Post Format

Tiada lagi DotA AI Map daripada BuffMePlz

Ini merupakan berita yang sangat mengecewakan buat semua peminat dan komuniti DotA Allstar, kerana pencipta AI Map iaitu BuffMePlz telah mengumumkan yang beliau tidak akan lagi membangunkan AI Map untuk map dota yang terbaru.

Sebab BuffMePlz bersara daripada membangunkan dota ai map adalah kerana;

- beliau ada komitmen lain dan tidak ada masa melayan request daripada komuniti dota

- hilang kesungguhan setelah dua tahun bersusah payah

- berpendapat komuniti dota akan “mati” tak lama lagi, ramai pemain telah mula bermain alternatif seperti Heroes of Newerth (HoN) dan League of Legends (LoL). Lagipun Starcraft 2 bakal dilepaskan bulan depan.

- Icefrog (pembangun map dota bertahap legenda) bakal mengusahakan projek baru dengan Valve (kompeni Half Life).

Apa2pun, komuniti Dota harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada BuffMePlz kerana sumbangan beliau dalam membangunkan AI Map semenjak 2 tahun lepas lagi. Selain Icefrog, boleh dikatakan BuffMePlz juga adalah individu penting yang mendorong kejayaan Dota AllStar yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Ramai orang yang menggunakan AI Map untuk berlatih skil hero, item-item, farming dan lain-lain.

Versi terakhir dota Ai Map daripada BuffMePlz setakat ini ialah Dota 6.66b AI 0.2141, dan boleh didownload di Getdota.

Update:

1. Harreke telah mengumumkan akan mengambil alih Dota AI Map daripada BuffMePlz dan akan mengeluarkan 6.67 AI Map dalam masa terdekat.

2. Dota 6.68 akan dilepaskan tidak lama lagi, dengan penambahan 2 atau 3 orang hero baru. Icefrog memang terbaik.

Users who found this page were searching for:

  • "map dota AI 6.68 ai"
  • pencipta dota allstar
  • mati kerana dota
  • map dota ai terbaru
  • dota allstar map download
  • heroes of newerth ai
  • download dota map 6.68b ai
  • map dota ai
  • dota map
  • dota ai at window 7

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

13 comments

  1. oitt..
    aku pengila DOTA..
    dorang da buat org ketagih selamber je lepas tgn..
    aku kalo sehari x men boleh masok mimpi oii..
    DOTA gak yg terbaek..

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*