UXDE dot Net Wordpress Themes

Tips membeli laptop untuk kegunaan bermain games

By

asus rog

Kalau hendak bermain games di komputer, saya cadangkan anda beli satu desktop PC high end berbanding laptop atas beberapa faktor; antaranya performance yang lebih mantap dan dahsyat serta harga yang jauh lebih murah berbanding laptop.

Namun, ramai juga yang gemarkan untuk bermain games di laptop. Mungkin sebab mudah alih, dan juga tidak memakan ruang yang besar serta tidak memerlukan banyak wayar dan sebagainya.

Namun, kerap kali juga ramai melakukan kesilapan apabila memilih model laptop yang tidak sesuai untuk bermain games. Beli laptop harga RM3000 tapi bila main game mampu set kualiti low or medium sahaja, apakah? Sangat tidak berbaloi bukan? Kalau pandai pilih dan bajet laptop harga RM2000+ pun sudah boleh dibuat bermain games dengan sedap dan mantap.

Beberapa tips daripada saya ini akan menceritakan bagaimana tips memilih laptop untuk kegunaan gaming, semoga dapat membantu anda semua membeli laptop yang sesuai dengan keperluan.


Laptop Gaming Alienware dan Asus ROG

m18x

Terdapat model laptop yang memang dibuat untuk kegunaan gaming, antaranya model Alienware dan juga Asus Republic of Gamers (ROG).

Apa yang membezakan laptop gaming ini dengan laptop model lain ialah dilengkapi specs yang melampau-lampau canggih dan laju; seperti

  • Mudah overclock dengan satu klik sahaja
  • Boleh control hardware seperti graphic card, ram, kipas, processor etc pada perisian khas untuk laptop gaming ini
  • Mempunyai kapasiti ram yang tinggi contohnya sokongan 32gig ram pada laptop Alienware
  • Mempunyai sistem cooling yang bagus dan mampu mengelakkan overheat biarpun anda melakukan overclock
  • Keupayaan pemprosesan graphic yang tinggi dan menggunakan graphic card model terkini dan high end. Boleh main mana2 games dengan high quality setting tanpa ada lag dan kecacatan graphic
  • Dilengkapi processor model terkini contohnya Intel Core i7 Sandy Bridge yang lebih laju dan menjimatkan penggunaan tenaga dan kurang panas
  • Screen full HD 1920x1080p dan juga sesetengah model menyokong fungsi 3D screen (memerlukan cermin mata khas)

Akan tetapi laptop gaming ini biasanya mempunyai harga yang sangat mahal, dan jarang orang mampu beli. Range harga bagi model laptop gaming ialah RM4500 ke atas dan ada model mencecah sampai RM8000 ke atas juga.

Untuk maklumat mengenai

Membeli laptop berdasarkan performance

Ok, kalau anda pergi kedai komputer atau pc depot saya cadangkan anda tengok dulu performance laptop tersebut. Cara paling mudah ialah check pada “WEI” atau Windows Experience Index. Boleh right click pada komputer dan tengok bahagian properties kemudian tengok pada Rating.

Klik pada Windows Experince Index untuk melihat performance sesebuah laptop itu.

scores

Paling penting anda kena tengok pada score processor dan juga gaming graphics. Score paling tinggi ialah 7.7 dan kalau sesebuah laptop tu mempunyai score 6 ke atas ianya boleh dikatakan sudah cukup bagus.

Jika anda ingin tahu secara terperinci boleh click pada “View and print detailed performance and system information”.

eins jomphp pc

Sebenarnya ini score daripada PC saya, mungkin berbeza dengan score pada laptop tapi boleh digunakan sebagai panduan.

Memilih processor yang sesuai untuk gaming

Ada banyak jenis processor contoh intel Core i7, core i5, core i3, amd triple core, amd fusion dan sebagainya. Untuk tahun 2011 ini saya cadangkan beli sekurang-kurangnya core i3 atau core i5 untuk gaming. Kalau mampu bayar mahal sikit beli core i7 terus.

Core i5 dan Core i7 ada model yang mempunyai processor quad-core (4 teras). Kelebihan processor quad-core ialah keupayaan memproses yang sangat laju dan mampu multitasking dengan ringan. Kalau install game 10gig pun boleh siap dalam masa kurang 10 minit. Lagipun, masa main2 game berat boleh minimize maximize dengan cepat tanpa lag.

Cara nak tahu sesebuah processor tu ada quad-core ialah dengan tengok pada WEI seperti saya highlight di atas atau menggunakana device manager.

processor amd quad core

Pada device manager, expand pada bahagian processor dan tengok jumlah kalau ada 4 tu maknanya processor quad core.

Keperluan RAM untuk gaming

Laptop model baru biasanya menggunakan ram DDR3. Dan bagi saya jumlah minimum ram kena ada untuk laptop gaming ialah 4Gig. Kalau ada kurang daripada 4gig tak nikmat. Dulu komputer saya ram 2gig bila main game rasa kurang smooth sikit. Dah upgrade kepada 4gig baru sedap main games.

Kalau komputer anda beli tu kurang ram daripada 4gig harap boleh upgrade terus kepada 4gig atau lebih.

Kalau dah RAM 4gig ke atas anda haruslah menggunakan Windows 7 64 bit untuk lebih laju.

Graphic Card pada laptop

Pertama sekali, kalau niat anda beli laptop untuk gaming better lupakan terus laptop dengan graphic chipset Intel. Biar macam mana canggih sekalipun Intel promosi graphic chipset mereka namun kalau dikira dari segi performance bagai langit dengan bumi.

Pilih laptop yang mempunyai graphic card AMD/ATi dan NVidia sahaja. Kalau boleh tengok pada model graphic card yang baru2 contohnya AMD 6000 series (6XXX) dan Nvidia GT 5XX series (contohnya Nvidia 540M).

Kalau laptop tu ada Nvidia Optimus lagi bagus; sebab anda boleh switch antara graphic card Nvidia untuk gaming atau chip Intel untuk penjimatan bateri.

Hard Disk

Zaman sekarang dah ada model laptop guna Solid State Drive (SSD) jauh lebih laju dan bagus berbanding hard disk biasa. Tapi harganya masih lagi mahal untuk kapasiti kecil.

Hard Disk tidak banyak effect pada gaming, tapi adalah lebih penting anda menggunakan hard disk laptop berkelajuan 7200rpm berbanding 5400 rpm supaya disk transfer lebih laju.

Beberapa model laptop Gaming yang anda boleh consider

Sila google untuk specs penuh dan gambar :

  • Acer Aspire 5750G : RM2899 (Core i7, Nvidia 540M)
  • Acer Aspire 4830TG : RM2499 (Core i5, Nvidia 540M, + 8 jam bateri)
  • Acer Aspire 4750G : RM2199 (Core i5, Nvidia 520M)
  • Asus A43SV : RM2899 (Core i7, Nvidai 540M)
  • Asus N53SV : RM2599 (Core i5, Nvidia 540M, 15.6” screen)
  • Asus A53SV : RM2399 (Core i5, Nvidia 540M, 14” screen)

Secara jujur, saya lebih prefer Asus tapi model Acer yang 8 jam bateri tu nampak menarik juga.

Sila buat research sekurang-kurangnya 3hari atau seminggu sebelum beli laptop. Jangan pergi kedai baru nak fikir memang keliru la mana satu nak ambil.

Emulator Gaming

Kalau laptop anda ada specs yang power selain main pc games boleh juga main emulator contohnya PS2 dan Gamecube/Wii. Seronok main game2 lama tapi kualiti cantik berbanding main game konsol asal. Kira bonus la sempena ada spec power baik gunakan untuk tujuan gaming habis-habisan.

harvest moon hd

Harvest Moon Magical Melody : Gamecube

zelda twilight princess hd

Zelda Twilight Princess (Wii) main pada resolution 1920x1080p

kof maximum impact

KOF Maximum Impact : PS2

Kalau main emulator di komputer atau laptop biasa mesti lag teruk dan graphic tak menarik. Kalau ada laptop gaming memang puas hati semua games anda boleh cuba.


Mungkin ada yang tanya, (Apple) Macbook Pro boleh main games tak?

Boleh, tapi kena install Windows buat dualboot dengan Mac tapi janganlah harap performance untuk gaming adalah bagus.

Macbook Pro model 13” keluaran 2011 (Sandy Bridge) namum malangnya hanya ada graphic Intel HD. Harga pun dah RM38XX kalau tak silap. Kena beli model 15” ataupun 17” baru ada dedicated graphic card daripada ATI. Tapi yang tu harga dah empat lima ribu ke atas rasanya.

Kesimpulannya, kalau hendak main games, haruslah guna laptop Windows sebab specs lebih bagus dan murah.

Selamat membuat pilihan yang tepat ke atas pembelian laptop.

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 98 Comments

  1. zarul ain

    Terima kasih atas info nie…kebetulan laptop lama saya selalu overheat dan berusia 10 tahun dah dengan info nie membantu saya membuat pilihan yang tepat ngan bajet…:)

  2. FD

    bagus… len kali kalau aku nak dptkan info untuk harga lappy yang best best, aku tnye ko je la ye. tahun depan nak beli lappy baru bawah rm2.5K, harap leh bantu.

    tahun ni sekadar main netbook samsung NP148 yg SKMM bagi ni.

  3. zarul ain

    Eins…. saya nak tanya,ade sorang hamba Allah nie nak bli custom dekstop pc untuk gaming..bajet dia ade dalam RM5000…spec ape yang dia leh dapat dengan bajet itu….

  4. SS

    salam. aku dulu beli laptop compaq, ingat boleh pakai untuk gaming sebab spec 4GB RAM dengan processor intel Core 2 Duo sekali ngan graphic card NVidia 1024 MB.
    tengok-tengok, boleh main pada kualiti biasa je, tu pun kadang2 lagging. :pinch:

    thanks for writing this entry. nanti nak cari true gaming laptop la :cheerful:

  5. Quddus

    kalo pasnie wt artikel psl ciri2 pc gaming plak leh?kdg2 nk beli x taw nk beli spare part mne yg ok…

  6. Wan Haffiz

    Nak tanya, kalau guna laptop untuk kije2 editing, ok x ikut kriteria kat atas?
    atau ianya terlebih power plak..:)

    p/s…dah lama tinggal dunia games…hehehe

  7. nero

    lap asus rog dgn alienware je ssuai men game….yg lain hampeh,,,ekeke
    kalau nak men game bettr ambildesktop…bole pasang liquid coolnt..ekeke

  8. Mohd Isa

    terbaik, tetapi aku dalam proses nak wat desktop high end. tak tahulah bila nak siap, beli skit2 dlu. modal tak cukup lg. hehe

  9. msbmna

    Satu sebab kenapa aku tak guna laptop ialah hardware tak boleh upgrade ikut perkembangan semasa. Apatah lagi aku jenis buka komputer 24/7. Tak berbaloi kalau guna laptop melainkan nak menjahanamkannya dengan cepat.

  10. aty

    Leh tolong x.. sy pakai acer aspire 4750 lepas install window 7
    update flash disk kot.. pastu terus shut down sbb bios ke apa ntah..
    terus padam xleh bukak ade sapa leh tolong x?

  11. faez

    kalo nk sgt beli gaming laptop cam Alienware tp duit x cukup, leh try beli Sager..laptop ni mmg bagus spec die dan harg a die jauh lbh murah dr alienware..

  12. insan dilema

    bleh tlg x mr eins,sy btul2 nak bli laptop dlm beberapa ari lg ni,sy dah cri asus i5 tu, tp kat mesir ni xde lg..yg berlambak dell,toshiba ngan vaio sket..apa suggest awk,klu brand dell atau toshiba,,yg seswai tuk gaming n sdap main..klu bleh bg specs skali ye..bajet bwh 3 ribu..thakz.. :ermm:

  13. misz

    Nk mntk pndpt, lptp pe yg 0k between asus ngan len0v0? Nk gune wt keje2 as studnt, gaming ngan d0wnl0ad2 m0vie.. Budget ar0und rm2ribu kebwh..

  14. ady

    bro yg psl nk tngok brp core tu x leh psti kn tngok pada device manager.. sbb core i7 ader HT(hyper trat) so, walaupn i7 4 core tp dye ader 8 HT, dlm device manager ader 8ht.. sbb HT laa i7 mahal drp i5 wlaupn smer core cme beza HT.. so lw nk psti kn brp core better dwnload CPUZ..

    • EiNS

      Core i7 biasa dia tunjuk 8 core, 4 physical core dan ada hyperthreading tu jadi macam 8 core…
      guide aku tulis nie dah lama kena update balik la

  15. ryanzakaria

    sya ingin menjual laptop ALIENWARE M11x r3 – i7
    baru 4 months pakai..
    harga (RM3400) still boleh runding..

    pape just call : 0133225260

  16. :)

    saya slalu men online game di komputer lag. mcm mne nk buat supaya x lag mse men game ? graphic card or ram lbih pnting ?

  17. A Uchu Aki untam

    saya baru membeli ASUS K43U.. ram sya dh upgrade jadi 6 gig tp msih slow law nk men game online berbanding ngan laptop lama sya Acer Aspire 4750G. Leyh tlg g taw cam ner sya nk jadikan laptop ASUS ni lebih laju…. :cwy:

  18. pali

    saya ade laptop lenovo g460 yg adewindow 7,intelcore i3 & nvidia geforse with cuda.tp knp sy x leh nak install game ye?mntak tlg advive

  19. Hakim

    Sy nk beli laptop utk gaming , budget dlm RM2K & ke bwh ..
    boleh tlong rekemenkn laptop ap n spec yg sesuai dlm anggaran budget RM2K ke bwh ..

  20. hisyam

    salam..saya baru beli laptop brand ASUS..Requirement processor i3, RAM 4Gig, HDD 500 Gig, Graphic Card Nvidia Geforce 610 2Gig..Saya nak tanya, adakah ia mempunyai 2 graphic card dlm laptop ni?maksudnya graphic card nvidia pun ade graphic intel punye pun ade..jadi bila main game, graphic mane 1 yg detect?..sbb bila tgk di ‘WEI’ di rating view detail spec, ia tulis graphic intel, knape x tulis nvidia punye graphic ek?..confius…

  21. amirul

    mjur la ada info nie…next year klau dpat prgi u or poli..boleh aq suruh ayah belikan model asus a43sv..

  22. Tanjung

    bro @Eins ..
    bro pkai window 7 ke ? theme window lawa la ..
    bole saye tau care nk dptkan themes tu :)

    yg warne itam logo tengkorak tu .. game blacklight ehh ?
    kite dri MY bole maen en serve EU tu ?

  23. Muhd Amirul Syazwan

    nak tnya mcm mne nak turbo up processor….
    pastu nak tnya lagi…laptop asus A45VM-VX113V boleh wat gaming tak dngn hnya processor 2.5ghz,ram 2gb,graphic card nvidia 630M..harap balas..sbb skrg ni konpius tak tau nak beli laptop dgn harga yg berpatutan dan leh wat gaming…nasib bek tak kantoi ngan bapak aku yg aku beli ni nak wat gaming…bkn utk wat kerja kat kolej

  24. Muhd Amirul Syazwan

    A45VM-VX113V
    – 3rd generation Intel® Core™ i5-3210M Processor
    (2.5GHz Turbo up to 3.1GHz, 3M cache)
    – Genuine Windows® 7 Home Premium (64 bits)
    – 14’’ LED Backlight HD (1366X768)
    – NVIDIA® GeForce® GT 630 with 2GB DDR3 VRAM Graphics
    – 2GB DDR3 RAM, 500GB SATA HDD
    – 8x Super Multi-Dual DVD-Rom
    – Integrated 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.0, USB 3.0
    – 6 Cell Battery (4700 mAh)
    – Built-in VGA Camera
    – Color: Indigo Gray
    – 2 Years Global Warranty
    ni spec dia…

  25. faizol

    Boleh bgtau x jmlh ram yang sesuai digunakan dalam sesebuah laptop? Dan sekiranya upgrade apa implikasi dr segi keburukan dan kebaikannya?

  26. shrek

    salam eins, bole suggest laptop gaming yg latest slain 4 buah kt ats tu.. bajet below 2.5k
    sy lbh minat brand acer and asus tp klu ada latest yg bgs bgth la…plz rply asap.

  27. khairul

    nk tnya ni, sy gna dell n5110 i7. spec dya tlis max ram 16 gb. bila sy hntr email kt dell dya ckp prefer 8 gb je. rse2nye sy prlu test x ram 16 gb tu, ad beza x 8 gb n 16 gb

    • EiNS

      biasanya consumer biasa takleh beza sangat bila ram besar daripada 6gig…unless perlukan running virtual machine atau run server yang memerlukan jumlah ram yang banyak

  28. muaz

    SPEC:

    ~ AMD Triple core x3 (3.3ghz)

    ~ HD 6570 DDR3 2GB-HDMI GRAPHIC CARD

    ~ AM3+ Gigabyte MAINBOARD

    ~ 500GB sata 7200RPM HDD SEAGATE

    ~ 4GB DDR3 1866 MHZ GAMING HYPER RAM

    ~ 24x DVD-RW SAMSUNG ,LG OR SONY

    ~ Gaming Case (pic above) + extra fan(100% Low
    temperature system)+ 600 w power supply =Worth
    rm 400

    – Latest SOFTWARE Will INSTALL like:
    ~OS:Windows 7 ultimate 64bit
    ~Player Winamp/VLC
    ~Microsoft Office 2010
    ~Antivirus NORTON/AVG
    ~Adobe CS6/Autocad 2013/3D MAX/SolidWork 2013
    ~System Care & Tuneup
    ~Temperature test & More software
    (100% Stable & PRO software)

    -OK X NIE? RM 1450.CPU ONLY???

  29. Lakalakashit

    Mana ada GC GTxxx yang support game zaman sekarang dah,habis hebat pun leh setting mid je….bek angkat GTXxxx terus…biar puas hati

  30. atha

    Salam bro, klau nk main game mcm call of duty ok x klau pkai hp pavillion g4, intel core i3, AMD radeon hd 6480g, windows 7? Ok x bro?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing