Kemas kini terbaru iOS 5 untuk iPhone, iPad dan iPod Touch telah dilepaskan oleh Apple kepada semua pengguna bermula pagi tadi. Kami ada tulis beberapa panduan ringkas bagi membantu anda update kepada iOS 5.
Apa yang baru dalam iOS 5?
Kami pernah menulis entri Previu Fungsi Terbaru iOS 5 sebelum ini. Antara fungsi utama iOS 5 ialah :
- fungsi notifikasi serba baru yang lebih canggih dan berguna
- integrasi twitter pada iOS dalam pelbagai jenis app termasuk photos, maps, youtube dan sebagainya
- fungsi messaging percuma antara iDevice iaitu iMessage
- integrasi platform perkomputeran awan iCloud
- dan banyak lagi
Download iTunes 10.5
Sebelum update iOS 5 anda perlu gunakan iTunes versi terbaru iaitu iTunes 10.5.
Download iTunes 10.5 untuk Windows dan Mac.
Download iOS 5 firmware
- iPhone 4S
- iPhone 4 (GSM)
- iPhone 4 (CDMA)
- iPhone 3GS
- iPad 2 WiFi
- iPad 2 GSM
- iPad 2 CDMA
- iPad
- iPod touch 3G
- iPod touch 4G
- Apple TV (4.4)
iPhone di Malaysia adalah menggunakan GSM, jadi download versi GSM. iPhone 3G, iPod Touch 2G tidak menyokong iOS 5.
Saya cadangkan download iOS dalam bentuk IPSW sebab lebih cepat dan senang guna berbanding anda update guna iTunes sebab lambat kena download file sebesar 700 MB.
Backup segala kandungan iPhone, iPad dan iPod Touch
Kalau anda update, segala kandungan iPhone, iPad dan iPod Touch seperti apps, games, contacts, sms, emails dan sebagainya tidak akan hilang.
Namun, kalau anda bercadang untuk “restore” ataupun dengan kata lain format iPhone, iPad, iPod Touch ke iOS 5 semua kandungan akan hilang.
Sila backup untuk tujuan keselamatan.
Cara update iOS 5
Pastikan bateri iPhone anda mencukupi, dan kemudian cucuk kabel iPhone ke komputer dan lepas itu sila buka iTunes.
iTunes akan detect iPhone anda dan bertanya” Do you want to update iOS 5 ….” tekan cancel kerana anda akan update secara manual.
Selepas itu, proses update iOS 5 akan bermula dan tunggu sehingga siap dan anda akan mendapat kemaskini iOS 5 pada iPhone, iPad dan iPod Touch.
Jailbreak iOS 5
Buat masa sekarang jailbreak iOS 5 boleh dilakukan secara tethered boot menggunakan tool seperti sn0wbreeze dan redsn0w.
Tethered boot bermaksud setiap kali iPhone terpadam atau reboot, anda kena cucuk cable di komputer kemudian buka tool sn0wbreeze atau redsn0w untuk hidupkan balik iPhone tersebut.
Untethered jailbreak iaitu jailbreak kekal tidak lagi dikeluarkan buat masa sekarang, jadi sesiapa yang mahukan jailbreak kekal kena sabar dulu.
Downgrade iOS 5 kepada iOS 4.X
Sila save SHSH blob iOS 4.X anda menggunakan tool seperti tinyumbrella dan iFaith sebelum anda downgrade kepada iOS 4.
Kalau anda tidak save shsh blob, maka proses downgrade kepada versi iOS sebelumnya akan gagal.

kalo apple buat function mcm sbsetting tu mmg syok la…mudah sket nak enable n disable…
klu upgrade ke iOS 5 ni, iphone 4 boleh ade Siri tak?
Fungsi Siri khusus untuk iPhone4S sahaja.
yang tentang —> Downgrade iOS 5 kepada iOS 4.X tak faham la , terangkan
kena save shsh blob baru bleh downgrade
i0S5 dah bleh jailbreak ke?
ada tethered jailbreak, tp better tunggu untethered je http://j.mp/pD8pqr
iOS 5 lbh ringan dari 4.3.5. cuma xde siri. bila agaknya siri bhs melayu akn kuar?
taktau la mungkin beberapa tahun lg kot baru Siri bahasa Melayu ada…kena ada anak muda Malaysia melayu yang kerja sebagai engineer Apple ;D
Bhs indon pn jd le…haha
iphone 3g boleh upgrade ios brape.. 4.3 je ke.. ios 5 xsupport ke.. need help..
iphone 3g bleh pakai ios 4.2.1 je lain xleh
Bagaimana nak format Cydia Dan kembalikan iPhone ke bentuk asal
cucuk iphone ke pc, bukak itunes, tekan restore
Bagaimana nak update iphone3gs4.1 kepada iOS 5 tanpa jailbreak@Cydia.
dah tak boleh kalau takde shsh blob 5.1.1…kena upgrade ke ios 6 dah sekarang sebab apple dah stop sign ios 5.X
shsh blob tu unique identifier yg Cydia saved bila ko dah ko jailbreak sesetiap version ios tu
jailbroken ip3gs nak upgrade ke ios 6 cmne ye? then kalau nak unjailbreak, balik pada ip asal just restore kt itunes ye?
restore ke itunes