kalau sebelum ini mata saya dah terbiasa dengan skrin laptop dan skrin monitor TFT, monitor yang baru dibeli ini agak memuaskan hati dari segi kualiti.

Teks, gambar, video, movie, game…segalanya nampak lebih cantik dan indah.

Untuk pengetahuan anda, saya kini menggunakan monitor LG IPS237 (harga pasaran kira-kira RM580-RM650). Dan kini saya berkongsi tips membeli monitor baru (tak semestinya model sama dengan saya) sekiranya ada yang berminat.

lg ips237 monitor

Sekiranya mampu, saya ingin mendapatkan monitor dengan size sebesar 27” dan resolusi 2560×1440 namun harga pasaran monitor kelas begini agak mahal dan untuk bermain game pada resolusi setinggi 1440p pula memerlukan graphic card yang mahal.

Buat masa sekarang, monitor yang saya gunakan ini sudah berbaloi untuk kegunaan harian.

LG IPS237 monitor review

LG IPS237 Monitor Review

( + untuk point positif dan – untuk point negatif )

+ AH-IPS panel (warna terang seakan natural) sesuai untuk edit gambar, video, gaming dan menonton movie

+ Viewing angle yang luas

+ Rekabentuk monitor yang nipis dan kacak

+ Harga berpatutan

+ Menyokong MHL (sambungan output video smartphone kepada monitor) disamping HDMI

+ Ringan

- Fragile (masalah biasa bila rekabentuk nipis)

- Tiada kabel HDMI disertakan, kena beli sendiri

- Tiada speaker binaan dalam macam sesetengah model monitor

Maklumat lanjut mengenai monitor LG IPS237. Monitor ini saya beli secara online memandangkan nak cari di kedai tak jumpa-jumpa.

Tips Membeli Monitor

  • Jenama yang dicadangkan oleh saya LG IPS, Apple Cinema Display, Dell Ultrasharp, AOC IPS dan juga Asus IPS.
  • IPS Panel adalah kemestian, jangan tertipu dengan iklan TFT monitor atau LED monitor biasa…dari segi warna dan viewing angle, monitor IPS jauh lebih baik berbanding monitor biasa
  • Kalau ada pilihan antara monitor IPS matte dan monitor IPS glossy, ambil yang matte. Glossy = pantulan imej yang boleh menjejaskan pengalaman pengguna
  • Resolusi minimum ialah 1920×1080 ke atas, monitor yang dibawah 1080p tidak cukup screen estate bagi tujuan produktiviti
  • Saiz minimum ialah 23” ke atas, monitor dengan saiz di bawah 23” bagi saya tidak puas guna
  • Gunakan kabel HDMI atau DVI untuk warna dan kualiti yang lebih baik…kabel VGA boleh tetapi ada sedikit “quality loss” bila convert daripada digital kepada analog
  • Sesetengah kedai menyediakan servis display calibration untuk mendapatkan kualiti warna yang terbaik pada monitor
  • 60Hz sudah mencukupi namun display monitor yang menyokong 120Hz lebih memuaskan namun ianya lebih mahal
  • 3D monitor tidak berapa menarik bagi saya, kalau anda nak 3D baik lagi beli 3D-TV
  • Touchscreen monitor buat masa sekarang masih agak mahal, ianya sangat sesuai bagi pengguna tegar Windows 8
  • Jika anda mahu menggunakan dual-monitor atau lebih, saya cadangkan beli monitor yang mempunyai bingkai yang minimal (slim bezel)
  • Sestengah monitor menyokong fungsi VESA mount, fungsi tilt dan swivel (boleh rotate sudut dan juga gunakan monitor pada mod landscape atau potrait)
  • Warranti : LG biasanya menyediakan warranty 1-3 tahun untuk monitor dan Dell pula biasanya 3-5 tahun…warranty penting sekiranya monitor yang anda pakai rosak mengejut. Kalau boleh elakkan beli monitor 2nd hand tanpa warranty.
  • Bajet yang disyorkan untuk membeli monitor baru ialah sekitar RM500 ke atas.
  • Pastikan graphic card komputer anda menyokong monitor yang anda baru beli ini. Biasanya tiada masalah jika membeli monitor LG, Dell dan sebagainya namun monitor daripada Korea seperti CatLeap dan monitor resolusi tinggi tidak compatible dengan semua jenis graphic card

Bagi saya, kualiti display yang bagus boleh meningkatkan produktiviti pengguna lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergantung kepada komputer 24/7 untuk tujuan kerja, assignment dan sebagainya.

Selamat mencuba! :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 21 Comments

    • EiNS

      aku dah banyak pengalaman buruk dengan Acer, last aku tengok monitor Acer pun tak meyakinkan aku untuk membeli

      selain LG aku pakai ni, rekomen dell u2312hm ultrasharp IPS

  1. sopi dino

    member aku bru semggu pkai model LG ni..aku gna dell u2312hm… compare 2 model ni…LG hnya ada vga & hdmi.xda DVI…dell vga & dvi.. bg aku setting menu kat lcd LG x user friendly sgt…agak pening nk setting..visual yg dihasilkan xbrapa sharp contoh cam perkataan..cam ada line merah.da gna HDMI.overall design mmg cun…tp da dimasoki sekor semut kcil wana merah..jd screensaver…

    • EiNS

      OSD menu LG memang tak best, DVI aku tak kisah sebab tak guna…LG ni bila pakai HDMI kena set BLACK LEVEL = LOW 2/2 baru gambar makin cun

      aku pun haritu memang nak angkat gak dell u2312hm tapi real life design aku tak berminat, tapi overall dell u2312hm memang superb dan ramai suka gak

      • sopi dino

        xpasan xda port DVI time beli tu..hdmi kabel lak kna beli asing.camna nk settg??tlong ajar…aku amik u2312hm sebab rmai recommend yg tu…warranty 5 tahun.on site warranty.mmg puas ati sbb gmbar sharp dan cun gler…cuma dok rsa x brapa bsar sbb upgrade dr 22″ (1680×1050) ke 23.5″ (1920×1080)…beza saiz lebar skit..nk angkat 27″ mhal sgt…

      • razif

        waalaikumsalam,
        Hnya model Asus yg pkai AH-IPS Panel dari segi spesifikasi dan perbandingan yg telah saya buat.Harganya agak mhal dlm linkungan rm800 keatas.

Tinggalkan komen anda