UXDE dot Net Wordpress Themes

Maxis iPhone 4 review (software)

By

iphone 4

Di entri sebelum ini, saya ada menulis review tentang hardware iPhone 4 dan banyak kebaikan serta kelemahan iPhone 4 telah didedahkan. Biasalah, tiada satu pun benda yang sempurna kat dunia nie, dan gadget popular seperti iPhone 4 juga tidak terkecuali daripada mempunyai kelemahannya.

Kalau anda pergi test iPhone kat kedai mesti anda rasa tak best. Kenapa kah? Ini kerana mengikut pengalaman saya demo set yang ada kat kedai kebanyakan kosong, tiada apps dan games menarik yang dipertunjukkan serta promoter yang boring. Tanya benda advanced sikit dah pening last2 diorang kata iPhone tak boleh buat macam ini, macam itu. Padahal mereka tak research dulu. Dan selepas itu, pelanggan hilang minat dan terus balik.

Sepatutnya, mereka yang menjual iPhone itu haruslah menunjukkan sejauh mana kehebatan iPhone 4, seperti apps yang canggih, gps dan augmented reality, 3D multiplayer games dsb, keupayaan mencari arah kiblat dengan kompas dan banyak lagi kelebihan sebenarnya. iPhone 4 sangat hebat jika keupayaannya dieksploitasikan ke tahap optimum, bukanlah sekadar seketul besi berharga RM 2 ribu lebih yang boleh menghantar SMS dan buat call sahaja.

Updated: Push notifications, location service, sync serta tethering. Komen mengenai kebaikan dan kelemahan software iPhone 4 juga telah ditambah.


Software Review (iOS 4)

iPhone 4 menggunakan sistem operasi iOS 4, iaitu sistem operasi yang hanya ekslusif untuk produk Apple sahaja seperti iPhone, iPod, iPad, Apple TV dsb.

1. User Interface (UI)

maxis iphone 4 ui maxis iphone 4 ui 2

  • Gambar kiri: default UI iPhone 4 running iOS 4
  • Gambar kanan: customized iPhone 4 UI

iPhone 4 mempunyai user interface yang sangat mudah digunakan, icon-icon yang besar dan respon yang sangat laju terima kasih kepada teknologi touch screen yang digunakan Apple. Pendek kata, dalam masa kurang 5 minit anda boleh faham cara penggunaan iPhone.

maxis iphone 4 ui 4  maxis iphone 4 ui 3 

  • Gambar kiri: Customized iPhone 4 lockscreen
  • Gambar kanan: Fungsi folders iOS 4

Anda boleh tukar wallpaper pada lockscreen dan homescreen dengan senang, hanya perlu masuk Settings dan pilih Wallpapers.

Katakan anda mempunyai banyak sangat apps dan leceh nak slide banyak page, anda boleh gunakan fungsi folders yang terdapat dalam iOS4. Hanya drag and drop setiap icon pada icon yang lain dan folder akan terbentuk. Sangat convenient.

Salah satu kelebihan iOS sebenarnya ia sangat laju dan anda tidak perlu risau masalah lag. Masalah crash lagi la jarang berlaku.

Walaupun UI iPhone sangat mesra pengguna, laju dan sudah agak cantik bagi kebanyakan orang tetapi ia mempunyai beberapa limitasi. Antaranya seperti tiada pilihan menukar tema, menukar lock screen, menggunakan widgets dan alternative launcher dsb. Wallpaper pun static, tak macam Android dan Symbian^3 boleh pakai live wallpaper yang sangat cool.

Stock Android UI walaupun sangat buruk pada pandangan saya tetapi ianya boleh di-customized supaya kelihatan sangat canggih. Bergantung kepada minat anda, pilihlah smartphone dan OS yang melengkapi keinginan dan minat.

2. Mail, Messaging dan Browser

maxis iphone 4 ui 5 maxis iphone 4 ui 6maxis iphone 4 ui 7

Email menggunakan iPhone sangat senang, setup mengambil masa kurang daripada seminit dan menyokong penyedai email popular seperti gmail dan yahoo mail. HTML content pada email juga disupport, tetapi tiada fungsi attachment apabila compose email.

Messaging pada iPhone juga sangat memudahkan, ada threaded message style untuk SMS dan juga MMS.

Browser default pada iPhone ialah Safari, dan ia juga agak laju serta render webpage dengan bagus seperti mana biasa kita tengok di desktop. Kelemahannya tiada fungsi Flash jadi tak boleh tengok website streaming video dan bermain game contohnya di miniclip dsb. Nasib baik la kalau ada video youtube tu kita boleh click untuk open pada Youtube player.

Sama juga pada video facebook, ianya akan dibuka pada video player jadi anda boleh menonton dengan hati yang tenang. Macam saya dah cukup kalau boleh tengok youtube dan video facebook, tak main pun game flash sekarang.

3. Music dan Video Player

iphone 4 cover flow

Music player dalam iPhone 4 menggunakan style coverflow, dari zaman iPhone 2G hinggga sekarang interface ini tidak berubah.

Jika anda baca review hardware, saya kata iPhone 4 tidak mempunyai stereo speaker dan bunyi speaker pun takde la kuat sangat. Sungguh memalukan bagi Apple sebagai kompeni yang terlibat dalam bisnes menjual lagu dan membuat pemain muzik paling popular di dunia.

iphone 4 video player

Video player dalam iPhone 4 agak bagus dari segi kualiti, ditambah dengan retina display memang cantik dan syok bila tengok video klip atau movie. Kalau perlu convert movie untuk iphone hanya perlu google dan beratus converter, percuma dan berbayar boleh digunakan.

Yang kurang best sebab sokongan format yang kurang. MKV, XVID dll tidak disupport dan agak mengecewakan sebab banyak video kat internet sekarang menggunakan format tersebut.

Alternative video player seperti CineXPlayer boleh didownload dengan harga $3.99 di App Store, dan boleh play video xvid. Saya sekarang tengah tunggu VLC for iPad untuk dikeluarkan dalam versi iPhone pula.

Samsung Galaxy S pula menyokong hampir kesemua video format yang popular, dan dengan sistem operasi android adalah mudah untuk kita install codec walaupun smartphone tersebut tidak dapat memainkan video format tertentu pada asalnya.

4. Multitasking

maxis iphone 4 review

iPhone 4 dengan iOS4 akhirnya mendapat fungsi multitasking, iaitu kebolehan membuka banyak apps pada yang sama. Contohnya, anda boleh membuka facebook app, twitter app, kemudian membalas email dan juga membaca blog menggunakan Safari. Dah lama pengguna Apple menunggu fungsi ini dan akhirnya Apple memasukkan fungsi multitasking dalam iOS 4.

Untuk multitasking, tekan double-tap pada butang bulat (menu). Tekan satu tap untuk minimize apps. Untuk terminate apps yang di-minimize hanya perlu tekan beberapa saat pada screen dan tanda (-) akan muncul, dan anda boleh tekan pada (-) untuk terminate apps.

Walaupun multitasking sangat best, tetapi sehingga sekarang bukan semua apps iPhone menyokong fungsi ini. Sesetengah app terus close bila anda tekan butang menu. Contohnya dah main game selama 2,3 jam tetapi anda tekan butang menu dengan niat nak pause kejap, tetapi bila buka balik tengok2 kena start semula main game tersebut. Dah la tadi anda lupa save, alaa kesian kan?

Diharapkan dalam update akan datang lebih banyak apps akan menyokong multitasking dengan jayanya.

5. FaceTime – video call dengan WiFi

maxis iphone 4 facetime 4  maxis iphone 4 facetime

FaceTime adalah sesuatu yang baru dalam iPhone 4, possible sebab ada kamera depan. FaceTime adalah sesuatu yang cool sebab mudah dilakukan dan kualiti gambar, suara serta kelajuan sangat sangat memuaskan.

Untuk membuat FaceTime, buka Contacts, pilih teman anda dan tekan butang FaceTime. Buat masa sekarang, FaceTime hanya boleh digunakan pada connection WiFi dan hanya diantara pengguna iPhone 4 dan iPod Touch 4G sahaja.

Jujur kata walaupun anda handphone 3G sebelum ini saya tak pernah buat video call, tetapi lepas guna iPhone 4 terus rasa nak try dan nak tengok apa yang hype pasal FaceTime ini. Yang seronoknya boleh swith antara kamera depan dengan kamera belakang dengan senang bila buat FaceTime.

Hari tu ada tengok iklan kat tv pasal FaceTime, tapi kenapa nak tunjuk FaceTime antara orang putih semua tu. Kan bagus kalau tunjuk kat iklan tu facetime session antara rakyat Malaysia, kan lebih dekat di hati, sebab kita sendiri rakyat Malaysia kan.

6. Push Notification dan Location Service

iPhone/iOS mempunyai fungsi push notification, iaitu notification akan muncul di home screen dan juga lock screen.

Email, Facebook, Twitter, Yahoo Messenger dll menyokong fungsi ini. Contohnya, ada orang komen status di facebook, ada orang reply tweet dan ada orang buzz – segala notification itu akan muncul di home screen walaupun anda minimize program itu.

Convenient, tapi kadang-kadang menyemak dan boleh menghabiskan kredit tanpa disedari jika tidak off 3G dan keluar dari liputan wifi.

Location service pula digunakan untuk menentukan lokasi anda, berguna untuk perisian seperti FourSquare, Gowalla, augmented reality seperti Layar dsb. Kalau rasa perlukan privacy boleh off fungsi ini.

7. App Store

Ok, selepas beli iPhone 4, dalam masa kurang daripada sehari anda akan boring. Atau paling cepat dalam masa sejam la. Tak tau nak explore apa dah. Sebabnya iPhone tu kosong je takde facebook, takde twitter, takde ym dan takde games langsung.

Orang beli blackberry sebab dia dah tersedia fungsi facebook, twitter, instant messaging semua tu tanpa perlu install apa-apa. Tapi guna iPhone anda kena spend sedikit masa untuk cari app di App Store.

Pastikan anda sudah daftar akaun App Store, serta gunakan wifi bila download app sebab setengah app bersaiz besar kan tak pasal2 bil telefon sampai beratus ringgit.

maxis iphone 4 app store maxis iphone 4 app store 2

Macam nie la rupa App Store. Sehingga sekarang terdapat lebih 200,000 app boleh didownload di App Store. Berbanding Android hanya lebih kurang 70,000 sahaja dan akses kepada Android Market juga sangat terhad.

Dengan App Store, hidup anda dengan iPhone tidak pernah terasa boring. Boleh dikatakan hari-hari anda boleh download apps dan games baru. Harga sesetengah app juga sangat murah seperti 99 cent, 1.99 usd (RM6+) dan kebanyakannya percuma.

Maxis iPhone 4 app 5 Maxis iPhone 4 app 3 

  • Kiri: AppShopper – cara mudah mencari apps dan games free [free]
  • Kanan: WordPress App – menulis blog, membalas komen di blog WordPress [free]

Maxis iPhone 4 app 4 IMG_0176

  • Kiri: Medscape, untuk pharmacist dan medical doctor, mencari maklumat mengenai penyakit, ubat dan interaksi ubat dengan mudah. [free]
  • Kanan: WallpapersHD: mencari wallpaper resolusi tinggi untuk Retina Display dengan senang [free]

AppStore best sebab banyak support daripada kompeni besar dan juga ramai developer hebat terutamanya dari US. Terdapat juga app yang dihasilkan oleh syarikat dari Malaysia seperti Terato Tech. Syabas, harap banyak lagi kompeni IT dari Malaysia boleh buat app untuk iPhone.

8. Games

iPhone adalah smartphone untuk bermain game yang terbaik setakat ini, sebab:

Maxis iPhone 4 app 6

Banyak game menarik dengan grafik cantik seperti NOVA. Selain itu, Nova mempunyai control yang advanced seperti touch screen, dan juga gyroscope.

Maxis iPhone 4 app 2.jpg

Terdapat banyak game yang boleh membuat kita addict, seperti Angry Bird. Gunakan burung sebagai senjata untuk memusnahkan kubu pihak musuh.

fifa 2011 iphone

Game bola FIFA 2011 daripada EA Sports pun ada.

Maxis iPhone 4 app 7  Maxis iPhone 4 app 8

Game muzik seperi Tap Tap Revenge dan Dance Dance Revolution sangat best. Boleh download track baru, upload score di internet dan tengok siapa player paling handal.

Maxis iPhone 4 app 9

Band rock terkenal Linkin Park pun ada buat game untuk iPhone.

street fighter for iphone

Game fighting Street Fighter IV pun ada. Grafik agak cun.

Selain itu, dengan integrasi Open Feint dan Plus+ anda boleh bertanding score player mana paling handal bermain game iPhone di seluruh dunia. Sesetengah game pula menyokong bermain multiplayer menggunakan bluetooth.

