UXDE dot Net Wordpress Themes

Servis Cloud Storage Terbaik : SkyDrive vs Dropbox vs Google Drive

By

cloud-stoage

Apakah itu “Cloud Storage”? Cloud Storage ialah servis yang membolehkan anda menyimpan sesuatu files di dalam ruang storan internet dan files tersebut boleh diakses di mana sahaja dengan mudah.

Sebagai contoh, saya upload gambar yang dirakam pada camera iPhone ke dalam servis Dropbox, dan gambar tersebut boleh diakses pada komputer saya serta tablet Android saya dengan mudah dan cepat.

Cloud storage sangat berguna sebagai tempat backup gambar, video, dokumen, mp3 dan sebagainya dan boleh mengelak kehilangan files2 penting dan berharga sekiranya hard disk komputer anda rosak.

Menggunakan servis Cloud Storage adalah sangat mudah; biasanya anda hanya perlu drag and drop file yang anda hendak upload atau backup.

Berikut adalah beberapa servis Cloud Storage yang popular.

 

1) Microsoft SkyDrive

 

skydrive

SkyDrive adalah antara servis Cloud Storage yang agak popular kerana ianya mesra pengguna, mempunyai ruang storan yang besar dan anda boleh upgrade ruang storan yang lebih besar pada harga yang sangat berpatutan.

microsoft-skydrive

Ruang Storan : 7 GB untuk pengguna baru, 25 GB untuk pengguna sedia ada

Sokongan : Microsoft Windows 8,7, Vista, Apple Mac OS X, Apple iPhone, iPad dan Windows Phone 7 (Skydrive Apps)

Upgrade : $50 (RM150) 100 GB space

Daftar : Microsoft Live Skydrive

 

2) Dropbox

 

dropbox[6]

Kelebihan Dropbox adalah menyokong pelbagai jenis peranti daripada Microsoft Windows, Apple Mac OSX, Apple iOS, Google Android, Linux dan sebagainya.

Dropbox juga sangat mesra pengguna di samping mempunyai kelebihan tersendiri seperti boleh jemput rakan untuk berkolaborasi dalam berkongsi files, fungsi direct link (hotlinking kepada gambar, mp3 dan sebagainya.

Ruang storan Dropbox agak terhad tapi anda boleh jemput rakan-rakan menggunakan Dropbox dan anda akan diberi ruang storan yang lebih besar secara percuma.

dropbox-quota

Ruang Storan : 2 GB untuk pengguna baru

Sokongan : Microsoft Windows, Apple Mac OSX, Apple iOS, Google Android, Linux

Upgrade : $199 (RM600) untuk 100 GB tambahan

Daftar : Dropbox Sign Up

 

3) Google Drive

google drive

Google Drive ialah servis yang baru dilancarkan oleh Google pada 24 April 2012 setelah kian lama mendapat spekulasi dan khabar angin pelancarannya. Google Drive akan bersaing secara terus dengan Skydrive dan juga Dropbox.

Kelebihan Google Drive ialah integrasi dengan pelbagai servis Google seperti Google Docs dan sebagainya. Google Drive juga menyokong Windows, Mac, Android dan iPhone serta iPad.

google drive[9]

Ruang storan : 5 GB untuk pengguna baru

Sokongan : Windows, Mac, Android, iPhone, iPad

Upgrade : $60 (RM180) untuk 100 GB space tambahan

Daftar : Google Drive


Microsoft SkyDrive jelas mendahului pencabar dengan menawarkan 7 GB free space serta harga yang sangat murah untuk upgrade iaitu $50 untuk 100 GB space tambahan. Namun Skydrive tiada apps rasmi untuk pengguna Linux dan Android buat masa sekarang.

Dropbox pula lebih mahal dan menawarkan ruang yang kecil iaitu 2 GB sahaja tetapi anda boleh mendapatkan space tambahan dengan sangat mudah secara percuma. Dropbox juga menyokong hampir semua jenis platform.

Google Drive pula sangat sesuai untuk anda yang gemarkan servis2 daripada Google dan juga sekiranya anda seorang pengguna Android. Buat masa sekarang, saya hanya daftar Google Drive dan belum merancang untuk menggunakan secara primary.

Masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri, terpulang kepada anda untuk menentukan apakah servis cloud storage yang terbaik dan menepati cita rasa penggunaan teknologi anda.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 11 Comments

  1. Anarm

    aku pelanggan dropbox Pro 50GB.. setakat ni baru guna dropbox je utk backup file2 kerja.. skydrive dan google drive pon ada jugak cuba2..

  2. ahmad

    salam,, saya nak tanya,, klw dropbox nie kan,, lps kita upload file dlm dropbox,,kte bleh delete x file tu dlm komputer kita.. sebab ingat nak uploads smua assignment n nota2 lepas, n delete dlm pc nie. nak jimat space

  3. hmszam

    Nice info, mungkin ni sebagai tambahan utk korang… so far aku dah pakai 4 product 3 daripadanya yang admin postkan tapi satu lagi box.com. mana2 pun ader kelebihan dan kekurangan masing2, tapi so far, aku bagi high rating pada google drive dari segi speed dan multi-platform, next dropbox dr segi synchronization in LAN then box.com dari segi integration ngan google apps dan collaboration. box dier banyak apps bleh integrate selain dgn google apps, MS Office ader tools into save to Box.com dan open direct dr office takpayah nak download dulu utk open.

    kalau org yg jenis keje bnyk pc, kat umah lain ofis lain, on the go lain better gdrive or dropbox, multi-platform easy synchronize. tapi kalau box free account tak leh nak install kat mana2 pc just web-upload dan single file download itu pun thru web. kalau nak guna box utk backup sesajer bleh pakai box. kalau dulu saper2 yang pakai android device, bleh dapat lifetime upgrade 5GB to 50GB, so bleh setup 20 acount utk ader 1TB on line. tak sure bile lagi diorg akan bukak offer macam tu

  4. Seikology

    Salam.

    Adakah cloud storage yg lain support embed code untuk video seperti google drive berikan?

Tinggalkan komen anda