UXDE dot Net Wordpress Themes

Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

By

maxis iphone 4 review 2

Ini adalah post terakhir mengenai Maxis10, kerana tempoh 2 minggu yang diberikan oleh Maxis akan berakhir pada 11.10.2010. Samada lepas ini akan ada lagi entri atau tutorial mengenai iPhone 4 itu saya kurang pasti, bergantung pada penilaian pihak Maxis mengenai artikel yang telah saya tulis di JomPHP ini.

Dalam tempoh (kurang) daripada dua minggu ini saya telah membuat beberapa pos yang saya rasa telah melebihi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Maxis.

JomPHP.com

  1. Nantikan updates terbaru iPhone4 di JomPHP #Maxis10 – 21 komen
  2. Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10 – 16 komen
  3. Maxis iPhone 4 unboxing and first impression – 31 komen
  4. iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia – 22 komen
  5. Maxis iPhone 4 review (hardware) – 36 komen
  6. Maxis iPhone 4 review (software) – 22 komen
  7. Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

Dan tiga video review di YouTube. Malangnya youtube di tempat saya kena block jadi tidak boleh publish beberapa video review lain. Boleh refer di page Maxis iPhone 4 | JomPHP untuk tengok senarai post yang telah saya buat untuk Maxis10.

Dan sebagai penutup kepada post Maxis10 saya ingin bercerita serba ringkas mengenai tips yang berguna untuk pemilik iPhone 4.


1. Sync file kepada iPhone tanpa perlu iTunes

Saya sangat benci iTunes, sebab iTunes versi windows sangat bloated, berat, penuh bugs dan selalu hang dan crash. Kalau install iTunes dia makan space banyak gila dalam hard disk, pulak tu install crapware lain sekali cam Quicktime, Apple Software Updater dan bermacam-macam lagi.

Tapi tanpa iTunes agak problem terutamanya ketika hendak sync music dan lain-lain file.

mozilla songbird

Alternativenya; anda boleh cuba sync music menggunakan Mozilla Songbird. Mozilla Songbird ialah pemain muzik yang hebat dan dicipta oleh pembuat Firefox iaitu Mozilla. (link)

Satu lagi alternatif ialah: Copytrans Manager, membolehkan anda copy lagu dan video ke dalam iPhone dengan mudah. (link)

2. Tips menjimatkan penggunaan bateri iPhone 4

iPhone 4 sangat lemah dari segi battery life, boleh dikatakan hari-hari kena charge kalau penggunaan kerap. Ini tips jika anda mahu bateri iPhone 4 tahan lebih lama daripada biasa.

GPS boleh menghabiskan bateri dengan cepat. Oleh itu kalau tak perlu jangan suka2 buka apps yang pakai GPS. Selain itu turn off beberapa fungsi berikut jika tidak perlu; Bluetooth, 3G dan Wifi. Atau kalau tak pakai phone boleh jadikan iPhone 4 dalam Airplane Mode.

Screen brightness juga tidak perlu set kepada 100%. Buat 50-70% untuk menjimatkan bateri.

IMG_0159

Tutup apps yang ada dalam background, iaitu app yang telah diminimized ketika multitasking.

Sekurang-kurangnya 5%-20% bateri iPhone 4 dapat dijimatkan dengan tips ini.

3. Tangkap screenshot dengan mudah

Tak perlu install apa-apa apps untuk screen capture pada iPhone. Hanya perlu tekan butang fizikal LOCK + MENU secara serentak dan screenshot akan disave dalam picture roll.

Picture adalah disimpan dalam format PNG dengan resolution 640×960.

4. App percuma setiap hari

Maxis iPhone 4 app 5

AppShopper ialah aplikasi iPhone untuk menunjukkan senarai app dan games yang percuma untuk anda dan senarai app diupdate setiap jam bagi memudahkan pengguna.

Separa wajib install kepada sesiapa yang gemar mendownload Apps.

5. Game percuma setiap hari

openfeint spotlight iphone 4

Dengan OpenFeint Spotlight anda boleh ketahui apakah game premium yang boleh didownload secara percuma setiap hari.

Contohnya, game yang biasanya berharga $2.99 diturunkan harga kepada percuma untuk masa yang terhad. Spotlight boleh menunjukkan senarai2 game tersebut dengan muda.

Selain itu, anda boleh follow blog Daily iPhone Blog (link) kerana blog ini sentiasa update dengan game2 percuma untuk iPhone.

6. Kamera yang lebih baik untuk iPhone

Maxis iPhone 4 app supercamera iphone 4

Kamera iPhone kekurangan beberapa option dan effect. Saya suggest anda install Gorillacam (kiri) dan SuperCamera (kanan) untuk meningkatkan kualiti gambar yang diambil.