Kalau dulu Ngage handset paling popular untuk main game, sekarang pula zaman bermain game di iPhone. Handphone Android pula walaupun kebanyakan menggunakan specs yang canggih dan lebih unggul daripada iPhone, malangnya sokongan developer dan pembuat game masih kurang.

9. Kompas dan Kiblat

compass iphone 4 qibla iphone 4

iPhone 4 mempunyai magnetometer dan mempunyai apps untuk mencari arah menggunakan kompas. Jika anda install app dari App Store, anda boleh mencari arah kiblat dengan mudah, dan sangat berguna sebagai traveller.

10. Kamera

IMG_0179 Maxis iPhone 4 app

Kalau anda baca review hardware iPhone 4, saya kata fungsi kamera kurang best sebab tiada banyak option dan interface agak cikai.

Tetapi dengan app seperti Gorillacam, camera iPhone 4 anda menjadi lebih canggih dengan beberapa fungsi tambahan.

11. Internet Tethering (sharing)

iphone 4 tethering

iPhone 4/iOS mempunyai fungsi tethering iaitu internet sharing samada menggunakan bluetooth atau usb cable.

Malangnya tiada fungsi wifi hotspot, iaitu menjadikan iphone sebagai hotspot di mana device lain seperti laptop dll boleh connect. Fungsi ini sebenarnya boleh dijalankan di iPhone tetapi Apple tidak membenarkan.

Android 2.2 FroYo mempunyai fungsi wifi hotspot dengan mudah manakala pengguna Nokia boleh menggunakan Joikuspot untuk membuat hotspot.

12. Sync

Fungsi sync atau synchronize ini sangat penting bagi iPhone untuk transfer lagu, video, contacts, calendar dsb ke dalam komputer. Tanpa sync iPhone anda tidak best kerana tiada content yang boleh dimasukkan.

iPhone 4 hanya boleh sync menggunakan usb cable dan tidak boleh wireless sync, menggunakan wifi. Tindakan Apple yang tidak meletakkan fungsi ini di dalam iOS sangat mengecewakan pengguna.

13. Konklusi

Apa yang best mengenai software iPhone:

- laju gila dan tidak perlu risau lag

- interface sangat mesra pengguna, kanak-kanak hingga warga emas pun boleh belajar guna dengan senang

- tukar wallpaper pada lock screen dan home screen dengan mudah

- multitasking, boleh buka banyak apps sekaligus

- FaceTime, laju dan gambar agak berkualiti serta suara yang clear

- App Store, gedung download 200,000 lebih apps – kebanyakan app adalah percuma manakala yang berbayar pula harga murah

- Pelbagai app untuk kegunaan pelajar, pakar perubatan, engineer, ustaz-ustazah pun boleh guna…pendek kata pilihan app yang ada untuk iPhone sangat banyak dan sesiapa sahaja tak kira profession boleh memanfaatkan

- Games yang berkualiti tinggi, boleh main multiplayer, bertanding score paling handal di seluruh dunia. Hari-hari boleh download game jika anda mahu.

- kompas sangat berguna, dan juga boleh install aplikasi mencari arah kiblat

- banyak apps untuk tingkatkan kualiti dan menambahkan kecanggihan camera iPhone 4

Apa yang kurang dan tak best mengenai software iPhone:

- tidak boleh tukar theme, tiada fungsi widget dan multiple homescreen, Android ada kelebihan dari segi ini

- video player menyokong beberapa jenis format video sahaja, xvid, mkv tidak disupport

- bukan semua app support multitasking, kadang2 app tu terus close selepas tekan butang menu

- tiada wireless sync

- tiada fungsi wifi hotspot

- FaceTime terhad kepada video call antara pengguna iPhone 4 dengan iPod Touch 4G sahaja, lagipun hanya boleh guna jika ada wifi dan tidak boleh guna ketika 3G


Bagi saya kekuatan utama iPhone 4 adalah pilihan app dan games yang ada di App Store. Ini pula kegunaan iPhone 4 dalam kehidupan sebenar saya:

Sebagai pelajar, saya amat memerlukan saya gadget yang boleh digunakan untuk mencari maklumat mengenai ubat, penyakit, simtom, cara merawat dan sebagainya dengan mudah tanpa perlu membeli buku yang mahal serta membawa kitab yang tebal ke hulu ke hilir.

