Bagi pengguna sistem operasi Windows, perisian antivirus merupakan salah satu perisian yang paling penting untuk melindungi komputer daripada ancaman virus dan pelbagai malware yang lain. Walaupun sekuriti sistem operasi Windows telah dipertingkatkan dalam Windows 7 dan Windows 8, namun masih belum 100% kebal daripada virus lagi.
Untuk tahun 2013, syarikat-syarikat seperti Kaspersky, AVG, Avira, Microsoft telah mengeluarkan versi terbaru perisian antivirus mereka.
Perisian Antivirus 2013
1. Microsoft Security Essentials (MSE)
MSE merupakan perisian antivirus percuma yang dikeluarkan oleh Microsoft untuk sistem operasi WIndows 7, Vista dan XP. Di dalam Windows 8, perisian MSE sudah terbina dalam dan dinamakan sebagai Windows Defender.
Sebagai pengguna MSE sejak lebih 3 tahun lepas, MSE sangat bagus daripada segi performance, tidak memberatkan komputer malah tiada sebarang virus atau malware pernah singgah di komputer saya. Kalau ada pun, terus MSE detect dan bunuh malware tersebut.
Download Microsoft Security Essentials 4.1 (Percuma) Windows XP (32-bit) | Windows Vista or 7 (32-bit) | Windows Vista or 7 (64-bit) | Changelogs
2. AVG Antivirus Free 2013
AVG antivirus merupakan salah satu perisian antivirus percuma yang sangat popular. Untuk versi 2013, AVG antivirus mempunyai antaramuka baru yang diinspirasikan daripada Metro design.
Download AVG Antivirus Free 2013 | Changelogs
3. Kaspersky Antivirus 2013
Kaspersky Antivirus merupakan salah satu perisian antivirus berbayar yang agak popular di Malaysia. Versi terbaru 2013 lebih stabil, lebih laju dari segi performance dan database antivirus telah dipertingkatkan menjadi lebih mantap.
Download Kaspersky Antivirus 2013 | Changelogs
4. Avira Free Antivirus 2013
Antara fungsi baru dalam Avira Antivirus 2013 ialah socialshield, iaitu fungsi parental control bagi membolehkan ibubapa memantau aktiviti anak-anak mereka secara online. Lain-lain tiada sebarang perubahan drastik pada Avira 2013.
Download Avira Free Antivirus 2013 | Changelogs
5. Norton Antivirus 2013
Norton Antivirus 2013 juga mempunyai antaramuka baru yang kelihatan seperti Metro design. Antaramuka baru ini lebih mesra pengguna touch screen dan secara keseluruhan prestasi Norton Antivirus 2013 lebih meningkat daripada versi sebelumnya.
Download Norton Antivirus 2013 | Changelogs
Mungkin ada yang tertanya-tanya, masih relevan kah perisian antivirus? Bagi saya ianya masih relevan kerana masih lagi terdapat berjuta-juta pengguna sistem operasi Windows XP dan Vista dan terdedah kepada ancaman virus dan malware setiap hari.

bitdefender total security 2013 ok tak? boleh bg pendapat sikit?
ok je bitdefender cuma kat malaysia tak ramai pakai…beli ori punya ke?
guna windows 8+windows defender…sangat best.. ehehehe
apa beza MSE pre release dgn ko bg tu
cuba check About > version MSE ko berapa? 4.1.XXX?
4.1.522. hahah
MSE versi 4.1 ni boleh tahan juga
mmg dari dulu guna kaspersky dan sangat berpuas hati. pernah cuba beli register key secara online tapi bila guna sebulan key tu kena block/invalid. Ada yang pernah terjadi perkara yang sama tak? Share sikit. Thanks
Beli dari mana? confirm key pirate tu sebab tu kena blacklist
3rd class key mmg camtu
admin tny ckit
aq guna windows 8 pro skrg ni
n windows already instll wndws defender
mcm mn aq nk ubh or uninstll wndws dfnder tu
spy aq leh guna MSE mcm pic ni http://jomphp.com/wp-content/uploads/2012/10/metro-security-essentials_thumb.jpg
windows defender tu kira MSE preinstalled dalam Windows 8 dah…tak perlu install baru MSE lagi dah
saya ni baru berjinak2 dgn it dan komputer ni, baru-baru ni saya ada beli laptop, masalah nya, tak sampai sebulan saya pakai, laptop saya ni mcm lembap je, lepas tu kekadang dia boleh hang, tengahonline pun dia blh keluar sendiri. kenapa ye..
boleh share laptop model apa saudari beli dan specs dia sekali?
Sy gna internet security F-Secure.. ok tak?
ok kot cuma x berapa glemer
kalau guna Mc Afee pd aku ok je……sbb kalau kita buka laman yg b’bahaya dia akan terus sekat……tp kalau guna Linux lg bagus sbb x payah pasang anti-virus….dgn syarat kena selau update os…