UXDE dot Net Wordpress Themes

Shut Down, Restart, Remote Control Komputer Anda Menggunakan Smartphone

By

remote shut down computer

Satu lagi tutorial remote, kali ini bagaimana anda boleh gunakan telefon pintar iPhone, Android dan Windows Phone untuk menghantar command bagi Shut Down, Restart, Lock komputer anda secara jarak jauh. Lebih menarik, cara ini boleh digunakan pada komputer menggunakan Windows, Mac OSX dan juga Linux.

Contoh penggunaan : saya terlupa tutup komputer sebelum pergi kerja, dan komputer saya mengandungi banyak fail2 rahsia…habislah kalau orang lain guna komputer tu. Saya keluarkan smartphone, hantar command shut down atau lock, dan komputer saya selamat daripada akses daripada pihak lain.


Kegunaan dan kelebihan PC Monitor

- boleh shut down, restart, lock, log off, hibernate komputer dari jarak jauh

- menyokong sistem operasi Windows, Mac OSX dan Linux

- menyokong peranti iOS, Android dan Windows Phone serta Windows RT

- percuma

remote pc

- Mahu lebih advanced? Anda boleh check suhu dan kelajuan kipas pada hardware komputer, tengok kandungan pada hard disk, lihat sambungan printer, gunakan terminal atau command prompt, lihat senarai perisian dalam komputer serta banyak lagi.

Cara guna PC Monitor

1. Download dan install PC Monitor client untuk komputer anda (Windows, Mac, Linux)

2. Download dan install PC Monitor app untuk smartphone anda (iOS, Android, Windows Phone).

3. Daftar username, password dan gunakan butiran yang sama pada client dan app.

4. ???

5. Setup selesai, jalankan sessi percubaan PC Monitor di komputer anda.

Real life usage untuk PC Monitor mungkin berbeza bagi setiap pengguna, jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan anda jika anda rasa ianya sangat berguna.

Selamat mencuba! :)

p/s: Pengguna Android yang ada masalah download dari Play Store, bolehlah cuba install menggunakan apk ini. Download PC Monitor APK.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 20 Comments

Tinggalkan komen anda