Feb 17 / EiNS

Tips melindungi komputer dari ancaman virus dan malware

virus-komputer

Tips melindungi komputer anda dari ancaman virus/spyware/adware dan lain2 lagi.

Ramai orang sering bertanyakan kepada saya mengenai perkara ini. Memang sakit hati kalau komputer anda dijangkiti virus, bukan? Paling bengang sekali bila virus gagal dibuang dan macam2 masalah timbul seperti komputer menjadi perlahan, sesetengah fail tidak dapat dibuka, folder hilang, windows tidak boleh masuk dsb.

Berikut merupakan cadangan2 dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu melindungi sistem operasi komputer atau laptop anda dari dirosakkan virus.

1. Elakkan dari guna IE6, guna browser terkini

Pengguna windows xp paling banyak menjadi mangsa jangkitan virus. Ini kerana browser asal windows xp iaitu Internet Explorer 6 (IE6) sangat tidak selamat (unsecured) dan terdedah kepada serangan virus/worm/trojan dll apabila melayari internet. Tidak hanya virus, pengguna IE6 juga mungkin menjadi sasaran browser hijacking dan banyak lagi serangan sekuriti.

Cadangan saya: Guna browser terkini yang selamat dan pantas seperti Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera.

Spreadfirefox Affiliate Button

2. Memasang perisian antivirus

kaspersky antivirus 2009

kaspersky antivirus 2009

Perisian antivirus antara perisian terpenting untuk melindungi komputer dari serangan virus. Ada berbagai2 jenis produk antivirus dari syarikat yang berlainan. Ada antivirus yang percuma dan ada yang berbayar.

Antivirus yang popular antaranya ialah:

- Kaspersky Antivirus & Internet Security (shareware) – pilihan saya

- AVG Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Avira antivir (versi percuma dan berbayar)

- Avast Antivirus (versi percuma dan berbayar)

- Bitdefender (versi percuma dan berbayar)

- Nod32 (versi percuma dan berbayar)

- Norton (shareware)

- McAfee (shareware)

- Rising Antivirus (versi percuma dan berbayar)

3. Memasang perisian antispyware

spyware

spyware

Spyware tidak sama dengan virus. Virus merosakkan sistem operasi windows manakala spyware bertujuan mencuri data-data dari komputer anda secara tersembunyi. Adware pula menyebabkan windows anda penuh dengan popup iklan, popup laman web lucah dan sebagainya.

Walaupun setengah antivirus juga terpasang fungsi antispyware…saya tetap menyarankan anda install perisian antispyware dan antimalware sebagai perlindungan tambahan.

Antara perisian antispyware popular:

- Threatfire (versi percuma dan berbayar) – pilihan saya

- PcTools Spyware Doctor (shareware)

- Lavasoft Ad-aware (versi percuma dan berbayar)

- Malwarebytes (versi percuma dan berbayar)

- Superantispyware (versi percuma dan berbayar)

- Spysweeper (berbayar)

- Spyware terminator (percuma)

4. Tips tambahan

advanced-systemcare

advanced system care

- Windows firewall sangat sampah tidak boleh diharap. Alternatifnya, anda boleh memasang perisian firewall 3rd party seperti Comodo Firewall.

- Ninja Pendisk dapat membuang file autorun.inf dari pendrive anda (sesuai untuk perlindungan dari virus yang merebak dari pendrive)

- Autorun eater juga mampu membuang file autorun.inf dari drive anda. Ia juga berfungsi membaik pulih kerosakan yang biasa dilakukan virus seperti restore folder option, enable task manager dan enable regedit.

- XP-antispy sangat berguna untuk pengguna windows xp. Berfungsi untuk tweak windows kepada setting yang lebih selamat dan ketat dari segi sekuriti.

- Perisian Advanced System Care (percuma) sangat berguna untuk tweak windows. Juga berfungsi memastikan komputer anda tidak dijangkiti spyware.

- Memasang extension NoScript untuk firefox. Berupaya disable semua javascript dalam website yang anda anda lawati. Extension Adblock Plus untuk menapis segala bentuk ads/images/frames dalam website. Extension WOT untuk perlindungan dari memasuki laman web yang tidak selamat – contohnya laman web warez, lucah dsb.

- Menggunakan Tune Up Utilities 2009 untuk tweak setting windows anda kepada yang lebih baik. Mempunyai fungsi yang sangat berguna seperti registry editor, task manager, system control, startup optimizer dsb.

- Jika anda gemar menorrent, seeloknya scan dulu file yang anda download sebelum buka. Setengah file yang terdapat pada laman torrent adalah fake/palsu dan mengandungi virus dan spyware.

- Sebelum cucuk pendrive, scan dulu dengan antivirus anda. Elakkan buka dengan cara double klik pada icon drive, seeloknya buka dari adress bar dalam my computer.

- Jika terdapat masalah pada komputer anda, cuba scan dengan hijackthis. Upload log itu kepada forum2 komputer untuk bertanyakan nasihat pakar. Terdapat virus yang tidak dapat dibuang oleh antivirus jadi cadangan dari pakar2 sekuriti amatlah penting bagi tujuan membuang virus degil tersebut.

Ada cadangan atau soalan, sila komen dan jika anda rasa tips ini berguna tolong sebarkan kepada rakan2 ya! :-)

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Ninja Pendisk: Lindungi Komputer Anda Daripada Virus Pendrive
  2. Spyware Doctor Free Download (dengan antivirus)
  3. Cara pulihkan hidden folder disebabkan oleh virus
  4. Autorun Eater: Remove suspicious autorun.inf
  5. Antivirus portable dan Utiliti percuma buatan Malaysia

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 5,538 kali <<

71 Comments

leave a comment
  1. cyberfly (385 comments.) / Feb 17 2009

    Mu kena update lagi.tambh kesilapan2 yang selalu dilakukan oleh newbie.

  2. EiNS (998 comments.) / Feb 17 2009

    Contoh? Aku buat post cepat2 tadi nati aku update plak…

    aku test post di infogue, tgok bnyk x traffic masuk nati..

  3. cyberfly (385 comments.) / Feb 17 2009

    cthnya install byk2 antivirus serentak.letak yg free lak tu.

  4. Jaws (11 comments.) / Feb 17 2009

    haha..trimas for the info..
    nak tanya skit..
    kalo pakai bitdefender total sekurity 2008,
    dalam tuh dah ade spyware sekali kan?
    aku tak sure..
    inginkan kepastian..
    hehe.. (H)

  5. EiNS (998 comments.) / Feb 17 2009

    Xpasti coz aku x pkai bitdefender…

    nk lg slamat ko install threatfire la bro…ringan jek…

    • remy / Jun 17 2009

      eins ada anime best yang latest ko tau

      • EiNS (998 comments.) / Jun 17 2009

        anime? ko layan je fma brotherhood, shangri-la, k-on, suzumiya haruhi 2 etc etc

  6. kerazee_hisham / Feb 18 2009

    aku lebih suke restore back-up/klon partition windows.agak2 lain mcm windows aku tu,selamatkan dokumen2 penting pastu restore je.selamattttt…. :-) :-)

    • EiNS (998 comments.) / Feb 19 2009

      Aku tau, tapi ini bkan tips ntuk lindungi komputer dri virus la (*)

      btw nice point hisham (Y)

  7. flip9 (2 comments.) / Feb 19 2009

    Kalau nak selamat lagi,
    bertukarlah ke Linux..huhu :-)

    • EiNS (998 comments.) / Feb 19 2009

      Rmai lg yg pkai windows n x knal apa itu linux :-P

  8. yuzmir (5 comments.) / Feb 19 2009

    kawe pakai kaspersky internet security 2009…
    complete protection version…
    power iler jugak laaa…
    protect pc & laptop from :
    viruses, worms…
    spyware, trojans…
    hijacking and botnets…
    identify theft…
    network attacks…
    spam…
    kalau boleh elakkan dr pakai yg free…

    • EiNS (998 comments.) / Feb 19 2009

      Kaspersky meme bgus…tp kekadang ad gak yg trlpas dri scan..

      Elakkan dri guna yg free…cthnya avg free sgt2 la x bgusnya (N)

  9. Jockey / Feb 19 2009

    Antara Windows Defender dgn ThreatFire mana yg lebih baik?

