UXDE dot Net Wordpress Themes

Nikmat tidak terhingga menggunakan hard disk berkapasiti besar

By

hard disk

Salam, apa khabar pembaca JomPHP semua. Dah lama tak cerita pasal hardware, hari ini saya nak cerita pasal hard disk pula. Sekarang saya menggunakan 2 hard disk dengan kapasiti 1.3 Terabyte (1 363 148.8 MB). Rasa nak tambah lagi menjadi 2 terabyte atau lebih sebab hard disk tengah murah sekarang lagipun ada lagi port sata yang belum guna dalam motherboard ini.

Apa yang pasti, memang rasa nikmat betul guna hard disk besar ini. Tak perlu susah payah nak buang2 file lama, boleh install beratus programs, games, beratus-ratus gig mp3 dan juga movies. Gambar-gambar dari kamera yang saiz sekeping 3MB pun boleh simpan tak perlu compress atau zip.

Sekarang saya guna hard disk Western Digital Blue. Kalau WD ini ada tiga jenis, Green, Blue dan Black. Green paling murah, Blue laju sikit dari Green tapi Black lagi terbaik dari segi performance dan power usage. Tapi beza WD Green/Blue kadang-kadang sampai RM100 jadi kalau nak jimat beli Green atau Blue cukup.

Hard disk 1 Terabyte sekarang sekitar RM150-RM200 sahaja, dan boleh dikatakan sangat murah berbanding dulu. Lagipun sekarang zaman HD (High Definition) gambar-gambar dan video semua saiz besar jadi perlukan hard disk kapasiti besar untuk simpan.

Kalau solid state drive (SSD) pula, memang sangat laju tak ingat dunia (LOL) tapi malangnya sangat mahal dan tidak boleh didapati dalam kapasiti besar. Buat masa sekarang beli yang SATA II tu cukup. Kalau tanya brand saya cadangkan beli WD sebab harga berpatutan dan tahan lama. Ada warranty 3 tahun kalau saya tak silap. Seagate bagus juga tapi biasanya hard disk seagate mahal lagi berbanding jenama lain.

Kalau nak guna hard disk besar saya nasihatkan performance PC kena tengok juga. Sangat dicadangkan guna sekurang-kurangnya processor dual core dan ram 2gig ke atas. Kalau ada ram 4gig pastu guna Windows 7 Ultimate 64 bit SP1 lagi bagus. Performance memang puas hati dan boleh jeles rakan-rakan anda.

Bagi saya nikmat menggunakan komputer dapat dirasai sepenuhnya jika guna PC. Banyak benda boleh buat. Segala jenis OS anda boleh install kalau rajin explore. Bubuh sebanyak mana RAM dan hard disk jika mahu. Guna laptop limited sangat dan ini memang hakikatnya.

Ada pertanyaan pasal hard disk? Komen kami nantikan :)

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 36 Comments

  1. MaKR

    Pengalaman beli WD.

    Bila buka case hdd tu, dia tulis for trial purpose only, cannot be resale.

    Beli 2 model yang berlainan, dan tengok dalam jadi camtu.

    Salah 1 HDD dah corrupt. Nak recover memang langsung tak blh. Hilang data 500gb aku cenggitu je.

    Hantar kat CyberSecurity pun tak lepas gak.

    Damn..

    Aku je ke kena camtu. Arghh..

    Nak hantar waranti dorang cuma tukar baru, kalau nak suruh recover, pergh…tak hingat bayaran dia. T_T

    p/s: Pengalaman aku, bukan nak kondem WD. :-)

  2. AVAST!

    Seagate mmg mahal ckit..huhu…tapi tahan lama ….=) ak beli seagate 500gb dekat rm300…menyesal tak beli WD…skrg, HD dah murah2…

  3. Kaizer

    mmg dlm proses nak beli HD..nak tnya kalu gabung 2 HD brand lain-lain ok tak? sbb skrg pakai samsung..igt nak beli WD tapi takut tak compatible lak..ada cadangan?

  4. am4ro

    wah wah aku baharu aje beli wD 1tb kebetulan pulak dlm laptop vaio ku penuh jenuh file video & music mmg berbaloi baloi time mcm nie kena beli :D
    WD terbaeeek ……

  5. Shafique

    Ske tapi lappy nie tak leh sumbat besar2 kan? buat jadi portable buat sakit hati manjang data ilang, corrupt n tak detect. Hurmm….

  6. freezer

    hahaha…btul2…skrg ak gna hd samsung…^_^

    sbb rmai org kt frum offer smsung..ahaha..n stkt nie ak puas hti lg..hoho…

    btw..kpuasan trltk ats pgguna itu sndri…haha..:D

  7. Annamir

    WD Green katanya selalu problem, dan mmg saya pernah kena, baru dua bulan pakai, then rosak tiba2, nasib ada warranty, gantil seketul balik. Tapi sediki fobia lah nak guna skrg, takut2 jadi lagi nnti ;(

    • EiNS

      oo…WD green x pernah guna…3 tahun guna WD blue 2 ketul masih lagi bertahan sampai sekarang…pastu guna hard disk apa lak sekarnag?

  8. Safiuddin Charm

    Salam…

    kalo laptop aspire 4530 leh ke upgred?? stdend saiz 450gig je….

    spec : ram 3 gig
    window : 7 ultimate 32 bit

    coz yang ada ni dah penuh…huhuh..

    so ada cadangan??selain drp beli external HD…

    reply kt emai leh??safi_smksaa@yahoo.com…isau terlepas pandang lak kt cini..

    TQ

  9. aaaaa

    “Hard disk 1 Terabyte sekarang sekitar RM150-RM200 sahaja, dan boleh dikatakan sangat murah berbanding dulu”..
    mane nk dpt bnda nie..???

  10. chemmy

    ramai review bro skrg best pakai Samsung Snifpoint f3…murah, speed laju dri WD..xthu la..bace2 org post je..

  11. an-cay

    salam, nk tanye ni, klo internal hard disk. kalo nk tmbah dy kena buang x hdisk yg lama tu. contoh lam lptop aku 320HDD. klo nk tmbh yg 1tera/2tera yg hdd lma ni cmne eh? tq.

    • EiNS

      kalau laptop xde slot lebih untuk hard disk so ko kena replace…kalau pc bleh bubuh banyak mana nak selagi cukup power supply dan sata slot

    • EiNS

      memang hard disk mahal lepas banjir di Thailand…member baru beli aritu rm230-rm250 kedai letak ntuk external hard disk 500GB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>