UXDE dot Net Wordpress Themes

Membaca novel dan buku berbahasa melayu digital di mana-mana dengan E-Sentral

Aktiviti apakah yang paling anda gemar lakukan menggunakan iPad? Bagi saya, saya gemar menggunakan iPad untuk membaca ebook, digital magazine, digital newspaper dan lain-lain. Saiz iPad yang sangat sesuai untuk pembacaan dan senang di bawa mengalakkan semakin ramai rakyat Malaysia membaca menggunakan iPad.

Menyedari peluang ini, E-Sentral telah melancarkan servis pembelian buku dan novel berbahasa Melayu khusus untuk rakyat Malaysia. Pelbagai judul buku dan novel Bahasa Melayu boleh di muat turun dan di baca pada iPad anda.

Capture

Ini merupakan berita baik bagi saya kerana sebelum ini hanya buku bahasa Inggeris sahaja boleh dibeli dan dimuat turun untuk dibaca pada iPad.


Dapatkan aplikasi E-Sentral untuk iPad dan iPhone

Untuk memuat turun buku dan novel bahasa Melayu pada iPad dan iPhone anda, pertama anda perlu memuat turun aplikasi E-Sentral dari Apple AppStore.

Muat turun aplikasi E-Sentral

Atau search saja aplikasi E-Sentral pada AppStore.

Cara memuat turun buku dan novel menggunakan E-Sentral

Setelah anda install aplikasi E-Sentral, anda perlu login terlebih dahulu menggunakan akaun E-Sentral anda. Daftar akaun E-Sental disini

Setelah berjaya login, senarai buku dan novel yang telah anda beli akan dipaparkan untuk dimuat turun.

Contoh pembacaan pada iPhone

Cara membeli buku dan novel dari E-Sentral

Setelah anda mendaftar akaun pada E-Sentral , login dengan akaun tersebut dan anda boleh mula membeli buku dan novel yang anda berminat. Mereka (E-Sentral) menyediakan sistem e-commerce untuk memudahkan pembelian anda.

Saya telah menghubungi pihak E-Sentral kenapa tidak menggunakan sistem In App Purchase (iap) yang memudahkan lagi pengguna, dan menurut mereka sistem iap sudah dalam perancangan untuk di integrasikan pada masa depan.

Antara judul popular yang boleh didapati di E-Sentral ialah Lagenda Budak Setan, Zombijaya dan lain-lain.

e-sentral

Setelah anda siap membeli buku dan novel di laman web E-Sentral, buku dan novel tersebut kini boleh dimuat turun dan di baca pada iPad dan iPhone anda setelah anda login ke aplikasi E-Sentral.

Diskaun 15% sempena Hari Raya!

Sempena hari raya, pihak PTS dengan kerjasama E-Sentral telah memberikan diskaun 15% untuk semua buku terbitan PTS. Diskaun ini sah sehingga 20 September 2012 sahaja.

Hanya masukkan kupon ini PTSRAYA15 semasa checkout.

ptsdiscount

Baca di mana-mana menggunakan Firefox Cloud Reader

Kadang-kadang anda hendak membaca buku yang anda beli tetapi tidak membaca iPad dan iPhone anda bersama-sama. Anda boleh menggunakan Firefox Cloud Reader yang boleh diakses disini. Anda hanya perlu login menggunakan akaun E-Sentral anda dan buku yang anda telah beli, kini tersenarai sedia untuk anda muat turun dan baca.

Paparan muka CloudReader untuk Firefox. CloudReader hanya boleh digunakan pada Firefox buat masa sekarang.

CloudReader1

Akhir kata,  membaca boleh meningkatkan ilmu anda, oleh itu selamat membaca.

Incoming search terms:

Hi! Saya merupakan seorang web developer sepenuh masa di Petaling Jaya. Seorang yang sukakan teknologi dan gadget. Follow saya di twitter @cyberflyx

Discussion 2 Comments

  1. Firdaus Latib

    Satu perkembangan baik untuk industri teknologi di Malaysia bagi menggalakkan budaya membaca.

    p/s: Ada satu ebook yang dibeli, setting buku tersebut ada lari sikit. Tapi, masih boleh memahami kandungan keseluruhan. :)

    • cyberfly

      mungkin boleh contact developer update setting ebook tu :)
      btw iPad memang sangat sesuai untuk membaca, sampaikan aku 90% penggunaan iPad adalah untuk membaca :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>