Rebate RM200 Smartphone SKMM – Pendaftaran Dibuka Sekarang

rebate rm200 smartphone skmm

Permohonan untuk rebate RM200 smartphone SKMM sudah dibuka bermula 1 Januari 2013. Jika berminat, boleh lawati website di bawah untuk dapatkan borang permohonan dan ketahui syarat-syarat kelayakan memohon rebate RM200 smartphone.

Borang Permohonan Rebate RM200 Smartphone SKMM

Soalan Lazim Mengenai Rebate RM200 Smartphone SKMM

S: Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?

J:Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut.

Untuk melayakkan menuntut rebat RM200, anda perlu melanggan pakej jalur lebar (sekiranya belum ada) daripada telco seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.

Beberapa perkara yang perlu anda consider sebelum memohon rebate RM200 telefon bimbit :

  • Adakah berbaloi melanggan pakej jalur lebar hanya untuk membeli smartphone dalam kelas low-end?
  • Wajarkah untuk dalam jangkamasa yang panjang?
  • Apakah nilai pakej jalur lebar yang perlu dibayar
  • Berapa lama kontrak yang dikenakan?

Untuk senarai smartphone yang boleh dimiliki dengan rebate RM200 smartphone, sila tengok artikel terdahulu : Pendaftaran untuk rebate RM200 smartphone bermula 1 Januari 2013

Kemaskini #1: Pakej Daripada Telco

umobile rebate rm200 smartphone

uMobile Rebate RM200 Smartphone

celcom rebate rm200 smartphone

Celcom Rebate RM200 Smartphone

tunetalk rebate rm200 smartphone

Tune Talk Rebate RM200 smartphone 

Tiada kontrak untuk rebate RM200 smartphone daripada Tunetalk (terima kasih Haziman)

Kemaskini #2

Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi twitter beliau memberitahu “Kabinet setuju belia 21-30 tahun dn pndapatan RM3,000 ke bwh boleh tawarkan utk beli apa jua telefon pintar dgn rebat RM200 mulai bulan ini.”

Dari @501Awani

Selamat memohon! :)