UXDE dot Net Wordpress Themes

Rumusan Kursus PHP Zero Hero Batch 1

Bermula 8 Jun hingga 27 Jun 2014 yang lepas, kami telah berjaya menganjurkan Kursus PHP Zero Hero Batch 1 selama 3 minggu dengan jayanya. Walapun ini adalah kali pertama kami menganjurkan kursus ini, sambutan sangat mengalakkan di mana kehadiran pelajar berjumlah 8 orang.

Kursus PHP Zero Hero ni membawakan konsep berbeza di mana ia lebih kepada home learning, di mana pembelajaran di lakukan di ruang tamu rumah yang besar.

IMG_1068IMG_1069

Majoriti pelajar mempunyai bisness sendiri, orang yang hebat dalam bidang masing-masing, dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu baru.

Berikut merupakan senarai pelajar untuk Batch 1:

1. Faizal Bahassan – IT Business Owner
2. Wira – Tadika Business Owner
3. Fauzi Yahaya – IT Business Owner
4. Nazrin – IT Business partner
5. Affian – IT Business partner
6. Ammar – Social Media Specialist
7. Dzul Shamsudin – Internet Marketer
8. Aain Nazir – Private Tutor

Yang menarik, hampir kesemua pelajar tidak pernah langsung belajar programming. Jadi saya sebagai cikgu kena mencabar diri saya, buat yang terbaik, ajar step by step sehingga kesemua pelajar saya faham, dan dapat result yang sama.

Pada waktu rehat tengahari, pelajar dapat berehat di tingkat atas dan bilik di sediakan sekiranya mahu tidur atau mandi.

Selain itu bilik khas juga di sediakan untuk pelajar menunaikan solat. Yang pasti sangat luas dan selesa untuk solat berjemaah.

IMG_1074

Pada hari terakhir, ada menu istimewa makan tengahari. Jeng jeng kami ada siakap masak stim limau! Terima kasih kepada isteri tercinta saya yang banyak membantu dari segi makanan dan pengurusan tempat.

IMG_1132

IMG_1133

Slot terakhir ialah sesi perkongsian tips kerjaya dan bisness dari semua pelajar.

Faizal Bahassan bercerita bagaimana seorang pekerja secara tak sedar sebenarnya telah menjalankan bisness dengan bossnya, yakni menjual khidmat dengan harga tetap (gaji), dan bossnya menjual hasil kerja tersebut kepada client. Oleh itu sebagai bisness, pekerja mestilah berikan terbaik untuk bossnya, sebagaimana boss cuba berikan yang terbaik untuk client.

En Wira berkongsi pengalaman hidup, cara untuk manage kewangan syarikat, beliau dari berniaga kecil-kecilan sehinggalah memiliki 3 buah tadika di Selangor. Truly inspiring.

IMG_1127

Nazrin berkongsi bagaimana beliau bernetworking untuk bisnessnya Mega IT Tech Network. Nazrin merupakan bekas orang kuat Rakan Muda, dan masih menjalankan hubungan bisness dengan mereka. Portfolio beliau mempunyai banyak client-client besar.

IMG_1130

Zul sempat bercerita bagaimana beliau mampu menjana jualan lebih 1000 unit sebulan untuk bisness bag. Menurut beliau bisness online semakin mencabar dan kita perlu peka terhadap perubahan, terutamanya ads algoritm di Facebook.

IMG_1131

Ammar merupakan seorang ‘retis’ di Twitter dan mempunyai ramai follower, dan sekarang memberi tumpuan sepenuhnya sebagai Social Media Specialist.

IMG_1135

Special! Ilmu Pelaburan Hartanah yang sangat berharga!

Slot tambahan oleh saya, saya berkongsi tentang pelaburan hartanah. Saya berkongsi bagaimana sesorang boleh menjadi kaya dengan pelaburan hartanah. Pelajar di dedahkan cara untuk mencari peluang dalam bidang hartanah, dan prosedur untuk memiliki hartanah yang dapat memberi keuntungan berlipat kali ganda.

Jom tengok pencapaian mereka selepas 3 minggu:

1. Dapat membina laman web E-commerce sendiri
2. Dapat membina laman web WordPress yang optimum
3. Dapat menukar dari PSD ke HTML CSS
4. Dapat mendesign database sendiri
5. Dapat membina web application To Do List menggunakan CodeIgniter

Alhamdulillah setelah 3 minggu, para pelajar telah dapat menimba ilmu yang tidak ternilai harganya, yang dulu hanya dimiliki oleh programmer yang otai-otai sahaja. Dan juga special extra ilmu yang rare dan mahal harganya.

Facebook Group Support + Tutorial + Free resources

Setelah tamat kelas 3 minggu, para pelajar di sediakan Facebook Group Support di mana kami boleh terus berhubung, berkongsi ilmu dan bertanyakan masalah programming. Banyak emas dalam group ini!

Diskusi antara pelajar

diskusi

Tutorial dan free resources yang di sediakan

tutorial

 

Gambar kenangan selepas tamat pembelajaran selama 3 minggu

Gambar kenangan sebelum balik hari terakhir. Semoga jumpa lagi anak muridku semua Winking smile

IMG_1141

Gaya tangan programmer

IMG_1142

Berminat untuk Kursus PHP Zero Hero Batch 2?

SMS “PHPZERO2″ ke 0162040069 sekarang, maklumat Kursus PHP Batch 2 akan di hantar terus ke handphone anda.

Incoming search terms:

Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx

Discussion 2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing