MetroTwit – twitter client untuk Windows yang sangat cool

Majalah9 - Eksplorasi Duniawi

email
metrotwit

MetroTwit adalah twitter client untuk windows yang diinspirasikan daripada MetroUI yang digunakan pada platform Windows Phone 7. Sekilas pandang, antaramuka MetroTwit sangat ringkas dan bersih dengan warna tema yang menenangkan iaitu biru. Walaupun kelihatan ringkas, MetroTwit adalah twitter client yang  sangat bagus dan cool, serta amat mesra pengguna dan harus dicuba oleh pengguna twitter sekalian.

Sebelum ini, saya pernah mencuba banyak twitter client lain seperti Echofon, Chrowety, Tweetdeck, Mixero, Gwibber, Digsby, Trillian dan lain-lain lagi namun kurang berpuas hati. Saya hanya perlukan twitter client yang simple dan tidak perlu antaramuka terlampau canggih atau pelik. Web client seperti dabr dan hootsuite juga pernah saya cuba tetapi kurang berminat kerana ianya web based dan memerlukan penggunaan browser.

Apa yang menarik mengenai MetroTwit dan bezanya dengan beratus-ratus twitter client yang lain?

1. Multi-column layout

metrotwit[5]

MetroTwit mengamalkan fungsi multi-column pada layout, dan lagi syok sebab boleh drag and drop. Jika anda mempunyai resolution monitor yang tinggi, anda boleh set kepada 5-10 column bagi memudahkan anda tengok tweets daripada rakan2.

2. Fungsi follow/unfollow dengan menekan pada link profile twitter

metrotwit for windows

Fungsi ini memudahkan anda follow pengguna twitter dengan menekan link profile twitter mereka serta membaca tweets2 daripada mereka. Atau jika rakan twitter anda selalu tweet benda2 yang annoying anda boleh terus unfollow mereka dengan senang hati.

3. Fungsi search tweets menggunakan hashtags dan keywords

metrotwit search functions

Screenshot menunjukkan saya search keyword “wordpress” dan metrotwit telah memaparkan segala tweets terbaru yang mengandungi perkataan wordpress.

4. Desktop notification untuk tweets terbaru dengan sound effect

metrotwit[7]

Jika terdapat sebarang tweets terbaru atau replies, MetroTwit akan memaparkan notifications di penjuru kanan desktop anda beserta sound effects. Anda boleh turn on atau turn off fungsi ini di dalam settings.

5. Fungsi memendekkan link secara automatik

metrotwit[9]

Jika anda paste link yang panjang di kotak untuk update status, link tersebut akan dipendekkan secara automatik menggunakan bit.ly, is.gd atau tinyurl.

6. Tukar warna tema MetroTwit

dark purple metrotwit

Warna tema default MetroTwit ialah biru, tetapi anda boleh mengubah warna tema kepada warna lain seperti pink, red, green, silver dan lain-lain. Anda juga boleh mengubah variasi warna tema MetroTwit contohnya tema Light (black text on white) dan juga Dark ( white theme on black).

Screenshot di atas menunjukkan saya menggunakan theme Dark – Purple. Bergantung kepada jiwa anda samada suka tema Light atau Dark.

7. Autocomplete untuk username dan hashtags

metrotwit autocomplete

Sekiranya anda ingin membuat replies atau direct message, MetroTwit akan suggest username mengikut apa yang anda taip, sangat convenient.

8. Infinite Scrolling

windows[4]" border="0" alt="metrotwit for windows[4]" src="http://jomphp.com/wp-content/uploads/2010/09/metrotwitforwindows4_thumb.jpg" width="269" height="482" />

Anda boleh scroll ke bawah tanpa had limit untuk membaca tweets yang lama. Kadang-kadang sampai berjam2 anda boleh sanggup mengadap screen sambil scroll mouse.

9. Automatic updates

Setiap kali ada versi terbaru, MetroTwit akan memberitahu anda bahawa versi terbaru telah dilepaskan dan anda boleh segera update.

10. Short Url expanding

Ada sesetengah link menggunakan bit.ly, is.gd dan sebagainya, dan anda tidak tahu link apakah yang berselindung di sebalik url pendek itu. MetroTwit berkebolehan memaparkan link original daripada url pendek tersebut

11. Download MetroTwit

metrowit

Download installer MetroTwit daripada web rasmi: MetroTwit.com. Anda memerlukan .NET Framework 4.0 untuk diinstall terlebih dahulu.

12. Kesimpulan

MetroTwit adalah twitter client yang mempunyai kelainan berbanding twitter client lain, dan paling special adalah kerana menggunakan MetroUI yang mendapat banyak kritikan positive daripada tech communities. Sangat seronok untuk digunakan, dan sesuai untuk pengguna yang berjiwa minimalis yang menginginkan sesuatu yang ringkas, ringan serta mesra pengguna.

Buat masa sekarang, MetroTwit masih lagi dalam versi Beta dan harap-haraplah banyak lagi fungsi cool akan di tambah di masa hadapan.

Users who found this page were searching for:

  • cara sign in metrotwit
  • cara metrotweet
  • cara logout di metrotwit
  • cara sign out twitter di metrotwit
  • daftar metro twit
  • cara membuat twitter client
  • tambah column metrotwit
  • cara sign out dari metrotwit
  • cara login twitter lewat metrotwit
  • cara membuat twitter client

Related posts:

  1. Sobees Lite – twitter dan facebook client yang canggih dan bergaya
  2. Gadget Facebook,Twitter dan Blogger untuk Windows 7
  3. Tutorial lengkap menggunakan Twitter
  4. 3 enjin carian cool yang anda patut cuba
  5. Extension firefox untuk pengguna tegar Twitter

EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

30 Comments to "MetroTwit – twitter client untuk Windows yang sangat cool"

Leave a Comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated. Basic HTML code is allowed.

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub: