UXDE dot Net Wordpress Themes

Tarikh pelancaran iPad Mini, Windows 8, Windows Phone 8, Nexus 4 dan Nexus 10

By

google nexus 10

Minggu terakhir bulan Oktober tahun ini penuh dengan pelbagai acara pelancaran produk baru daripada Apple, Microsoft dan Google. Antara produk baru yang akan dilancarkan pada minggu ini ialah iPad Mini, Windows 8, Windows Phone 8, LG Nexus 4, Samsung Nexus 10 dan juga Android 4.2.

Sila tanda tarikh-tarikh berikut untuk mengelakkan anda terlepas acara penting ini.


1) Apple

 

Tarikh : 23 Oktober 2012 (24 Oktober 2012 jam 1 pagi waktu Malaysia)

Produk : iPad Mini dengan skrin 7.85” dan harga kurang daripada RM1000. Selain itu, Macbook Pro 13” dengan retina display serta model baru iMac juga akan turut diperkenalkan. iPad juga mungkin akan mempunyai lightning port baru seperti iPhone 5.

2) Microsoft

Tarikh : 26 Oktober 2012 – pelancaran Windows 8 dan Microsoft Surface tablet

           : 29 Oktober 2012 – pelancaran Windows Phone 8

Produk : Sistem operasi terbaru Windows 8 serta tablet Microsoft Surface RT. Beberapa siri komputer dan tablet terbaru daripada Samsung, Sony, Dell, HP, Asus, Lenovo, Acer, LG dan banyak lagi akan turut dilancarkan pada 26 Oktober 2012.

3) Google

Tarikh : 29 Oktober 2012

Produk : LG Nexus 4 – smartphone terbaru menggunakan Android 4.2 dan diperbuat oleh LG. Bakal menggunakan skrin 4.7”, processor quad-core dan 2GB RAM. 32GB tablet Nexus 7 juga akan diperkenalkan beserta versi 3G bagi Nexus 7.

Yang lebih menarik, Samsung dengan kerjasama Google akan mengeluarkan tablet Nexus 10 yang mempunyai resolusi lebih tinggi daripada iPad Retina Display iaitu pada resolusi 2560×1600 dan 300 PPI.


Kalau kami ada masa, mungkin boleh buat live blog pada acara-acara di atas.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>