Post Format

Onemanga – laman web manga online paling popular ditutup

rip onemanga.com

Ini berita yang agak menyedihkan dan mengecewakan buat peminat manga atau komik jepun. OneManga.com / Onemanga, salah satu website yang menyediakan perkhidmatan membaca manga secara online dengan percuma bakal ditutup, berakhir bulan Julai 2010.

Punca onemanga ditutup adalah disebabkan pihak Japan’s Digital Comic Association mengumumkan yang mereka tidak akan berdiam diri sahaja melihat pihak lain membuat manga scanlation secara percuma tanpa sebarang hak cipta. Maklumat lanjut boleh dibaca di MangaHelpers.

OneManga meng-host sebanyak seribu lebih judul manga; termasuk manga-manga popular seperti Naruto, One Piece, Bleach, Eye Shield 21, Toriko dan banyak lagi. Boleh dikatakan setiap hari saya akan buka onemanga untuk baca beberapa judul manga. Selepas ini, pasti lebih sukar untuk membaca manga kegemaran dan mungkin terpaksa download chapter atau berhijrah ke website lain yang masih berani untuk host manga.

fullmetal alchemist manga ending

Sebelum adanya onemanga, saya terpaksa download satu-satu chapter semata-mata untuk membaca manga dan ianya amat memakan masa. Pernah suatu ketika dulu saya sanggup pergi ke CC semata-mata untuk download manga kemudian save di dalam pendrive dan baca di rumah. Selepas kemunculan onemanga, pada masa itu juga rumah saya ada internet jadi saya hanya baca secara online dan tidak perlu lagi download satu2 chapter dan membazirkan masa serta space hard disk.

Untuk pengetahuan anda, OneManga.com mempunyai Alexa rank yang sangat tinggi iaitu 355 (30 July 2010) dan mempunyai berjuta-juta unique visitors setiap bulan. Satu pencapaian yang sangat tinggi melampau-lampau, menandakan ramainya peminat manga di seluruh dunia yang mengunjungi onemanga.

onemanga seo status

Selain mempunyai desktop version, OneManga juga boleh dibaca menggunakan mobile layout, iaitu dioptimasikan untuk dibaca pada telefon bimbit. Kerap kali juga saya membaca mobile onemanga terutamanya ketika bosan di dalam bas.

iphone onemanga

OneManga.com juga mempunyai extension Google Chrome sendiri, membuktikan bahawa team yang membina website Onemanga merupakan sangat kreatif dan berkebolehan. Selain itu, terdapat juga aplikasi iPhone untuk membaca OneManga.

Apa-apa pun, semua pencapaian pihak OneManga di atas bakal menjadi sejarah. Saya menghormati tindakan webmaster mereka untuk menutup OneManga kerana akur terhadap keputusan Japan’s Digital Comic Association.

Terima kasih untuk perkhidmatan yang terbaik daripada pihak OneManga dalam masa 2-3 tahun saya menjadi pembaca setia website OneManga.

RIP OneManga July 2010.

Users who found this page were searching for:

  • laman paling popular
  • one piece manga free reading
  • baca komik jepun dalam internet
  • manga jepun online
  • membaca dari onemanga
  • www.mangafox.com
  • laman web komik online
  • komik online one piece
  • baca komik percuma
  • komik naruto

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

30 comments

    • Aku rasa diorang dah untung besar berapa juta sebelum nie…cukup reason nak berhenti…lgpun mengelakkan daripada dikenakan tindakakn langgar hak cipta, kna saman…kna tngkap dll kan susah tu :-P

      Reply
  1. Pingback: Tweets that mention Onemanga – laman web manga online paling popular ditutup | JomPHP -- Topsy.com

  2. salam eins,nak tanye

    wordpress mane lagi bagus jika menggunakan yang hosting percuma

    wordpress.com atau wordpress.org?

    Reply
  3. sedih ar..aku slalu lepak kt onemanga..baru plan nak revise balik One Piece..nak lyan manga laen lak..alih2 kne ttup..asal diorg xbyar jer royalti kt company tue..xpyah la ttup..aku syg onemanga..pasne tpksa la mgemis kt website manga yg laen lak.. :sad:
    .-= arrizz´s last blog ..The Last Airbender review =-.

    Reply
    • Kalau diorang byr royalti, ntuk dptkan hakcipta publish manga kat internet aku rasa sure banyak gila, juta2 kot diorang kna invest…

      pastu nk bagi orang baca free plak tu aku rasa tak masuk akal sebab diorang spend byk ntuk royalti…

      sbb tu in the first place diorang just amek je mana2 manga yg orang scan kat tenet pastukan hostkan bagi orang baca free je…diorang dpt duit drpd traffik yg tinggi dan iklan yang diorang letak
      .-= EiNS´s last blog ..Addicted to sweet things =-.

      Reply
  4. sedey weih…aku baca dkt 40 manga kat citu…mcm eins gak r…every day aku bukak..last week aku bace notis tu rase sedih je…dh la nk blk kg. dah ni..tnet xde..mayb ni dpt mbantu aku gak tuk buang habit ni slow2 tp bukan semua…hehehehe dr darjah 2 kot aku layan komik ni…mane leh idup tanpa komik..pasni kne cari blk la volume download…tankiu onemanga…u’re da best
    .-= TintaLuhur´s last blog ..Research on Nurses Performance =-.

    Reply
  5. aku dah baca onemanga lebih 7 tahun,,sial tul aku dah nk ttup.rasa cam dah hilang punca arah..eien klu ko jmpa ader site yg best2 cam one manga bgtau eh…sblm onemnaga aku layan stoptazmo.com tp kena download..skng ni aku try thespectrum.net diaorg biasa release WSJ ari khamis klu one mnaga ari jumaaat.

    Reply
    • Yeke 7 tahun? tak sure la onemanga di wujud sejak bila lagi…
      btw aku bca kat mangastream dan binktopia ntuk latest release; one piece, naruto dan bleach

      Reply
  6. onepiece,naruto,bleach tu smmua top,senang nk cari n baca xder masalah,,yg masalahnya ialah manga yg x popular tp best tu yg susah nk cari..ades,,

    Reply
  7. mangafox interface sgt complicated. nak kne tekan itu ini baru dpt bace. lambat..
    onemanga terbaik, simple. laju. byk komik…

    Reply
  8. mmg best onemanga
    aku suke baca rave n manga2 hiro mashima
    yang takleh blah
    kumpulan goyang bontot
    wakaka

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*