UXDE dot Net Wordpress Themes

Cara membuat multiboot usb pendrive menggunakan YUMI

By

yumi multiboot[10]

YUMI memudahkan anda membuat multiboot usb pendrive dengan senang. Maksudnya, kalau anda guna pendrive kapasiti besar seperti 8gig dan 16gig, anda boleh masukkan Windows, Ubuntu, Backtrack, Beini, Linux Mint dan apa sahaja live CD atau iso ke dalam pendrive dan boleh membuat banyak pilihan ketika hendak boot.

Jadi tak perlu nak khususkan kepada satu jenis distro atau live CD dalam setiap pendrive saja. Kini, anda mampu jadikan pendrive sebagai “ultimate tools” yang mengandungi semua benda2 penting untuk install Windows, Linux, Antivirus dan juga tool baiki dan recover partition.

Read more…

PicYou – laman web upload gambar dan tambah efek ala Instagram

By

picyou

Pernah dengar Instagram? Instagram adalah app iPhone yang sangat popular di mana pengguna boleh menambah efek menarik kepada gambar dan kongsi di facebook, twitter, blog, tumblr dan banyak lagi laman sosial. Saya juga ada selalu upload gambar Instagram di blog Eins.MY : Instagram.

PicYou pula merupakan satu laman web yang baru dilancarkan dan ianya berfungsi seakan Instagram namun bezanya ia adalah web service dan boleh diakses di semua jenis pelayar internet. PicYou memberi peluang kepada mereka yang tidak menggunakan iPhone, iPad untuk meng-upload gambar dan juga menambah efek menarik kemudian boleh kongsi kepada facebook atau twitter.

Read more…

4 Jemputan Google Music – perkhidmatan muzik awan (cloud music) terbaru daripada Google

By

google music beta[16]

Google Music ialah perkhidmatan terbaru daripada Google menggunakan teknologi perkomputeran awan (cloud computing) untuk pengguna komputer dan juga smartphone/tablet Android. Konsepnya adalah seperti berikut : anda sync (upload) koleksi lagu dalam komputer ke dalam server Google dan kemudian koleksi lagu itu boleh diakses di mana-mana komputer dan juga menerusi aplikasi Android.

Kami ada 4 jemputan terhad Google Music untuk pembaca JomPHP, hanya perlu komen dan kami akan pilih secara random siapa yang dapat jemputan terhad ini. Komen sebelum jam 9 pagi, 9 Ogos 2011.

Update : Kami dah hantar LAPAN (8) jemputan kepada yang bertuah, sila periksa email anda. Yang dapat tu boleh invite rakan lain pula ya. Terima kasih atas komen anda.

Read more…

Wondershare LiveBoot 2012 – utiliti penting untuk repair, recover komputer yang rosak

By

wondershare liveboot 2012

Wondershare LiveBoot 2012 adalah live CD/USB yang mengandungi utiliti penting untuk menyelamatkan komputer anda sekiranya berlaku crash pada Windows, BSOD (blue screen of death) atau hard disk corrupt.

Biasanya berharga $59.95 (RM180) tetapi anda boleh download Wondershare LiveBoot 2012 dengan lesen percuma seumur hidup dalam tempoh tawaran yang terhad sehingga 12 Ogos 2011.

Read more…