Martview – baca ebook di komputer anda dengan lebih selesa
Adakah anda selesa membaca ebook atau dokumen dalam format pdf menggunakan pdf reader seperti Adobe Reader dan Foxit Reader? Mahukan cara yang lebih interaktif untuk membaca pdf? Gunakan Martview, perisian windows yang membolehkan anda membaca ebook dengan gaya yang unik dan canggih.
Kita lihat perbezaan apabila membaca ebook menggunakan Foxit Reader dan juga Martview.
Menggunakan Foxit Reader, anda boleh scroll ke bawah untuk membaca page seterusnya dalam ebook, dan juga menggunakan keyboard untuk navigation keseluruh dokumen tersebut. Cara ini bagi sesetengah orang adalah normal dan tiada masalah cuma bagi saya ia kekurangan dari segi eye-candy dan kepuasan sebenar apabila membaca ebook.
Keseluruh ruang skrin jika menggunakan monitor beresolusi tinggi tidak dimanfaatkan oleh perisian seperti Foxit dan Adobe Reader ini.
Ini pula antaramuka jika anda membaca ebook menggunakan Martview.
Hampir keseluruhan ruang pada monitor anda dimanfaatkan untuk memaparkan dokumen dalam saiz penuh dan selesa untuk dibaca. Selain itu, anda boleh menyelak setiap helai dokumen dengan mudah dan canggih. Martview juga dioptimasikan untuk monitor yang mempunyai fungsi skrin sentuh (touch screen) membolehkan anda membaca ebook dengan lebih bergaya.
Anda boleh menukar pandangan dan memaparkan thumbnail bagi memudahkan membuka page dokumen yang hendak dibaca. Selain itu, Martview juga mempunyai fungsi upload dan search ebooks untuk didownload.
Saya rasa anda semua pasti tidak gunakan lagi adobe reader atau foxit reader lagi selepas menggunakan Martview ini.
Jika berminat boleh download Marview di sini. Anda juga boleh download ebook yang saya gunakan dalam screenshot di atas iaitu Search Engine Optimization (SEO) Starter Guide dari Google.
Related posts:










Perang epik antara komputer tablet bakal bermula
Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya
Sobees Lite – twitter dan facebook client yang canggih dan bergaya
Mengatasi masalah windows 7 not genuine
20 tips berguna untuk pengguna baru Apple Iphone
Tips menggunakan feedburner
perrghh..mantap2..best dari adobe reader..
shuko´s last blog ..Lain-lain TV dari negara Malaysia
wow!! kene try.. kalo best, terpaksa la aku tinggalkn pdfxchange viewer aku nih..
Anarm´s last blog ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme 
aku dah try martview ni… mmg cntik n mnarik…
tp paparan kcil sgt la… da tak cara nak besarkan tlisan….?
Paparan kecik…kan bley zoom nk besarkan tulisan…martview nie lagi sesuai kalo pakai monitor besar cam full hd resolution…
ok…
NAK BESAR BUAT SENDIRI……….
hello ko igt ni cam buat nasi goreng ke…?
pakai otak la bro nak kato org tu…
cun. akoo nk baca malaysian maverick pki martview.
Extremist Thinker´s last blog ..HSBB Access Rates
Ahahaa…aku pun bca malaysian maverick…baru beberapa page…lagi syok pkai martview dari pkai foxit :D
aku dh test.. terus aku uninstall.. loading lama.. die guna memory byk giler.. aku setia dgn pdf xchange aku.. laju pn laju.. huhuu
Anarm´s last blog ..Integrasikan Twitter dan Yahoo Meme
Dia pakai resource tinggi, kalau kat laptop tak bagus sgt kot performance…lgpun software nie masih baru aku rasa nanti developer dia optimize lagi lepas nie…
Macam best je…wajib try nie.anyway thanks for sharing
wah dah macam buku betul nie… mantop..
zik´s last blog ..Kenapa Perempuan Suka diet??
perempuan suka diet sebeb dia nak cantik…………..
Noob?
EiNS´s last blog ..Martview – baca ebook di komputer anda dengan lebih selesa
jadah ape ko merepek ni..
Siap boleh nak terlelap
mujahidbiz´s last blog ..Contohilah Wudhuk Rasulullah
..like it
+ plak ngan screen LED aku…
baru rase enjoy nk baca note bentuk pdf..
huhu. thanks, nice post. so takyah la nk bli ipad, jimat duit.. pkai software ni pun da cukup, lg best kalau kat lappy touch screen.