Menukar DNS yang lebih baik dan laju di komputer anda

dns namebench

Dah bertahun-tahun saya guna Google DNS di komputer saya, baru hari ini tergerak hati nak cari alternatif lain. Jadi saya download Namebench, dan dapat tahu banyak lagi dns yang lebih laju di berbanding Google DNS.

Download Namebench

Namebench – Open Source DNS Benchmark Utility

Cara Menggunakan Namebench

Namebench akan start benchmark, dan akan membandingkan kelajuan dns default komputer anda dengan DNS lain seperti OpenDNS, Google DNS etc.

Selepas siap benchmark, Namebench akan memaparkan kelajuan DNS yang lebih bagus untuk komputer anda. Result bagi setiap komputer mungkin berbeza mengikut lokasi dan ISP yang anda gunakan.

namebench dns

Sebelum ini, saya menggunakan Google DNS, selepas benchmark, result menunjukkan Speedcast DNS 7.6% lebih laju daripada Google DNS.

speedcast dns

Jadi dengan senang hati saya cuba tukar dns google ke dns lain yang kononnya lebih laju. Hanya perlu copy paste primary server dan secondary server.

faster dns server

#Tips : Untuk menukar DNS, buka  Network and sharing centre, right click adapter LAN or Wireless, properties, Internet Protocol version 4, Properties. Copy dan paste dns yang perlu.

#Tips 2 : Mungkin DNS yang saya guna laju tapi anda guna makin slow atau tiada perubahan, sila run benchmark 2,3 kali untuk tentukan dns yang sesuai untuk komputer dan isp anda.

#Tips 3 : Boleh guna DNS selain default streamyx, p1 etc…untuk bypass megaupload, fileserve etc. Kalau ada file2 anda dalam file hosting tersebut sila backup cepat-cepat sebab mungkin ISP Malaysia akan block dns2 berikut daripada mengakses file hosting yang di-blocked.

#Tips 4 : Nak lebih laju? Gunalah Firefox 7.0 Nightly (versi alpha, mungkin ada crash) : http://jomphp.com/download-firefox-7-0-nightly-versi-x86-dan-x64.html

p/s: Ini bukanlah hack, tetapi lebih kepada workaround. By the way, hosting image jomphp tengah down, sebab tu banyak artikel tak keluar gambar. Harap maaf dan harap maklum, tengah cuba kontek pihak hosting.

Selamat mencuba!