UXDE dot Net Wordpress Themes

Phoenix Wright, adaptasi permainan video bertemakan peguam ke layar perak

By

phoenix-wright-movie

Phoenix Wright : Ace Attorney merupakan permainan video ciptaan Capcom bertemakan persaingan antara Phoenix Wright, seorang peguam bela dengan pihak pendakwa raya (prosecutor). Permainan video pertama Phoenix Wright dilancarkan pada 2001 untuk pelantar NIntendo Gameboy Advance dan kemudian dibuat kembali untuk pelantar Nintendo DS pada tahun 2005.

phoenix-wright

Permainan video Phoenix Wright mempunyai beberapa chapter/cases dan kes pertama bermula dengan insiden bos kepada Phoenix Wright sendiri dibunuh dan adik kepada mangsa bunuh pula dituduh sebagai suspek utama kes tersebut. Tugas Phoenix Wright pula untuk membela tertuduh dan membongkar siapa pesalah sebenar.

phoenix-wright[4]

Jalan cerita filem Ace Attorney : Phoenix Wright mengekalkan jalan cerita asal siri pertama permainan video Phoenix Wright. Filem ini dilancarkan pada awal tahun 2012.

phoenix-wright[6]

Phoenix Wright dilakonkan oleh Narimiya Hiroki, pelakon yang sudah tidak asing lagi bagi peminat J-Drama.

phoenix-wright-movie[8]

Seteru Phoenix Wright, Miles Edgeworth, seorang prosecutor yang licik tetapi sangat bijak. Merupakan rakan Phoenix Wright ketika kecil.

Peminat setia siri Phoenix Wright amat digalakkan menonton filem Phoenix Wright ini. Untuk permainan video pula, Capcom akan mengeluarkan Phoenix Wright Trilogy HD untuk pelantar iOS menggabungkan ketiga-tiga game Phoenix Wright yang pernah dilancarkan untuk pelantar Nintendo DS.

 phoenix-wright-iphone

Sementara menunggu Capcom melancarkan Phoenix Wright Trilogy HD, pengguna iPhone boleh download versi pertama Phoenix Wright yang telah dilancarkan sekitar tahun 2011.

Download Phoenix Wright iOS.

Sebagai peminat siri Phoenix Wright sejak beberapa tahun lepas lagi, kami sangat teruja menonton filem Phoenix Wright ini dan juga tidak sabar menunggu Capcom melancarkan Phoenix Wright Trilogy HD pula. Anda bagaimana?

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing