Panduan Membeli Grafik Kad (part 1)

Sekiranya anda bercadang untuk membeli grafik kad, banyak perkara yang perlu anda tahu supaya wang yang anda laburkan sepadan dengan barang yang anda dapat.Oleh itu saya tulis panduan ini untuk memudahkan sesiapa sahaja untuk membeli grafik kad dengan betul, walaupan anda baru berjinak-jinak dengan hardware komputer!

FAQ ( Frequently Ask Question aka Soalan yg selalu ditanya)


1.Komputer saya guna grafik kad AGP.boleh ke nak beli/guna grafik kad Pci-e?

Jawapan : Tak boleh.Grafik kad AGP untuk slot AGP sahaja dan Grafik kad Pci-e untuk slot Pci-e sahaja.

2.Komputer saya tiada slot Grafik Kad.boleh ke nak guna Grafik Kad?

Jawapan : Tak boleh.Kalau tiada slot, grafik kad tidak dapat dipasang..Anda perlu tukar motherboard baru yg mempunyai slot Pci-e/AGP untuk menggunakan grafik kad.

3.Komputer saya guna ram ddr.Boleh ke nak guna grafik kad ddr2 atau ddr3?

Jawapan : Boleh.Ram komputer tiada kaitan dengan ram grafik kad.Ram grafik kad sebenarnya dikenali dengan nama gddr2 dan gddr3.g membawa maksud grafik.

4.Grafik kad yang mana lebih bagus?ATI atau Nvidia?

Jawapan :Soalan ini terlalu umum…ATi dan Nvidia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing mengikut peringkat harga.Untuk huraian lebih lanjut, klik DISINI.

5.Kenapa grafik kad yg mempunyai ram 256mb gddr3 lebih mahal dari grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr2?(model yg sama)

harga

Jawapan : Walaupun jumlah ramnya lebih rendah (256mb gddr3), tetapi grafik kad ini jauh lebih laju berbanding model yg sama yg mempunyai ram 512mb gddr2.Oleh itu seboleh-bolehnya cuba elakkan dari membeli grafik kad yg mengunakan ram gddr2 kecuali bajet anda betul2 terhad.

6.Yang mana patut saya beli?Grafik kad yang mempunyai ram 256mb gddr3 atau 512mb gddr3 atau 256mb gddr2 atau 512mb gddr2 atau 1gb gddr2?

Jawapan : Grafik kad yg mempunyai ram 512mb gddr3 paling laju diikuti dengan 256mb gddr3,1gb gddr2,512mb gddr2 dan 256mb gddr2.Sekiranya bajet anda hanya mengizinkan untuk membeli grafik kad yang mempunya memori gddr2 (gddr3 lebih mahal), maka cukuplah sekadar membeli yang mempunyai ram 256mb gddr2.Ini kerana ram yg lebih (gddr2 sahaja) tidak membawa sebarang penambahan kuasa pada grafik kad tersebut.

7.Yang mana patut saya beli.Normal Edition (biasa) atau Overclock Edition (OC)?Apakah kelebihan Overclock Edition berbanding Normal Edition?

Jawapan : Terpulang kepada bajet anda.Selalunya harga Overclock Edition adalah lebih mahal berbanding normal edition.Kelebihan Overclock Edition adalah Overclock Edition sedikit lebih pantas berbanding normal edition.

8.Macamana saya nak tau graphic card itu merupakan Overclock Edition atau tidak?

Jawapan : Cara yang paling senang untuk mengetahui grafik kad yang anda hendak beli merupakan Overclock Edition adalah melalui label pada kotak grafik kad tesebut seperti OC,Sonic,Extreme,XXX,SSC,Turbo,Superclocked,KO dan lain-lain.

9.Apakah perbezaan antara brand-brand grafik kad seperti Asus,Palit,Galaxy,His,XFX,EVGA dll?

Jawapan : Perbezaan utama adalah bundle lain yg disertakan skali seperti game original dan software.Selain itu,tempoh warranty yg panjang merupakan kelebihan sesetengah brand seperti Asus dan EVGA tetapi dengan harga yang lebih tinggi berbanding brand yang lain.Jika anda hanya mahukan grafik kad tanpa bundle dan warranty yang berlebihan, maka brand-brand seperti Galaxy dan Palit merupakan pilihan terbaik anda.

10.Boleh ke saya nak gunakan 2 keping grafik kad dalam satu komputer?

Jawapan : Boleh.Tetapi motherboard anda mestilah support teknologi Crossfire (grafik kad ATI) atau teknologi SLI (grafik kad NVIDIA)

crossfire

Tips sebelum membeli grafik kad

1.Sentiasa mengetahui harga terkini grafik kad yang anda mahu di pasaran.Senarai harga (price list) boleh didownload di SINI.

2.Membaca review grafik kad tersebut sebelum membeli.Jika anda ingin membandingkan sesuatu grafik kad,anda boleh search di google.com dengan keyword seperti 8600gt VS HD3650

3.Sekiranya pembacaan anda masih belum memuaskan hati anda,bolehlah bertanya di forum seperti Putera.com & Lowyat.net

4.Untuk lebih yakin dengan pembelian anda, ajaklah kawan-kawan yang berpengalaman menemani anda.Ini kerana terdapat sesetengah pekedai suka mengambil kesempatan terhadap pembeli yg kurang berpengalaman dlm hardware komputer.

_______________________________________________________________

Panduan ini akan ditambah dari semasa ke semasa supaya lebih lengkap.Sebarang cadangan membina amat dialu-alukan ;)

Jika anda mendapati artikel ini berguna,silalah rate atau komen ya ;)