UXDE dot Net Wordpress Themes

Tips : Guna Mouse dan Keyboard pada iPad

By

mouse-keyboard-ipad

iPad kini merupakan gajet yang sangat popular, digunakan oleh budak berumur 2 tahun setengah, pelajar sekolah/universiti, pensyarah sehingga lah CEO kepada syarikat-syarikat besar. Faktor utama iPad menjadi sangat popular ialah cara penggunaan yang sangat senang dan aplikasi tablet yang banyak.

Akan tetapi, iPad masih belum berjaya digunakan sepenuhnya sebagai gajet untuk tujuan produktiviti. Contohnya seperti menaip Word document, slideshow powerpoint masih kurang produktif di iPad kerana tiada fungsi mouse.

Berikut merupakan cara-cara menggunakan mouse dan keyboard pada iPad :


Guna Mouse dan Keyboard pada iPad

apple-magic-mouse

Untuk menggunakan mouse dan keyboard pada iPad, anda memerlukan :

- Jailbroken iPad (ipad yang telah jailbreak dan dipasang Cydia)

- Wireless mouse dan wireless keyboard (Bluetooth)

Masuk Cydia, search BTC Mouse & Trackpad dalam repo BigBoss (tweak). Install BTC Mouse & Trackpad kemudian masuk Settings > dan pairkan mouse serta keyboard Bluetooth anda dengan iPad.

Hasilnya adalah seperti video di bawah :

Jika berjaya, anda kini boleh menggunakan mouse pada iPad. Untuk menggunakan iPad sebagai pengganti laptop, anda boleh menggunakan aplikasi Apple Pages sebagai pengganti Microsoft Word, Apple Keynote sebagai pengganti Powerpoint…atau jika anda masih perlukan pengganti Microsoft Office, anda boleh gunakan InstallFree Nexus ataupun Microsoft Office Web App.

Agak leceh, tapi setakat ini itu sajalah cara yang membolehkan mouse digunakan pada iPad. Untuk perbandingan, Android membolehkan anda memasang mouse, keyboard dan hampir segala jenis peranti menggunakan USB dan juga Bluetooth dengan mudah.

Selamat mencuba! :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing