Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10

iphone4

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli iPhone 4 daripada Maxis, dan masih kurang jelas mengenai pendaftaran dan pembayaran, anda boleh rujuk kepada artikel saya ini.

Maklumat di dalam table adalah diambil daripada pamphlet Maxis iPhone 4 sendiri, cuma bezanya saya sudah terjemah ke dalam bahasa Melayu dan selepas ini saya akan ulaskan sedikit mengenai pelan Maxis ini.


Maklumat tambahan:

*Pra-pembayaran untuk Bayaran Bulanan diperlukan bagi pelan iValue dan akan dikreditkan secara sama rata untuk tempoh 5 bulan pertama

  • iValue 1: RM400 untuk 24 bulan, RM200 untuk 12 bulan
  • iValue 2: RM620 untuk 24 bulan, RM200 untuk 12 bulan
  • iValue 3: RM1250 untuk 24 bulan, RM500 untuk 12 bulan
  • iValue 4: RM2000 untuk 24 bulan pertama, RM1000 untuk 12 bulan pertama

Untuk memiliki iPhone, anda tidak boleh beli di kedai-kedai biasa seperti kebanyakan handphone lain, sebaliknya anda perlu membeli daripada Maxis dan satu lagi syarikat lain kerana 2 dua syarikat ini sahaja yang mendapat lesen daripada Apple sebagai pengedar iPhone di Malaysia.

Maxis menawarkan harga minimum yang agak berpatutan dan bayaran boleh dijelaskan secara ansuran (bayar bulan2) dalam tempoh 12 bulan dan 24 bulan. Katakan sekarang anda hanya mampu bajet RM1500 sahaja untuk membeli smartphone baru, anda boleh dapatkan smartphone iPhone 4 daripada Maxis dengan melanggan pakej tertentu iValue.

maxis iphone 4 jomphp

*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi pelan famili.

Penafian: Pelan iValue diatas hanya sah untuk pendaftaran baru iPhone 4 dan iPhone 3GS bermula 24 September 2010 ke atas. Tertakluk kepada terma dan syarat.


Selain itu, jika anda mampu membayar lebih untuk pakej iValue 4, anda mampu memiliki iPhone secara PERCUMA, asalkan anda sanggup membayar RM375 sebulan untuk tempoh dua tahun. Setiap pelan iValue mempunyai ganjaran percuma untuk anda.

Disebabkan iPhone adalah smartphone yang memerlukan penggunaan data, anda boleh langgan pakej iData seperti berikut:

pelan maxis iData

Kalau dah ada pelan data, barulah seronok menggunakan facebook, twitter, foursquare dll menggunakan iPhone 4.

Selain itu, sepanjang pengetahuan saya, anda wajib mempunyai line postpaid Maxis untuk menggunakan iPhone 4. Kalau pakai prepaid buat masa sekarang masih belum boleh lagi. Sim Card yang anda ada sekarang juga wajib ditukar kepada Micro Sim baru sebelum boleh digunakan pada iPhone 4.

Micro Sim ini macam sim card biasa cuma saiz dia lebih kecil. Ada masa saya buat post pasal micro sim lagi.

Segala maklumat di atas ditulis berdasarkan;

- hasil carian pakcik google

- baca di topik2 di forum tempatan yang feymes

- maklumat yang diperoleh setelah berbual dengan pekerja Maxis center

- laman web Maxis Bhd (link)

-pengalaman sendiri

Oh ya, jika berminat anda boleh download table di atas dalam bentuk PDF untuk digunakan sebagai rujukan jika berminat membeli iPhone 4 daripada Maxis.

Download Pelan Maxis iPhone 4 | JomPHP (pdf).

Jika ada kesilapan mintak tolong bagitahu, nanti saya betulkan. Jangan lupa retweet artikel ini atau tekan butang like di facebook untuk menyokong saya dalam programme Maxis10 for iPhone 4 ini.