Feb 10 / cyberfly

MalaysiaHostingReview.Net – Web reviu hosting di Malaysia

myhosting1

Sudah lama saya tidak menulis entri baru di JomPHP.Hanya adik saya Eins saja yang rajin untuk update.Sebenarnya saya agak sibuk menyiapkan projek terbaru saya iaitu MalaysiaHostingReview.Net.

Apa yg ada kat MalaysiaHostingReview?

MalaysiaHostingReview.net ni dibina bertujuan untuk membantu bakal-bakal webmaster memilih hosting terbaik untuk mereka.

Kesilapan memilih hosting boleh mendatangkan mimpi ngeri kepada webmaster terutamanya yang baru memulakan bisness online.Bayangkan web anda selalu tidak dapat diakses kerana perkhidmatan hosting yang teruk.Susah tentu anda tidak dapat membuat satu sen pun pada hari tersebut.Atau kepada yang mempunyai blog, tiada pelawat yang akan mengunjungi blog anda.Jika blog selalu tidak dapat diakses, pelawat tetap akan fed up dan tidak lagi melawat blog anda selama-lamanya.

Oleh itu bagi mengelakkan anda tersalah memilih hosting provider, adalah sangat digalakkan anda membaca review oleh customer mereka sendiri supaya anda dapat membuat penilaian yang betul.

Reviu dalam MalaysiaHostingReview.net adalah berdasarkan reviu customer

Berbanding web-web reviu yang lain, MalaysiaHostingReview.net adalah bergantung sepenuhnya dengan reviu oleh customer sendiri.

Kandungan yang ditulis oleh saya dalam post hanya mengandungi maklumat ringkas sesuatu hosting provider tersebut.Saya tidak menulis reviu berkaitan host, sebaliknya customer hosting tersebut yang akan menulis.

Macamana reviu oleh customer boleh membantu?

Reviu oleh customer selalunya ditulis dengan ikhlas kerana mereka mengalami sendiri kepuasan atau kekecewaan dengan hosting provider tersebut.

Manakala reviu yang ditulis oleh webmaster sendiri (editors pick) selalunya berat sebelah bergantung kepada hosting mana yang memberi komisen lebih kepada mereka.

Ciri-ciri MalaysiaHostingReview.net

1.Rating and review by customer

rating

Anda boleh menulis reviu dan memberi rating kepada hosting tersebut seperti gambar diatas.

2.Rating dan reviu anda akan dipaparkan dibawah post

rating2

3.Average customer review akan dipaparkan pada permulaan post

rating3

4.Carta top 5 Hosting adalah di order secara automatik bergantung kepada average customer rating

rating4

Disebabkan web ini masih baru dilancarkan (hari ini),hanya terdapat sedikit customer review.Oleh itu saya memerlukan pertolongan pembaca2 semua yang pernah menggunakan hosting yang tersenarai dalam web itu untuk meninggalkan review yang ikhlas.Dan jangn lupa juga tinggalkan rating ya ;)

Jika hosting anda tidak tersenarai dalam web tersebut, sila tinggalkan komen pada Submit a Review ataupun di post ini.Saya akan update dengan secepat mungkin.

Reviu ikhlas oleh anda dapat membantu ramai webmaster dimasa hadapan memilih hosting yang terbaik :)

Kunjungi http://malaysiahostingreview.net

Delicious
Related Posts with Thumbnails

Related posts:

  1. Penyedia Web Hosting manakah pilihan anda?
  2. JomPHP web hosting – hosting percuma dengan sokongan ke atas Wordpress, Phpbb, FTP dll
  3. Promosi hosting & domain sempena Merdeka – Sehingga 50%!
  4. PES2009 games reviu
  5. Perkhidmatan setup blog wordpress

>> Entri ini telah dibaca sebanyak 2,791 kali <<

14 Comments

leave a comment
  1. MK (17 comments.) / Feb 10 2009

    Baguih2.. nanti aku letakkan reviu aku gak :)

  2. darkk (47 comments.) / Feb 10 2009

    nice-nice. idea yang menarik bro!

    lalala~~

  3. chokilala (4 comments.) / Feb 10 2009

    menarik. nanti saya tgk ok (Y)

  4. Ducks / Feb 10 2009

    ok gak idea ni… kang aku g rating.. heheh ;-)

  5. EiNS (994 comments.) / Feb 10 2009

    hahah g rate reramai bru meriah :-)

    ducks, knape x name tu x bg link ke blog ko je?

  6. Gadis Lonely? (1 comments.) / Feb 11 2009

    idea yang bagus.. dan semua orang pasti akan dapat benefit dari web tu.. maybe someday..

    cuma aku rasa, kalau theme tu guna yg lebih nampak pro n intelek.. mesti cool……. (Y)

    • cyberfly (379 comments.) / Feb 11 2009

      mmg sbelum ni byk try theme yg lebih professional, cuma nak integrate plugin untuk rating tu punya la susah.

      dan lepas byk try n error, themes ni paling senang nak integrate.tu pn kena edit byk gak (I)

  7. loque (2 comments.) / Feb 11 2009

    cool bro…
    entry yg kutungu2 telah tibaaa
    tak de la pening kepala aku nak pilih hosting mana nanti
    hehe
    thx bro

  8. buletinpc (5 comments.) / Feb 11 2009

    satu perkhidmatan yang bagus disediakan,,,,baru lah syarikat hosting akan berlumba-lumba untuk memberi services tang terbaik

    • buletinpc (5 comments.) / Feb 14 2009

      update to owner..i dah letak link u di blog buletinpc.com

  9. Roslan Nazri (25 comments.) / May 26 2009

    nice…dah penah pergi web tu..tp tak post komen review lagi..tapi mudah la bagi sape2 yg nak pilih hosting leh baca situ kan.. :w00t:

  10. Jimmy MRR2 (3 comments.) / Jul 18 2009

    Hu hu, memang x salah ko pilih niche ni. Untuk makluman, keyword berkaitan hosting merupkan antara ‘high paying keyword’.
    Jimmy MRR2´s last blog ..Change Mobile service provider easily My ComLuv Profile

  11. masokis (7 comments.) / Aug 7 2009

    Aku punya web DUNGUN.ORG pakai host luar…
    ceh, berat nak mapus..
    masokis´s last blog ..PROJECT; MASOKIS ANTI VIRUS My ComLuv Profile

Leave a Comment

CommentLuv Enabled
:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:
OPTION: 1