Post Format

Maxis iPhone 4 unboxing and first impression

EiNS unboxing the iPhone 4

 

Saya baru sahaja menerima set iPhone 4 daripada Maxis pada 2 hari lepas dan sekarang masih dalam proses explore2 segala kekuatan dan kelemahan smartphone ini bagi membuat review penuh iPhone 4.

Buat masa sekarang, saya ingin tunjukkan dulu video unboxing, untuk melihat apa yang ada di dalam kotak iPhone 4 serta apakah impresi pertama saya ketika mula-mula memegang dan menggunakan iPhone 4.

1. The unboxing

Body iPhone 4 memang sangat slim, solid serta penuh dengan kualiti premium. Ini disebabkan bahan yang digunakan pada body iPhone 4 ialah besi berkualiti tinggi dan bukannya plastik seperti kebanyakan smartphone lain.

Maxis iPhone 4

Walaupun sedikit berat, rasanya lebih berat berbanding iPhone 3G milik @cyberflyx tetapi ianya masih lagi selesa digunakan dan boleh dipegang menggunakan sebelah tangan.

2. The activation

Jika anda baru membeli iPhone 4, anda perlu activate terlebih dahulu iPhone sebelum boleh menggunakannya. Cara-caranya;

- masukkan micro sim Maxis atau lain-lain micro sim (jika ada)

- masukkan pin code sim tersebut (kalau Maxis; default 0123)

- gunakan cable USB dan cucuk pada komputer anda (windows atau mac)

- buka perisian iTunes, dan akan keluar prompt untuk activate the new iPhone

- tekan Yes, dan iPhone 4 anda akan di-activatekan

Alternatifnya, boleh pergi ke Maxis Centre berdekatan dan biarkan orang-orang di sana yang tolong activate-kan untuk anda.

3. Retina Display

IMG_0025

Screen iPhone 4 yang menggunakan teknologi iPS LCD dengan Retina Display memang sangat gorgeous. Saya ada membuat perbandingan dengan screen Super AMOLED Samsung Wave dan mendapati screen retina display sedikit lebih terang dan warna nampak lebih natural.

Kalau boleh saya buat side by side comparison, bila menulis review penuh nanti.

4. 5MP Camera test

Hari tu saya activate iPhone di Maxis Centre Queensbay sebab nak pergi dapatkan micro sim. Selepas activate, saya ada tangkap beberapa gambar menggunakan kamera iPhone 4.

Maxis iPhone 4

Maxis iPhone 4

Maxis iPhone 4

Maxis iPhone 4

Jangan ingat student kesihatan tak minat gadget…hahaha Smile with tongue out

Nanti saya test tangkap gambar dalam gelap, tengah malam, tengah matahari terik dan sebagainya. Tetapi, apa yang saya boleh katakan, gambar yang diambil oleh kamera iPhone 4 ni boleh kira bagus juga la, berbanding kamera iPhone sebelum ini.

iOS 4.1 ada menambah fungsi High Dynamic Range (HDR) pada kamera, nanti kalau dah upgrade saya test function ini. iPhone 4 juga boleh tangkap video dalam resolusi 720p HD, tetapi buat masa sekarang belum boleh upload dengan kelajuan internet yang slow.

5. The software

IMG_0026

iPhone 4 ini menggunakan iOS 4.0.2 dan ini bukanlah firmware yang terbaru. Setakat ini iOS 4.1 dan iOS 4.2 beta sudahpun keluar dan boleh diupgrade pada iPhone 4 jika anda berminat.

6. iTunes

itunes 10 windows

iTunes ialah perisian yang dikeluarkan oleh Apple dan ianya sangat penting untuk pengguna iPhone, iTouch, iPad dll untuk tujuan sync gambar, music, calendar, playlist dan lain-lain.

iTunes boleh digunakan pada Mac dan Windows, tetapi tiada versi native untuk Linux melainkan anda cuba run menggunakan WINE.

Download iTunes di link ini: Apple iTunes download.

Jika anda cucuk iPhone 4 dengan cable usb, iTunes akan detect dan minta anda register iphone. Terdapat juga updates untuk carrier settings, jadi boleh download dan update pada iPhone 4 anda.

maxis iphone 4

Disebabkan iTunes adalah produk Apple, maka ianya hanya di-optimize untuk sistem operasi Mac Os X sahaja. iTunes versi windows sangat slow, penuh dengan bugs dan selalu hang atau crash.

Kalau anda menghadapi masalah tersebut, sabar je la….saya dari dahulu sampai sekarang memang bukan peminat perisian iTunes.

7. App Store

IMG_0027

Antara salah saya kekuatan iPhone/iOS ialah jumlah aplikasi, games, books yang mencecah lebih kurang 200,000 dan kebanyakannya boleh didownload secara percuma.

Saya sendiri telah mendownload beberapa puluh apps dalam masa sehari; antaranya seperti apps wajib install seperti Facebook, Twitter, Foursquare, Angry Birds dan sebagainya.

Untuk mendownload di App Store, anda perlukan akaun dahulu dan malangnya jika anda daftar di App Store Malaysia, anda perlukan kredit kad. Tiada option untuk paypal atau mana-mana bank lain.

Sebagai alternatif, tukar country kepada United States dan follow tutorial berikut untuk daftar akaun App Store tanpa perlu kredit kad.

http://support.apple.com/kb/HT2534

Ada dua cara, samada daftar menggunakan komputer atau menggunakan iPhone sendiri. Sila turn on wifi jika anda daftar menggunakan iPhone. Jika dah berjaya, tahniah dan sila verify akaun anda dengan membuka verification email.