Sebagai blogger, aplikasi wordpress untuk iPhone memudahkan saya untuk menulis post baru, serta meng-approve dan membalas komen-komen pembaca di blog saya. Jadi walaupun tidak berada di depan komputer saya mampu menjalankan kareer saya sebagai blogger tanpa masalah.

Sebagai generasi muda yang sukakan muzik, video yang kool, melayari internet serta bermain game, iPhone 4 adalah gadget terbaik masa kini untuk memenuhi segala keinginan yang diperlukan bagi tujuan mengisi masa lapang serta pada masa dapat belajar benda baru.

Telefon pintar adalah telefon yang boleh membantu kita dalam meningkatkan produktiviti dan taraf hidup dengan kaedah yang senang, bijak dan terpantas. Itu definisi bagi saya.

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 49 Comments

  1. k_han

    xpe…penat tp berbaloi…hahahah…
    nice review anyway…bile la ak akn dpt miliki hp secanggih camnie…
    memandangkn xde apa yg perfect…so tell me significant downsides of this i-phone scara jujur&ikhlasnya…:)

    • EiNS

      Thanks syah…takpe guna yang mana ada selagi mampu…iPhone 4 bukan keperluan untuk hidup…tapi kalau ada hidup lagi ceria…hehehe

  2. finalcross

    Bro,penat lelah ko wat review amat aku hargai. Aku bg ‘thumbs up’ kt ko. Huraian mengenai apps yg menarik mmg wat aku teruja.

    P/S: bile nk bg tips agkt fon ni? hehe.

    • EiNS

      Well, masa aku xde iphone dulu pun aku suka baca byk info mengenai smartphone iphone, android dsb…

      so bila dapat iphone 4 terus aku aplikasikan apa yg aku pernah baca dlu

  3. EbA

    Salam…bleh wt x review pasal blackberry storm…baru pkai 3 bulan blackberry storm2..pastu tukar pkai iphone 4 cause bile pkai blackberry storm2 bosan la…x byk application…application yang best byk kene beli….boleh tolong review blackberry storm 2 nie…skrg syok pkai iphone 4..blackberry nie ade lagi..wt stock dgr lagu je..lg satu bb bleh dijailbreak atau hack x?????!!

    • EiNS

      Sorry to say, tapi BB Storm 1&2 adalah gagal…touchscreen x sensitif serta OS yg tak dioptimize ntuk full touch…

      that’s why bb torch dia letak both touch screen n qwerty…sbb dah tau yg kalo buat full touch gak sure bb torch failed…

  4. Eba

    Bro..iphone 4 bro jailbreak x?skrg jailbreak version 4.2kan..tp x stabil lg la klu nk jailbreak..skrg ip4 pkai firmware 4.1…nk jailbreak biase pkai aper yg ok?any suggestion…???

    • EiNS

      Skang dah jailbreak yg ios 4.1 punya, jailbreak 4.2 blom nak try lagi…or maybe tunggu jailbreak yg iOS 4.3 terus kot yg bakal kuar bulan Dec nanti

  5. afif

    salam..bro..cmner nk tansfer application ke ap4..
    dh pkai itune..tp,bile nak apply tue x jadi pun..cmner erk…?please….

  6. Haira.niha

    Apasal saya buat tethering tidak berjaya ….. Padehal dah sambung usb cable kat laptop …. Eisyyy kena setting apa2 ke

  7. fizi

    Emm bro,aku nk g beli iphne4tapi bila baca review ko tntangvideo call just for iphne4 dan tak blh ke rangkaian lain tu,jddown plak mood tu

    • EiNS

      Review nie dah lama bro…skang banyak dah berubah…video call facetime boleh guna ke iphone 4, ipod touch 4, ipad 2, macbook pro, imac etc…

      iOS5 boleh call pakai 3G or WiFi…selain tu ada video call skype, yahoo messenger etc…

      untuk chatting sesama iOS boleh guna iMessages atau whatsapp, liveprofile etc ke smartphone android, blackberry

  8. drsya

    Salam… Saya baru guna iPhone 4s ni… Kalau nak MMS tu kita kena on kan 3G ke? Tapi kalau kita in 3G sepanjang masa mestilah kena charge kan bill 3G tu? Kalau tak on pulak tak bleh pulak nak terima MMS kalau org Ada hantar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

WP-SpamFree by Pole Position Marketing