    • EiNS (998 comments.) / Feb 19 2009

      Windows defender guna bnyk memory n cpu usage…lgpun x reliable untuk remove virus n spyware…

      Threatfire ftw (Y)

  10. buletinpc (5 comments.) / Feb 22 2009

    aku tak percaya dengan pasang perisian ini leh selamatkan komputer kita….yg sebenarnya bergantung pada penggunaan kita

    • EiNS (998 comments.) / Feb 22 2009

      Ini hanya tips…nak percaya atau tidak itu terpulang…

      Tapi itu aku tulis berdasarkan pengalaman…pengalaman aku handle virus2…repair windows komputer orang…buang virus scara manual…dah bertahun2 n bratus2 komputer aku brjaya selamatkan…

  11. EiNS (998 comments.) / Feb 22 2009

    Brgantung pada penggunaan kita…tapi virus skarang advanced bro…bkk internet tgh2 sedap surfing boleh kena virus/spyware…

    cucuk pendrive member kejap pon virus merebak masuk…infected abis file n folder…windows jadi slow…

    melalui ym pon virus pon bleh masuk…

    kalau x pasang perisian antivirus, antispyware dll camne nak prevent? camne nak heal? camne nak remove virus? Xkan nak format komputer?

    Aku percaya dengan apa yang aku tulis…aku stahun lebih tak format windows xp laptop aku…member2 aku pon slamat je laptop diorang…xde kena2 virus pastu terpaksa format pon…

  12. Eriyza (1 comments.) / Mar 6 2009

    Tips yg bagus. Bleh ajo wat system restore tak dan apa fungsinya?? Tq.

    Eriyza´s last blog post..Budak Sekolah Bukan Siswazah

  13. mirul (5 comments.) / Mar 8 2009

    care paling senang ialah menggunakan deepfreeze. tak yah pakai anti-virus/spyware/malware/adware…… Nak tau lebih lanjut tanyalah saya

    mirul´s last blog post..Mencipta Logo

    • EiNS (998 comments.) / Mar 8 2009

      Guna deepfreeze limitkan penggunaan windows…aku boleh kata tiap2 hari akan cuba benda baru…tukar setting itu ini…so x best sgt la kalo nak revert balik…

      • 0176975173 / Aug 5 2009

        deepfreeze tak bagus ke ?

  14. nine / Mar 11 2009

    emm..klu gne pc tools internet security ok x?? huhu :-S

    • EiNS (998 comments.) / Mar 19 2009

      Ok ja pc tools internet security…tp mgkin agak berat sket dr segi resource usage :)

  15. folic2dam / Mar 11 2009

    bitdefender ok jugak.aku penah guna..tp agk berat lorh!

  16. Audi (1 comments.) / Mar 19 2009

    Klau dah teruk sgt bleh wat system restore..
    Tp x best lar. Nak gak tau apa punca dia.
    Dulu PC teruk giler kene virus…
    Bnyk benda2 penting kene disable..
    termasuk My computer skali..
    mmg takut lar..
    Belajar punya belajar last2 dapat atasi masalah tersebut…
    Skang klau kene virus pon x heran dah..
    Dan PC saya kang ni guna NOD 32..
    mmg ok lar NOD 32 tu..

    And Thanks for info tentang ancaman virus..

    Audi´s last blog post..CD Cover Design

  17. azizwan(dot)com (4 comments.) / Apr 6 2009

    aku dah ada kasperky internet security.. kalau aku download lg comodo tu takde apa2 efek kat kaspersky ke atau mcm mana? mana yg lebih elok diguna atau boleh je guna dua2? :ninja:

    • azizwan(dot)com (4 comments.) / Apr 6 2009

      lg 1, ada tak key utk kaspersky internet security 2009 yg percuma? kawe takde duit nk download yg berbayar. muahahaha :biggrin:

      • EiNS (998 comments.) / Apr 6 2009

        key percuma takde, key pirate ada la…haha nak ke?

  18. azizwan(dot)com (4 comments.) / Apr 6 2009

    argh.. sal kaspersky aku tiba2 menggila lps aku uninstall comodo tu. asal buka firefox dll, mesti ada notis

    riskware: invader

    running process (PID: 2192):
    C:\WINDOWS\explorer.exe

    dan aku tak tau nk pilih apa.. bila aku pilih terminated, window jd blank. aku pun blank sbb tak boleh shutdown. last2 tanggal bateri dr laptop baru off.

    then bila aku on balik.. prob still sama juga. boleh bg tau tak mcm mana nk resolved prob mcm tu? huhu..

    azizwan(dot)com´s last blog post..Dr Khairul Idzwan Dipersenda

    • EiNS (998 comments.) / Apr 6 2009

      Jgn guna comodo n kaspersky srentak, mesti ada file2 atau process yang clash tu yg jd error camtu…

      aku suggest ko uninstall dua2 n baru install balik either kaspersky or comodo…aku suggest combo kaspersky dgn threatfire baru la mantop…

  19. anis87 (1 comments.) / Apr 9 2009

    salam,
    ada apa lagi arr software antivirus yang percuma? :cheerful:

  20. meta / May 12 2009

    kalo gune threatfire tu yg free je ok tak?

    • EiNS (998 comments.) / May 12 2009

      ok…threatfire free bagus…cuma boleh guna di windows x86/32bit jer

      • fendi / May 21 2009

        bro…tnye skit..skunk aku pakai xp n xpernh lagsung pakai antivirus,,cume pakai AD-AWARE 2009,THREATFIRE dgn REGISTRY MECHANIC sume free nye..hahaha…
        bro rase ok tak..?..lagi satu camne kite nak pasti kan system n fail2 xde virus sebab kadang2 laju kdg2 slow..
        malas nak pakai antivirus sebab byk fail2 penting die main delete je…

        TUNJUK AJAR KU SIFU… :biggrin:

        • EiNS (998 comments.) / May 21 2009

          threatfire tu kan antivirus…
          emm ok dah tu, ada ad-aware n registry mechanic…
          kalau windows ok, tak crash, tak kuar message pelik2…cpu n memory usage tak tinggi melampau sangat kira windows tu bebas dari virus la…

          skarang aku pkai windows 7 rc, n aku hnya install threatfire je…rasa cam selamat dah :D

  21. cik tipah / Jun 7 2009

    norton 360 mcm berkesan nk detect suspicious software or any crack… huuu… bgus x antivirus yg mcm tuh??

  22. fendi / Jun 14 2009

    salam bro…..pesal threatfire ver 4.1 tu da xnak update..selalu auto update,,,

    • EiNS (998 comments.) / Jun 14 2009

      Yeke, aku punya ada slalu je dia (threatfire) update?

      • EiNS (998 comments.) / Jun 14 2009

        dah try smart update?

        • fendi / Jun 14 2009

          da byk kali klik kt smart update..nothing…
          server not avlble kate nye…
          nape..?

  23. papa-itam (5 comments.) / Jun 14 2009

    Terima kasih diatas tips yang bagus..banyak ilmu kat sini boleh kata hari-hari masuk kat blog ni..ni la kali pertama aku komen kat sini…
    papa-itam´s last blog ..Jangan Mencari Terlalu Sempurna My ComLuv Profile

  24. meuzangelo / Jun 16 2009

    kalau tuk malware, aku suke gune malwarebyte’s..
    aku rse tu yg terbaik stakat ni…

    anti-virus lak aku gune avira..
    rmai pengguna kaspersky complain byk masalah bile gune AV tu..

    hmm…

    • EiNS (998 comments.) / Jun 16 2009

      Ramai tak faham user interface kaspersky kot? avira plak memang senang nak guna, lelebih lagi free…tu ramai suka avira

  25. azun / Jun 21 2009

    EiNS,kat mana bleh dptkan treatfire yg berbayar? aku skg pakai AVG 8.5 Free, mmg salu update dah hampir 2 tahun xde pe mslh tp aku still rs cam x selamat je sbb free..kalu free ni tau je lah..

    • EiNS (1228 comments.) / Jun 21 2009

      Pkai threatfire free cukup dah kot? Threatfire berbayar/threatfire pro x pernah guna…

      google je, threatfire pro rapidshare…ada kot jumpa :lol: EiNS´s last blog ..Plants vs Zombies review My ComLuv Profile

  26. azun / Jun 21 2009

    err stu g, kalu install XP-antispy tu x kantoi ngan genuine ke sbb aku nyer XP lanun nyer..hi hi..

    • EiNS (998 comments.) / Jun 22 2009

      install je xp-antispy…rilek je…jgn risau psl genuine tak genuine tu

  27. Dekan (5 comments.) / Jul 2 2009

    Wah… Sayer punya antivirus maner? :p
    Dekan´s last blog ..Cuba antivirus percuma Microsoft – Security Essential My ComLuv Profile

  28. E-man / Jul 5 2009

    Aku guna AVG yang mempunyai 9 security component tu. ok x
    kalau AVG free Edition aku rase 5 atau 6 security component.
    Sekrg Top ranking mane yea??????

  29. jerrick / Jul 19 2009

    bro..klu pakai sophos antivirus ok ker..
    cam x popular jek..

    • EiNS (1228 comments.) / Jul 19 2009

      Ntahler…jarang sgt dengar orang pkai sophos…so xtau la ok ke tak

      • jerrick / Jul 19 2009

        ooo…ok2
        lg satu nak tanyer..kawan ak nih, laptop dia tetibe lak jd blue screen jek. Tu pon sejenis virus ker. Data2 penting bnyk lak tu dlm tu, camne nak selamatkan..ayoo

        • EiNS (998 comments.) / Jul 19 2009

          Blue screen bukan sebab virus ja, mungkin hardware problem…atau conflict driver/software…

          kalau kerap kuar blue screen of death cuba repair windows…

          ataupun clean registry guna ccleaner/tune up utilities/registry booster

  30. azun / Jul 21 2009

    EiNS,tolong mcne nk activate blk tune up utilities 2009, expired dah ni..

  31. Muhammad Zahran Yahya / Aug 1 2009

    guna jer ccleaner..kn free..
    taip google search ccleaner :biggrin:

  32. P'ak An / Aug 1 2009

    yup ..betoi///

  33. annamir (50 comments.) / Aug 1 2009

    Betul tu, ccleaner memang pencuci yang boleh kata terbaik setakat ni :) semudahnya boleh donlod di http://www.filehippo.com
    annamir´s last blog ..Eighteenth Convocation Ceremony Darul Quran – Cover Book My ComLuv Profile

  34. ko / Aug 1 2009

    kalu pakai spybot search n destroy camne lak.. best kew…?

  35. rocky / Nov 5 2009

    korang lh pki USB disk security ngan GeeKz Virus Remover Setup sebagai tambahan kepada antivirus yang sedia ad…
    mmg berkesan ar…. :smile:

  36. Kuliahku (1 comments.) / Nov 11 2009

    hii.. Aku punya situs Kuliahku. Isinya tentang Kuliah Mikrotik. Silahkan mampir ya kalo ada waktu.. :-)
    Kuliahku´s last blog ..TIWULE (Touch It With Ultimate Learning Experience) My ComLuv Profile

  37. wan / Nov 24 2009

    aq dibanned kt utube oleh admin..so nk wat cm ne eh???

  38. riez / Dec 3 2009

    nak tanya sikit, mana lebih elok pakai ninja pendisk atau auto run eater, atau kedua2 sekali

    • EiNS (998 comments.) / Dec 3 2009

      Aku suka ninja pendisk…
      pkai autorun eater nanti tiap2 kali start komputer bunyi kambeng,,

  39. hizi / Dec 12 2009

    aku guna 3 ja…
    threatfire, avira, cureit:]
    ok ja…
    aku dah serik dulu…
    ada la sekali tu aku x pasang antivirus…
    aku surf tenet…
    tiba2 ja virus masok…
    pc slow dan dia bagi anti virus dan lain2 fake punya srh aku install…
    tapi camna x tau virus tu jahat sgt sampai rosak abis .exe aku…
    mmg sakit ati oOO…

  40. hussein / Feb 7 2010

    salam…
    klo pakai a-squared free ok x…?
    aku pakai avira masalahnya avira detect fail.exe sbgai virus…

  41. EiNS (998 comments.) / Jun 14 2009

    Mungkin server error kot…tengoklah sehari dua lagi ada ke tak update dari threatfire

Trackbacks and Pingbacks

  1. Kill-Vearn » Tips Penjagaan Sistem Komputer
Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1