UXDE dot Net Wordpress Themes

Pengalaman dan tips mencari kerja

Mei 2010 menyaksikan saya telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam Ijazah Perkomputeran Netsentrik. Selepas itu bermula episod baru dalam hidup saya iaitu alam pekerjaan.

Dalam artikel kali ini saya, saya ingin berkongsi pengalaman dan tips mencari kerja yang saya dapat dalam masa sebulan ini. Diharap dapat membantu pelajar terutamanya dalam bidang IT yang bakal memasuki alam pekerjaan nanti.


Dimana nak cari kerja?

1. JobStreet – Portal mencari kerja terbesar di Malaysia

2. JobMalaysia  – Portal mencari kerja oleh Kerajaan Malaysia

3.  SPA    -  Permohonan jawatan kerajaan

4. Job Enlistment @ Lowyat 

5. Jobs.Lowyat

6.  Group kerja Facebook

7. Jawatan Kosong Kerajaan Terkini @ Facebook

8.  Laman web jabatan, institusi – Kebanyakan institusi atau jabatan seperti SUK Selangor atau Universiti membuka peluang pekerjaaan melalui laman web mereka.

Demand kerja

Programming:

1. Dari pemerhatian saya dalam JobStreet, pengetahuan dalam Microsoft .NET framework mempunyai demand paling tinggi. Oleh itu saya amat sarankan pelajar mengambil kursus Microsoft Certified Professional Developer : ASP.NET yang ditawarkan secara percuma di IPTA melalui program 3P Prestariang.

2.  PHP developer. Pengetahuan menggunakan mvc php framework seperti CodeIgniter, CakePHP dan Zend is a huge plus and will set you apart from other candidates. Nettuts merupakan sumber berharga untuk belajar CodeIgniter dan lain-lain lagi.

3. Iphone developer. Semakin banyak syarikat IT tempatan menceburi bidang iphone development. Pengetahuan asas menggunakan mac dan xcode adalah penting untuk menceburi bidang ini.

Network:

Jika anda minat untuk bekerja dalam bidang Network, adalah penting anda mempunyai CCNA. Kebanyakkan kerja dalam bidang Network memerlukan anda mempunyai pengalaman atau untuk fresh graduate mempunyai CCNA.

Tips mencari kerja

1. Apply walaupun fresh graduate

Kebanyakkan iklan memerlukan anda mempunyai pengalaman untuk memohon. Tetapi jika anda yakin dengan skill dan kemampuan anda, tidak salah mencuba nasib memohon kerja tersebut.

2. Menghadiri karier fair

Jika anda menghadiri karier fair, besar kemungkinan anda akan dipanggil untuk interview dan lebih menariknya kebanyakkan kerja mempunyai gaji yang menarik dan tidak dapat dipohon melalui online. Ini kerana terdapat banyak ejen pekerjaan aktif memburu kerja untuk anda (mereka dapat komisen jika anda terpilih untuk berkerja)

3. Mempunyai portfolio/website/blog sendiri

Jika anda seorang pelajar IT, mempunyai online portfolio merupakan satu advantage. Beberapa syarikat bertanyakan saya samada mempunyai online portfolio sebelum mereka decide  menjemput saya untuk sesi interview.

4. Emel melambangkan skill komputer anda

Jangan guna emel yang mengarut seperti farahcun3990@yahoo.com untuk memohon kerja. Sangat digalakkan menggunakan nama anda seperti farah.hanim@gmail.com. Sebaiknya gunakan gmail atau terus nama domain anda seperti admin@jomphp.com. Komik oleh TheOatMeal ada menerangkan macamana alamat emel melambangkan skill anda.

5. Memohon awal

Jika anda target untuk bekerja sebulan lagi dari tarikh ini, anda sudah boleh mula memohon. Ini kerana companya mengambil masa 2-3 minggu untuk mencari pekerja baru. Sekiranya anda diterima, anda boleh memohon untuk bermula pada tarikh yang anda mahukan.

Tips interview

1. Kaji background company

Jika anda dijemput ke sesi interview, kaji background company tersebut. Ketahui apa yang mereka buat, pencapaian mereka, dan lain-lain. Sangat mudah untuk mengkaji kerana kesemua company IT mempunyai laman web mereka sendiri.

2. Ulangkaji basic

Semasa saya menghadiri interview untuk php developer, saya terlupa benda yang sangat basic sehingga interviewer tersebut meragui kemampuan saya. Saya agak yakin untuk menulis code yang panjang ketika itu, tetapi terlupa dengan php function yang sangat basic. Oleh itu sebaiknya ulangkaji juga benda yang basic.

3. Yakin

Sentiasa yakin semasa interview. Mudah sahaja untuk yakin. Pastikan anda betul-betul faham benda yang anda cakapkan. Contohnya anda ditanya mengenai PHP framework setelah anda menyatakan anda tahu menggunakannya dalam resume anda. Jika anda betul-betul faham, anda akan dapat menjawab dengan yakin.

4. Backup diri

Anda seorang yang merendah diri. Tetapi adalah tidak bagus sekiranya anda terlalu merendah diri semasa interview sehingga menampakkan kelemahan anda. Beri peluang untuk diri sendiri.

5. Datang awal

Jika saya dipanggil untuk interview ke company yang saya tidak tahu tempatnya, biasanya saya akan pergi mencari terlebih dahulu lokasi company tersebut. Oleh itu pada hari interview saya tidak lagi perlu mencari tempat, dan dapat datang awal kerana sudah dapat mengagak jarak dan masa yang perlu diambil untuk sampai. Datang awal dapat memberi anda masa untuk lebih bersedia.

Tips memlih kerja

Sekarang anda telah ditawarkan dengan beberapa peluang pekerjaan dan anda pening untuk memilihnya. Berikut tips yang boleh anda gunakan.

1. Basic salary

Basic gaji untuk fresh graduate degree dalam bidang IT ialah sekitar rm2000 – rm3000. Jika anda ditawarkan gaji bawah rm2000 tanpa sebarang benefit (kenaikan gaji, allowance), anda perlulah nego dengan syarikat itu lagi atau mencari kerja di company lain.

2. Allowance

Mana lebih ok Syarikat A dengan gaji basic rm2200 dan Syarikat B dengan gaji rm2400. Syarikat A dengan allowance parking rm200, kenaikan gaji selepas 2 bulan, medical benefit dan lain-lain tetapi syarikat B tanpa allowance. Jawapannya syarikat A.

3. Lokasi

Jika anda bekerja di area Petaling Jaya, parking rate adalah sangat mahal mencecah rm20 sehari dibangunan ofis. Jika company menyediakan parking allowance, anda tidak perlu risau. Jika anda mahu berjimat cermat, boleh memohon kerja di lokasi seperti Rawang.

4. Kewajiban anda

Sesetengah company tidak membenarkan anda keluar menunaikan solat jumaat. Jika anda seorang Muslim, anda tahu jawapannya.

 

Artikel ini ditulis dari pengalaman saya dan rakan mencari kerja. Jika ada tersalah, harap maaf. Jika anda tips menarik, berkongsilah dengan rakan-rakan lain di ruangan komen ya.

Incoming search terms:

Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx

Discussion 33 Comments

  1. EiNS

    Nice tips…kalo keje ngan gomen bidang IT banyak ke gaji? btw letak la tag banyak2…ramai orang cari psl tips interview, cari kerja etc nie…seo sedak weh

  2. ruhaifi

    artikel yg bgs..utk bidang IT besenye banyak peluang bisnes yg boleh dibuat sementara tunggu kerja. silap2 xyah cari keje,kene cari og keje ngan kite plak.hehe..

  3. Jockey

    Terima kasih diucapkan diatas perkongsian ini terutamanya link no.4, 5, 6 dan 7 tu. Memang tak tahu kewujudannya.

Tinggalkan komen anda