UXDE dot Net Wordpress Themes

Previu fungsi baru iOS5 untuk iPhone/iPad/iPod Touch

By

ios5 download

2 hari lepas, Apple telah mengumumkan kemaskini terbaru iOS5 untuk pengguna gadget iPhone/iPad/iPod Touch. Versi beta telah dikeluarkan untuk developers dan versi penuh iOS5 dijangka boleh dimuat turun seawal bulan September 2011.

Walaupun iOS5 memperkenalkan banyak fungsi baru, namun ianya bukanlah fungsi yang “groundbreaking” atau revolusi daripada iOS4. Tetapi, penambahan baru ini sudahpun cukup untuk membuat berjuta-juta pengguna peranti iOS4 gembira dan bersyukur dengan pembaharuan yang dibawakan oleh Apple.


iOS5 Beta Download

Bagi yang tak sabar nak menggunakan iOS5, boleh download IPSW dan install pada iPhone/iPod/iPad. Malangnya, fungsi phone tidak boleh digunakan sekiranya anda tidak mempunyai akses kepada developer account apple. Risiko menggunakan beta firmware ditanggung anda sendiri.

Download iOS5 beta firmware.

Cara install iOS5 beta firmware.

Fungsi-fungsi utama iOS5

Saya akan sentuh mengenai fungsi-fungsi utama iOS5 sahaja. Untuk senarai lengkap boleh tengok di laman rasmi Apple iOS5.

1. Notification baru

new notification iOS5

Dalam iOS sebelum ini, notification yang muncul pada screen iPhone/iPad/iPod adalah dalam bentuk popup dan menganggu, terutamanya ketika bermain game.

Notification baru dalam iOS5 akan muncul di bahagian atas screen dan akan hilang dalam beberapa saat dengan efek yang cool. Untuk melihat segala notifcation terdahulu, hanya perlu “swipe down” pada bahagian atas screen ataupun status bar untuk melihat semua notification.

Notification tidak terhad kepada sms atau email, tetapi termasuk juga notification daripada twitter, reminders, calendar dan apa saja aplikasi yang menggunakan Push Notification.

Anda juga boleh click butang (X) untuk memadam notification.

ios5 lockscreen

Yang lebih menarik anda boleh tengok notification pada lockscreen iPhone. Akhirnya lockscreen pada info menjadi lebih berguna berbanding sebelumnya.

2. iMessage – messaging system untuk iPhone/iPad/iPod Touch

imessage for iOS5[7]

iMessage adalah fungsi chatting terbina dalam iOS5 dan boleh digunakan untuk berbual dengan rakan-rakan menggunakan iPhone/iPad/iPod Touch. Selain berbual menggunakan text, anda juga boleh berkongsi gambar, video, contacts, lokasi gps dan bermacam-macam lagi.

Fungsi ini tiada banyak bezanya dengan BlackBerry Messenger (BBM) dan juga app seperti Whatsapp, PingChat dan sebagainya. Namun, disebabkan ianya percuma dan kini terdapat lebih 200 juta pengguna iOS device, iMessage dijangka menjadi platform chatting yang sangat popular selepas dilancarkan nanti.

Buat masa sekarang, anda boleh menggunakan Apple ID email adress untuk menambah rakan di dalam iMessages.

3. Integrasi Twitter pada app utama iOS dan juga app pihak ketiga

twitter ios5

Twitter kini diintegrasikan pada iOS5. Hanya perlu sign in sekali dan anda boleh menggunakan twitter dalam native app seperti photos, maps etc dan juga dalam third party app.

Contohnya, anda baru tweet gambar yang baru dirakam menggunakan camera, kongsi lokasi gps di mana berada kepada followers twitter, dan bermacam-macam lagi kegunaan.

Di dalam contacts, menariknya anda boleh integrasikan avatar, tweethandle kepada rakan-rakan dan ianya sangat memudahkan komunikasi menggunakan platform twitter.

Kalau anda masih stuck menggunakan Facebook, sila daftar twitter sekarang.

4. NewsStand

newsstand ios5

NewsStand ialah app folder yang memuatkan segala subscription majalah, akhbar dan sebagainya dalam satu “rak digital”.

Disebabkan banyak syarikat-syarikat besar telah mengeluarkan majalah dan akhbar digital versi iPad, fungsi Newsstand ini dilihat lebih memudahkan anda mengakses segala digital subscription yang dibuat melalui AppStore dengan mudah.

5. Camera dan Photo

camera photo iOS5

Anda boleh mengambil gambar dalam bentuk grid, dan juga boleh mengambil gambar menggunakan butang fizikal volume up (butang naikkan volume).

Selain itu, pelbagai fungsi asas telah ditambah di dalam photos.app seperti crop, edit, rotate, resize dan sebagainya.

6. WiFi Sync, activate tanpa PC

Anda kini boleh sync content iPhone tanpa perlu menggunakan cable usb asalkan ada WiFi connection dalam local network.

Selain itu, anda juga boleh activate iPhone tanpa perlu sambungkan pada komputer kemudian menggunakan iTunes. Sangat memudahkan dan menyenangkan.

7. Integrasi iCloud

icloud

iCloud adalah platform yang baru diperkenalkan oleh Apple. iCloud membolehkan anda backup/sync content2 kepada server “cloud” Apple kemudian content2 itu boleh diakses di device lain yang menggunakan iCloud juga.

Anda boleh backup file2 seperti photos, lagu yang dibeli menggunakan iTunes, video, dan sebagainya. Jika anda pernah menggunakan DropBox, fungsi iCloud adalah lebih kurang sama cuma ianya dibuat oleh Apple dan percuma untuk pengguna iOS.

Selepas ini, hendak transfer lagu, video sangat mudah hanya perlu upload kepada icloud dan icloud akan simpan backup copy di dalam server dan juga komputer anda. Tak perlu risau lagi data hilang.

8. OTA (over the air) update

Sebelum ini, iOS hendaklah diupdate menggunakan iTunes dan file update biasanya bersaiz beratus-ratus MB dan proses update pula sangat lambat dan memakan masa.

Dengan iOS5, anda boleh update menggunakan internet tanpa perlu bergantung kepada iTunes. Data-data dalam phone seperti contacts, photos dan sebagainya tidak akan hilang.


iOS 5 device

iOS5 boleh digunakan pada iPhone 4, iPhone 3Gs, iPod Touch 3G/4G, iPad dan juga iPad 2. Versi penuh iOS5 akan dikeluarkan pada bulan 9. Nantikan.


Ulasan penulis JomPHP mengenai iOS5

1. Walaupun iOS5 banyak fungsi baru, namun tiada fungsi yang betul-betul revolutionary dan sebab itulah ramai kata bahawa presentation Apple pada WWDC 2011 tidak “magical” seperti WWDC tahun lepas.

2. Fungsi notification baru pada iOS5 adalah hampir sama dengan notification pada Android. Ramai peminat Android mengatakan Apple telah menciplak fungsi Android untuk digunakan pada iOS5.

3. Kebanyakan fungsi pada iOS5 sudah boleh dinikmati sejak bertahun-tahun oleh para “jailbreakers”. Contohnya fungsi notification pada lockscreen, fungsi rich text formatting pada email, wifi sync, dan banyak lagi.

4. Apple banyak melihat potensi pada jailbreak app dan kemudian memasukkan fungsi itu ke dalam iOS 5. Paling ketara, Apple juga telah mengambil developer cydia app Mobile Notifiers sebagai developer di Apple HQ dan menggunakan code beliau untuk dimasukkan ke dalam iOS 5.

5. Masih tiada fungsi menukar tema, dan widget pada iOS…sedangkan Apple mampu berbuat demikian. Apple juga masih recycle “raindrop” background iOS4 untuk digunakan pada iOS5.

6. Dah hampir setahun saya guna iPhone 4, serius interface iOS dah makin bosan. Anda hanya boleh slide kiri kanan, tukar page, buka folder dan sebagainya. Sedangkan banyak perkara yang boleh dilakukan pada interface iOS.

7. Mungkin iOS5 hanya membawakan sedikit pembaharuan pada iOS. Saya harap iOS6 bakal membawakan perubahan pada UI sedia ada supaya pengguna tidak cepat muak dan bosan.

8. Masih tiada Adobe Flash pada platform iOS5. Smartphone android 2.2 + sudah lama mampu guna Adobe Flash dengan lancar. Sepatutnya iOS dah lama mampu guna Flash sebab secara teori iOS lebih laju dan lancar berbanding Android 2.2. Lagipun processor dualcore A5 pada iPad2 sangat laju, takkan tak boleh nak masukkan Flash dalam iOS?

Ramai lagi berharap Apple masukkan Flash di dalam iOS; sebab memang tak seronok browsing web tanpa sokongan flash. Tak perlu bergantung kepada third party app untuk convert lagi. Ego Steve Jobs terlalu tinggi, mungkin?

9. iMessage ialah percubaan Apple untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan produk Apple. Ramai beli blackberry sebab nakkan fungsi BBM. Sekarang fungsi macam BBM sudah boleh digunakan pada produk Apple, jadi lebih ramai pengguna Blackberry dijangka berhijarah ke iOS.

10. Masih tiada pengumuman mengenai model baru iPhone. Ini bermakna smartphone Android akan terus menjadi leader dalam kategori spec paling canggih. Samsung Galaxy S2 adalah smartphone Android tercanggih setakat nie dengan processor dual core paling laju, rakaman video 1080p dan sebagainya, jauh mengatasi spec iPhone 4.

Ada apa yang anda nak tambah? Boleh komen di bawah :)

p/s: Neowin.net mengkritik iOS5 : mesti baca http://www.neowin.net/news/ios-5-not-magical-or-revolutionary

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 11 Comments

  1. alisabki

    It’s kind of ironic that Apple is suing any companies for copying iOS, but the company doesn’t have a problem with doing the same thing..

    • EiNS

      2011 : year of the copycats – Steve Jobs

      Apple lack fresh idea…so they just picked up the best features from Android, WP7, BB and slapped on the iOS5…some features are copied from jailbreak app too

      • alisabki

        more and more cydia tweaks are coming to iOS after this. this is good for consumer. but, its cannot stop people on jailbreaking

      • msbmna

        Boleh kata pemalas juga pekerja Apple ni. Mesti bengang je pembikin aplikasi yang terlibat.

        Aku dapat tahu Geohot dah dapat jailbreak iOS5 walaupun masih beta lagi. Dashyat gila mamat ni.

        • EiNS

          actually bukan geohot jailbreak ios5…cuma code yg dia discover dalam jailbreak 4.1 limera1n masih belum di-patched oleh apple sebab tue hardware-based…means kena tukar hardware baru jailbreak tu tak jadi…tethered jailbreak btw

  2. Abi Darwish

    Just installed 4.3.3. iOS 5 coming soon.. iTunes 10.3 released yesterday n today 10.3.1 is out already.

Tinggalkan komen anda