7. Cut lagu untuk buat ringtone di iPhone

maxis iphone 4 ringtone

App RMaker boleh cut/trim lagu untuk buat ringtone jadi tak perlu susah2 cut lagi di komputer anda. Percuma dan boleh download di App Store.

8. Kawal iPhone menggunakan suara

voice control iphone 4 maxis iphone 4 vlingo

Voice Control default pada iPhone sangat cikai dan langsung tak accurate. Saya cuba try app Vlingo, sangat cool sebab dengan suara boleh dial number, selain itu update status facebook dan twitter pun boleh jugak.

9. Search

iphone 4 search

Jika anda install banyak apps, makin banyak page dan folders yang anda gunakan jadi nak cari satu-satu apps tu kadang kala keliru mana satu.

Jadi, cara mudah gunakan fungsi search untuk cari apps yang anda install. Tiada lagi pening-pening nak cari.


Since Maxis10 dah pun berakhir, saya nak kreditkan ucapan terima kasih kepada

1. April Yim (@aprilyim) – orang yang kontek saya mengenai Maxis10 dan pos laju iPhone 4 kepada saya juga.

2. @Cyberflyx – abang saya yang banyak bagi tips pasal iphone

3. @eenrockstar – sebab rajin tweet2 dan ada facetime sekali dengan saya sepanjang kempem Maxis10

4. @Prasys – sebab kerap bertegur sapa di twitter mengenai iPhone 4

5. Rakan2 blogger dan twitter yang rajin reply dan retweet link

6. Pembaca blog JomPHP yang banyak memberikan komen dan idea serta cadangan sepanjang kempen Maxis10

7. Fans JomPHP di facebook yang kerap tekan butang like dan komen

8. Rakan-rakan di dunia nyata

Lepas ini kalau mana-mana pihak yang mahukan khidmat review daripada JomPHP boleh kontek kami ya! Kepakaran kami adalah di dalam bidang Windows, Linux, Smartphone, Web development dsb.

Sekian post terakhir untuk Maxis10.

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 28 Comments

  1. finalcross

    Baru aku tau cmner nk capture screen dlm iPhone tu. Sblm ni pk punye pk cmner la,rupenye semudah ABC je caranya. Mmg tips yg tip top. Semoga ko dpt iPhone 4 ni secara kekal la bro. Mudah-mudahan…amin. ;-)

    • EiNS

      Not enough free time…if possible i want to add more useful tips, apps etc in this post…maybe it’s better to save some ideas for future posts

  2. Azah

    i love itunes so much.. please dun kutuk2 it.. hoho…
    klau sempat, review la the most best part of iphone 4 berbanding previous iphone.. or compare it with the people only using iPod touch.. because all the apps.. are just the same.. kan? huhu…

    • EiNS

      iTouch 4G dia punya skrin takde IPS LCD…xcun cam iphone 4…satu lg kamera dia biasa2 je

      software iphone 3gs/iphone 4 tak byk beza sebab dua2 pakai iOS 4…tp hardware ada beza…yg tu aku da explain di review hardware :)

    • Kafli

      Assalamualaikum,azah sy nak tanya dah lama mana awak pakai iphone4.boleh tak awak tunjuk macam mana muat turun iqra

  3. kikoz

    Hanya post beberapa artikel saja dihadiahkan iphone percuma..Ini sesuatu yang menguntungkan..X pandai betul maxis nih..

  4. selamat tempe

    BRO tolong sikit boleh nda…….begini masalahnya baru beli iphone 3gs tapi kenapa menatang nie suka sangat tersekat-sekat misalanya tengah taip msg tetiba sahaja menatang nie hang biar sekejap dier elok balik memang lah bukan masalah besar tapi sedikit sebanyak menganggu gugat kelancaran Iphong milikku ini…….ada solution ndak??…..kadang-kadang tengah syok-syok main game tetiba jer hang game still bergerak tapi ku tak bisa mengetouch-touch skrin tu macam takder apa-apa yang berlaku jer biar sekejap elok dier balik ha macam mana nak selesaikan tu……iphone milikku menggunakan iOS 3.1. kena update ke??……leceh la nak jailbreak-jailbreak sendiri nie…..ke hantar kedai jer bior deme settle kan?? tolong ekkk!!!

  5. Khairuz

    Salam buat semua… Kanapa klu sy download lagu di 4 shared… Mnggunakan iphone 4s sy… Tdak bleh download… Ssah btl pkai phone nie… Spe2 twu x cranye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing