UXDE dot Net Wordpress Themes

Sony Vaio Tab 20 – tablet 20 inci menggunakan Windows 8

By

tablet-20-inci-sony-vaio

Ramai mengatakan saiz tablet iPad iaitu 10” adalah besar dan saiz paling sesuai bagi tablet ialah 7” seperti Galaxy Tab 7.0 dan Nexus 7. Dan kini Sony pula mengeluarkan Sony Vaio Tab 20 – tablet bersaiz 20 inci menggunakan sistem operasi Windows 8, sekaligus membuatkan iPad dan tablet lain kelihatan sangat kenit.


Spesifikasi Sony VAIO Tab 20

sony-vaio-tab-20

- Processor Intel Core i3/i5/i7

- 4 GB RAM

- 1600×900 resolution IPS display

- 10 point capacitive touchscreen

- 1.3 Megapixel Webcam

- NFC

- Dual speaker dan subwoofer

- Sistem operasi Windows 8

- Harga bermula $880 (RM2691) mula dijual bermula 26 Oktober 2012 (Malaysia TBA)


Sebenarnya Sony VAIO Tab 20 merupakan sebuah komputer AIO (All-in-One) dan boleh berfungsi sebagai desktop untuk tujuan produktiviti. Yang menariknya, Vaio Tab 20 boleh dibaringkan dan digunakan sebagai tablet juga selain mempunyai bateri terbina dalam yang boleh bertahan 2-3 jam.

Ia lebih sesuai digunakan di pejabat ataupun di rumah untuk kegunaan keluarga. TIdak digalakkan berjalan-jalan ke mamak, starbucks ataupun McDonalds.

Apa pendapat anda mengenai Sony VAIO Tab 20 ini?

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 1 Comment

  1. hehe

    saiznya membuatkan ia kelihatan sangat LOLzy.
    webcamnya pula sangat genit.
    bagaimana ia boleh dikategorikan sebagai sebuah tablet? sungguh mengghairahkan untuk diketahui lanjut.
    mungkin ia patut menjadi sebuah table instead of a tablet, though.
    diharap IKEA akan keluarkan rekaan “pengkaki” untuk table ini.

    sangat tabley bla.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing