Blog yang dibina menggunakan blogger dan wordpress pada asalnya menggunakan attribute NoFollow. NoFollow bermaksud crawler dari search engine seperti Google dan Yahoo tidak akan “follow” atau “ikut” external link yang terdapat dalam blog contohnya pada bahagian main page dan comment.
Manakala DoFollow pula bermaksud blog itu tidak menggunakan attribute nofollow. Bila mana anda meninggalkan komen di blog dofollow beserta link kepada blog anda, anda akan mendapat backlinks secara percuma. Lagi banyak komen, lagi banyak backlinks, dan kemungkinan besar PageRank/PR blog anda juga akan meningkat dengan cepat.Jika anda mempunyai blog yang popular dengan jumlah komen yang banyak, maka dengan menjadikan blog anda sebagai dofollow anda dapat memberi backlinks percuma kepada mereka sebagai ganjaran.
Bukan semua blogger menjadikan blog mereka sebagai dofollow, pertama sekali kerana mereka tidak mengambil kisah tentang perkara backlinks, seo dsb. Blog dofollow juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami apa orang kata sebagai “google penalties”. Ringkas kata, google benci untuk follow link kepada spam websites, broken links, malicious website dll. Kalau dah kena google penalties, maka kerugiannya amat besar kepada webmaster atau blogger kerana blog atau website anda akan hilang PageRank/PR dan kemungkinan juga akan diban dari diindex dalam carian google.
Jadi, buatlah keputusan samada untuk menjadikan blog anda nofollow atau dofollow.
Cara membuat blog anda dofollow
1. WordPress
- Guna plugin khas untuk dofollow. JomPHP dan Eins Lobby menggunakan plugin Lucia Linky Love. Plugin ini membenarkan anda set jumlah komen yang diperlukan untuk menjadikan author link itu kepada dofollow. Contohnya, seseorang comment author perlu menulis komen sebanyak tiga (3) kali kemudian barulah link kepada blog dia akan dijadikan dofollow link.
- Mengaktifkan plugin Akismet dapat membanteras komen spam. Dengan itu, search engine tidak akan crawl dan follow external link kepada web yang mengandungi spam. Selamat dari google penalties.
- Mengaktifkan plugin top commentator. Memberi ganjaran backlinks kepada penulis komen terbanyak di blog anda dengan memaparkan nama dan address blog mereka dalam widget dan boleh diletakkan dibahagian sidebar. Jika search engine crawl blog anda, link yang terdapat dalam widget top commentator juga akan difollow. Penulis komen juga akan berasa sangat dihargai.
- Plugin seperti All in one seo packs juga mengandungi option untuk anda membuat link pada blog dan post anda kepada dofollow atau nofollow.Selain itu, anda juga boleh tekan sini untuk plugin2 dofollow yang lain.
2. Blogger (blogspot)
Blogger tidak menyokong penggunaan plugin seperti mana wordpress, tetapi anda boleh jadikan blog anda sebagai dofollow dengan beberapa pengubahsuaian.
- Menambah meta tags <meta name="robots" content="index follow"> kepada meta data template blog anda. Ianya mesti ditambah pada awal pembukaan tag <head>. Meta tag ini akan memberitahu search engine agar meng-index dan follow semua link yang terdapat dalam blog anda.Untuk lebih lanjut mengenai meta data, boleh refer di link ini.
- Membuang rel=nofollow,pada bahagian author url di bahagian comment. Edit template anda, kemudian cari line seperti dibawah atau anda boleh control+f keyword “dofollow”
<a href='data:comment.authorUrl' rel=’nofollow’><data:comment.author/></a>
Delete perkataan rel=nofollow, seperti contoh dibawah.
<a href='data:comment.authorUrl’><data:comment.author/></a>
Untuk buang rel=nofollow pada backlinks, cuma delete dari line seperti dibawah.
<a href='data:backlink.url' rel='nofollow'><data:backlink.title/></a>
Delete dan ianya akan kelihatan seperti dibawah.
<a href='data:backlink.url'<data:backlink.title/></a>
Jangan lupa save template anda yang telah diubah suai itu. Itu sahaja. Mengenai widget top commentator blogspot, itu saya tidak pasti kerana tidak pernah guna sebelum ini.
Jika ada kesulitan, atau mungkin ada pembetulan, sila tambah di bahagian komen ya! Saya Tentang bahagian blogger, jika anda tidak pasti boleh refer kepada pakar blogger seperti enchek dilarang melarang.Jika anda telah jadikan blog anda sebagai blog dofollow, tinggalkan komen di sini ya! ;)
Users who found this page were searching for:
- uitm student portal login
- daftar backlink percuma
- apa guna plugin no do follow
- backlinks percuma
- tambah meta tag kat blog
- tonton
- cara tambah divider sebelum bahagian komen di blog
- uitm student portal
- siapa pernah guna hosting wpwebhost
- tambah meta tag kat blog
Related posts:




