UXDE dot Net Wordpress Themes

Microsoft akan melancarkan Windows 8, Windows Phone 8 dan Surface pada Oktober 2012

By

microsoft-surface[5]

Oktober 2012, akhirnya bulan yang paling dinanti-nantikan oleh peminat Microsoft seluruh dunia telah tiba. Microsoft akan melancarkan sistem operasi terbaru Windows 8, telefon pintar Windows Phone 8 dan juga tablet Microsoft Surface pada penghujung bulan Oktober. Manakala untuk tahun 2013 pula, Microsoft akan melancarkan Office 2013 serta Xbox Next (atau Xbox 3, Xbox 720) .  Sememangnya pelancaran produk2 baru daripada Microsoft ini sangat mengujakan kepada peminat setia syarikat gergasi perisian ini.


Windows 8

windows-8

Windows 8 ialah sistem operasi terbaru daripada Microsoft selepas Windows 7 yang mencatat jualan lebih 600 juta (licenses). Windows 8 bukan sahaja boleh digunakan untuk desktop dan laptop, tetapi Microsoft juga telah menambahkan fungsi sokongan processor ARM dan touch screen bagi membolehkan Windows 8 turut digunakan pada komputer tablet.

Saya telah menggunakan Windows 8 sejak dari versi Developer Preview, Consumer Preview, Release Preview dan sedang menunggu versi penuh Windows 8.

Windows 8 mungkin agak mengelirukan pada awalnya, namun saya yakin pengguna boleh membiasakan diri dengan antaramuka baru Windows 8 dalam masa kurang daripada 1 hari.

Microsoft akan melancarkan Windows 8 secara rasmi pada 26 Oktober 2012.

Windows Phone 8

windows-phone-8[6]

Windows Phone 8 (WP8) ialah versi terbaru bagi sistem operasi Windows Phone (dahulu dikenali sebagai Windows Mobile) dan akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung Oktober 2012 manakala telefon pintar menggunakan WP8 pula akan mula dijual bermula November 2012.

Antara telefon pintar yang akan menggunakan Windows Phone 8 ialah Nokia Lumia 920, Samsung ATIV S dan juga HTC 8X.

Antara fungsi baru WP8 ialah sokongan processor dual-core atau lebih, resolusi skrin yang lebih tinggi (HD), sokongan kad micro-SD, berkongsi kernel dengan Windows 8 dan Windows RT dan banyak lagi. Microsoft menjangkakan WP8 akan jauh lebih berjaya berbanding WP7 dan WP7.5 dengan pengenalan hardware2 baru yang canggih.

Microsoft Surface

microsoft-surface[7]

Pasti anda tahu bahawa Apple iPad bukan komputer tablet yang pertama? Microsoft pernah mencuba beberapa kali untuk pasaran tablet komputer menggunakan Windows XP dan Windows 7 namun ianya gagal kerana salah satu faktor ialah sistem operasi tersebut tidak mesra touch screen dan hardware yang lebih tebal, cepat panas dan battery life yang teruk.

Surface ialah komputer tablet terbaru daripada Microsoft dan ianya lebih elegan, lebih ringan, lebih nipis, mempunyai battery life yang lama dan paling penting menggunakan sistem operasi Windows 8 yang lebih mesra touch screen (selain sokongan mouse + keyboard).

Microsoft Surface akan hadir dalam dua versi, iaitu Surface RT dan Surface Pro. Surface RT akan menggunakan hardware ARM iaitu processor Tegra 3, ianya lebih ringan, lebih murah dan mempunyai bateri yang tahan lama. Namun, Surface RT tidak dapat menggunakan perisian Windows sedia ada seperti Adobe Photoshop, Mozilla FIrefox, Google Chrome dan sebagainya.

Tablet Surface Pro pula akan dilancarkan 3 bulan selepas Windows 8 dilancarkan, dan ianya tablet bersaiz 10 inci dengan processor Intel Core i5. Jauh lebih laju daripada versi Surface RT (Tegra 3) namun harganya pasti lebih mahal dan bateri yang tidak terlalu tahan lama.

Harga anggaran bagi Surface RT ialah RM1500 ($499) dan RM3000 bagi Surface Pro ($999).


Antara ketiga-tiga produk baru Microsoft, yang manakah paling menarik perhatian anda? Bagi saya tentulah Surface RT tablet. Lebih bergaya untuk dibawa kerja berbanding laptop yang tebal dan berat.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 4 Comments

Tinggalkan komen anda