The Blog
Download Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dan cuba demo di browser HTML5 anda
Ubuntu 11.10 telah dilepaskan dan anda boleh baca reviu ringkas Ubuntu 11.10 yang ditulis oleh kami. Bagi yang belum mencuba Ubuntu terbaru ini, anda boleh layari laman demo Ubuntu 11.10 yang dibina menggunakan teknologi HTML5.
Demo ini memperkenalkan antaramuka Ubuntu seperti Unity, Ubuntu Software Centre dan sebagainya.
Buat duit RM0.20-RM0.40 sen setiap klik dengan hanya share link pada facebook dan twitter. Lagi lumayan daripada Nuffnang kot...Join sekarang http://goo.gl/F2Oqo
Panduan Update iOS5 pada iPhone, iPad, iPod Touch
Tutorial BlueStacks : install dan gunakan aplikasi Android di komputer Windows
BlueStacks ialah perisian yang membolehkan anda menjalankan aplikasi Android di komputer Windows anda. BlueStacks boleh dipasang secara percuma (buat masa sekarang) di komputer desktop, laptop, netbook mengunakan sistem operasi Windows 8, Windows 7 dan Vista. Tiada sokongan BlueStacks untuk pengguna Windows XP.
Steve Jobs, bekas CEO Apple meninggal dunia (1955-2011)
Berita yang sangat menyedihkan pagi ini di dunia teknologi, Steve Jobs, bekas CEO Apple telah meninggal dunia beberapa jam yang lepas. Steve Jobs telah lama bertarung nyawa dengan penyakit kanser pancreas yang menyerang beliau sejak bertahun-tahun lamanya.
RIP Steve Jobs – orang yang mengubah dunia teknologi, seorang yang inovatif dan genius sejati.
Download Adobe Flash Player 11 untuk desktop (32bit dan 64bit)
Adobe telah melancarkan Flash Player 11 untuk desktop dan boleh dimuat turun untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.
Flash Player 11 juga boleh didapati dalam dua versi iaitu 32 bit dan 64 bit. Pengguna Internet Explorer dan Firefox 64 bit boleh menikmati kandungan Flash dalam browser anda dengan adanya sokongan penuh 64 bit.
Selain itu, Adobe Flash Player 11 juga memperkenalkan beberapa fungsi baru dan paling penting sekali ialah fungsi Stage3D. Stage3D membawakan hardware acceleration dan meningkatkan kualiti video dan grafik yang boleh dipaparkan melalui pelayar browser yang digunakan oleh anda.
Paling menarik, Unreal Engine 3 telah diintegrasikan ke dalam Flash Player 11 dan kemungkinan lebih banyak games 3D berkualiti tinggi akan boleh dimainkan di dalam browser dalam masa akan datang.



