SKMM akan menghalang 10 file hosting popular daripada diakses pengguna internet Malaysia

skmm blocked file sharing

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan surat berikut kepada ISP (internet service provider) Malaysia untuk menghalang akses kepada 10 file hosting popular.

10 laman file hosting yang dihalang akses ialah:

  1. http://www.warez-bb.org/
  2. http://thepiratebay.org/
  3. http://www.movie2k.to/
  4. http://megavideo.com/
  5. http://www.putlocker.com/
  6. http://www.depositfiles.com/
  7. http://www.duckload.com/
  8. http://fileserve.com/
  9. http://www.filestube.com/
  10. http://www.megaupload.com/

Alasan yang diberikan ialah kerana 10 laman berikut digunakan untuk perkongsian bahan-bahan cetak rompak digital.

Buat masa sekarang, hanya P1 WiMax telah menurut arahan SKMM untuk menghalang akses ke 10 laman di atas, dan berkemungkinan ISP lain juga akan berbuat demikian tidak lama lagi.

Kami telah melakukan survey ringkas di beberapa blog dan forum popular, jelas menunjukkan ramai orang tidak menyokong tindakan SKMM menghalang file hosting. Menurut pendapat ramai, adalah kebebasan masing2 untuk membuat apa sahaja di internet seperti mendownload video, berkongsi file2 menarik dan lain-lain sedangkan pengguna membayar harga yang tinggi setiap bulan untuk bil Internet.

Apa pula kata pembaca JomPHP?

via @amanfirdaus