Pod2G dan MuscleNerd akan hadir pada Hackinthebox 2012 Malaysia

hackinthebox-2012-malaysia

Hackinthebox (HITB) conference yang berlangsung pada 8 – 11 Oktober di Kuala Lumpur akan turut dihadiri oleh Pod2G, MuscleNerd dan ramai lagi. HITB merupakan event yang membincangkan mengenai cyber security; metasploit, penetration test, mobile OS security dan banyak lagi antara topik yang sering dibincangkan setiap tahun.

Untuk yang belum tahu, Pod2G dan MuscleNerd merupakan tunjang utama dalam iOS Jailbreak scene…mereka bekerjasama dengan beberapa orang lain untuk membina tool Absinthe bagi tujuan jailbreak iPhone, iPad dan iPod Touch menggunakan iOS 5.X pada masa lepas.

Bagi yang ingin bersua muka atau mata dengan Pod2G, boleh lah berdaftar di website HITB. Harapnya pendaftaran masih dibuka.

Daftar HITB Conf 2012 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut, sila follow @hitbsecconf atau facebook group.

Sumber : Pod2G, MuscleNerd HITB Malaysia.