Post Format

QT TabBar – tambah fungsi tabs, image preview, grouping dll di Windows Explorer

qttabbar windows 7

Qttabbar ialah perisian kegemaran saya sejak dari zaman Windows XP lagi, dan kini perisian ini telah diupgrade supaya compatible dengan versi terkini Windows 7. Apa yang menarik dengan Qttabbar ialah fungsi tabbed browsing, image preview, folder grouping dan bermacam-macam lagi fungsi menarik pada Windows Explorer.

Qttabbar sangat ringan dan tidak akan menjejaskan prestasi Windows anda, dan saya amat cadangkan anda supaya memasang Qttabbar sekiranya anda menggunakan windows 7.

qttabbar windows 7[10]

Untuk menggunakan Qttabbar, anda perlu download dan install Qttabbar; kemudian restart explorer. Buka My Computer contohnya, dan tekan Alt untuk menunjukkan menu bar, lepas itu tekan View > Toolbars > dan pilih QT TabBar. Anda boleh cuba QT Tab Standard Buttons, tapi saya tak berapa suka kerana icon tidak cantik.

Download installer QT TabBar (Windows XP, Vista, 7).

Bagi saya tabbed browsing itu sangat cool dan menjimatkan ruang, serta memudahkan navigasi pada explorer. Selain itu, fungsi image preview menjadikan windows anda lebih cool dan mampu men”jeles”kan rakan-rakan anda yang lain.

qtabbar windows 7

Selain itu, ada fungsi deep navigation di explorer anda selepas install QT TabBar. Fungsi ini membolehkan anda melihat subfolder dan kandungan dalam sesuatu folder tanpa perlu membuka folder tersebut. Bila anda hover pada folder, akan muncul satu symbol seperti arrow.

Untuk memudahkan pemahaman anda, cuba tonton video di bawah ya!

Jangan lupa kongsi dengan rakan-rakan; selamat mencuba! :)

Users who found this page were searching for:

  • how to install qt tab
  • cara tambah menu bar pada blog
  • fungsi windows
  • maybank2u
  • fungsi nokia qt
  • qt tab bar
  • fungsi preview
  • cara tambah page tab dalam blog
  • cemas semart
  • tab

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

26 comments

    • Aah…aku pun ada pakai ntuk microsoft office buat jadi tabbed gak…save space dan effiecient…ada masa aku tulis gak psl tu…

      selamat mencuba bro :)

      Reply
  1. Pingback: Tweets that mention QT TabBar – tambah fungsi tabs, image preview, grouping dll di Windows Explorer | JomPHP -- Topsy.com

  2. *offtopic

    aku nk tanye mcm mane kau buat start button kau jadi cmtu? dengan ikon2 sebelah start button tu. aku cm jeles gile. aritu aku rase aku ade bace pasal tuka2 start button ape sume tu. tapi aku da lupe bace kat mne. nk cari balik da malas da. so aku pon tros mengambil alternatif bertanye kepada kau tros. haha. jawab ek

    Reply
  3. br0..cmne k0 hide tab organize,include in library,share with etc..
    ann0ying r..aq tgk kat video k0 xde…

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*