Saya cuba daftar dengan akaun paypal, malangnya masih gagal kerana tiada valid funding source daripada bank di US. Maybe better that way, nanti saya jadi gila apps dan main download segala jenis apps yang ada di AppStore nanti. Hahaha.

8. FaceTime

FaceTime ialah fungsi baru iPhone 4, menggunakan camera depan/belakang iPhone untuk membuat panggilan video menggunakan wifi. Buat masa sekarang facetime hanya boleh digunakan antara pengguna iPhone 4  dan iPod touch 2010 sahaja.

Saya belum lagi mencuba fungsi FaceTime, nanti dah try baru saya cerita.

9. Antennagate / Death Grip

Yup, iPhone 4 MEMANG mempunyai masalah antena. Ketika memegang menggunakan tangan kiri, jelas saya nampak signal operator akan turun daripada 5 bar kepada 3 bar. Itu baru pegang biasa, belum lagi pegang kuat atau buat death grip.

Saya kurang pasti adakah masalah ini akan menyebabkan panggilan terputus atau tidak, serta adakah ia akan dibaiki dalam masa terdekat.

antenna gate aid

Kalau masalah antennagate ini teruk sangat, maybe boleh consider pasang sticker diatas atau cuba beberapa solution pada link berikut:

How to avoid iPhone 4 death grip.

10. My Impression

iPhone 4 sangat laju dan berkualiti tinggi. Camera pun boleh tahan kualiti dan boleh rekod HD video. Bateri life kurang bagus sebab tiap-tiap hari kena caj kalau kerap main game atau main facebook/twitter.

Review penuh bakal menyusul kemudian lepas saya explore bermacam-macam jenis tips, tricks, tutorials dll berkaitan iPhone 4.

Jangan lupa follow @einztrigger, retweet dan share artikel ini di facebook. Terima kasih kerana membaca.

p/s: Jangan lupa baca artikel terdahulu cyberfly berkenaan iphone dan ia mungkin membantu anda sebagai pengguna baru iPhone 4.

Users who found this page were searching for:

  • maxis iphone 4 how to active
  • iphone 4 signal kurang bagus
  • default maxis pin code for iphone
  • iphone 4 bumper nilai
  • maxis activation center no
  • iphone 4 bulanan tanpa kredit kad
  • harga iphone 4 tanpa kontrak
  • maxis iphone 4s carrier settings update
  • maxis sim card default pin code
  • maxis sim card rejected

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

37 comments

  1. Pingback: Tweets that mention Maxis iPhone 4 unboxing and first impression | JomPHP -- Topsy.com

    • Most likely apple akan fix bila kuarkan model baru iphone bulan 6 taun depan (iPhone 4s, s for signal, lol)…

      bumper x cool langsung, better try invisible shield daripada ZAGG

      Reply
  2. ada cara sbnrnya tuk register itunes tanpa kredit kad.
    masalah antena tu aku pn perasan jga la tp setakat ni call or apa2 ak belum ada problem dgn signal.
    nanti facetime dgn aku. nnt ak dm no aku

    Reply
      • Saya tak fikir sesuatu gadget sperti ini boleh dijual dengan harga yang tinggi. Kalau begini, kita boleh buat perniagaan. Mengapa mereka mahu beli dengan harga yang tinggi jika maxis/digi menawarkan harga murah?mengambil sikap tunggu dan lihat adalah lebih selamat walaupun ada yg mempunyai minat untuk memiliki..Mungkin versi ini tak stabil..masih terlalu awal untuk bersungguh2 membeli kerana kelemahan demi kelemahan akan terbongkar satu demi satu..

        Reply
        • bro, katakan rrp bagi iphone 4 16gb rm2290 lah…tapi byk seller jual yg harga dia rm2.4k or rm2.5k pun ada orang still beli…stock diorang beli yg unlocked dari US or Singapore then jual balik kat orang malaysia…

          even kat gurney kot, ada orang jual iphone 4 unlocked dengan harga rm3.5k, gila mahal kot…tp still dgr kata ada orang beli sebab malas nak tunggu restock dari maxis/digi or xmau kontrak

          iphone memang mempunyai nilai jual balik yang sangat tinggi, berbanding ngan handset lain…

        • Well, kelemahan paling ketara ialah antennagate, kalo nak tunggu benda nie fixed maybe apple akan kuarkan versi baru iphone bulan 6 tahun depan…sampai kat malaysia bulan 10 tahun dpan la plak..

          if xmau tunggu, beli iphone 4 skarang dan cari solution antennagate kat google…

          kalo consumer nak beli sesuatu produk kita xleh halang, itu hak mereka…baik buruk mereka sendiri yang nilai…sekian :)

  3. Oh, kalau nak tukar Sim Card tak boleh la? pasal ia pakai micro Sim. Atau kalau pakai Sim Digi/Celcom, kena *modified* sendiri ? :sad:

    Reply
  4. Pingback: Maxis iPhone 4 review (software) @ Kaki Komplen Malaya

  5. salam…brapa bro beli iphone4 dr maxis?bulanan brapa?kontrak brapa bulan?thanks hope u will reply…

    Reply
  6. cm yg nk rgster app store yg free tuh,kna pkai US cntry kn..tp cmne nk fill out the address n phone no column?pkai address n phone no mlysia ke juz ksongkan?

    Reply
    • Pasal adress, no phone kat US tu ko kena kreatif sikit…aku main hentam je, yg penting poskod, ngan format no phone tu kena betul…

      contact aku kat twitter @einztrigger kalo ko x dpt wat jugak

      Reply
  7. tnye sket….sy baru unlock iphone from uk…then bile masukkan simcard celcom punye xleh nk detect..mcm mn ek nk solve dis prob..till now xleh nk pakai

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*