UXDE dot Net Wordpress Themes

Mengembalikan Start Menu pada Windows 8

By

start-menu-windows8

Antara kritikan negatif mengenai v ialah ketiadaan butang Start Menu pada taskbar Windows. Ini menyebabkan ramai pengguna yang telah biasa dengan start menu sejak zaman Windows XP, Vista dan 7 mengalami kesukaran dan kekeliruan dalam menggunakan Windows 8.

Berikut ada beberapa cara untuk mengembalikan Start Menu button pada Windows 8. Anda masih boleh menggunakan Start Screen baru Windows 8 walaupun menggunakan alternatif Start Menu ini.


Start Menu Button Windows 8

start-menu-windows8-start8


1. Start8

Start8 merupakan perisian daripada Stardock untuk mengembalikan fungsi Start Menu pada Windows 8. Anda boleh memilih start menu ala Windows 7 atau Start Menu metro, enable atau disable transparency dan juga memilih start orb yang sesuai.

Lebih menarik, anda boleh pin app Windows 8 pada start menu dan taskbar dan skip Metro screen ketika startup Windows.

Download Stardock Start8

2. Iobit Startmenu 8

startmenu-8

Iobit StartMenu8 membawakan start menu yang familiar bagi pengguna Windows 7 kepada desktop Windows 8. Anda juga boleh skip Metro screen terus ke desktop.

Download Iobit StartMenu8

3. ViStart 8

windows-8-start-menu

ViStart merupakan clone kepada start menu pada Windows 7 dan boleh digunakan pada Windows 8.

Download ViStart Windows 8.

4. Classic Shell

Classic Shell menambah fungsi start menu pada Windows 8 dan membolehkan beberapa fungsi lama Windows Explorer ditambah, antaranya seperti toolbar seakan Windows 7 pada ribbon menu Windows 8.

Anda boleh menukar pelbagai skin dan classic shell mempunyai puluhan options dan sesuai untuk power users.

Download Classic Shell


Secara peribadi saya paling suka Start8 namun malangnya versi terbaru Start8 adalah perisian berbayar dan bukannya percuma seperti ViStart, Iobit StartMenu8 dan juga Classic Shell. Lebih banyak artikel mengenai Windows 8 akan menyusul di JomPHP. Cadangan anda amat kami harapkan.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>