Post Format

Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama

Soalan daripada pembaca JomPHP;

salam…sy nk tanya, mcm mane nkmaintain kan performance pc klu pc nih running non-stop 24/7…slalunye pc akan lembap lps restart ok blk…

Biasanya, pc atau laptop kalau dibiarkan on selama berpuluh-puluh jam pasti akan menjadi panas, dan seterusnya mengakibatkan performance komputer menjadi “sluggish” dan kerap hang. Tapi, selepas restart atau shutdown, performance komputer akan menjadi laju seperti sedia kala.

Untuk mengatasi masalah tersebut, berikut adalah langkah2 yang boleh diambil;


Software solutions

1. Speedfan

speedfan

Salah satu sebab komputer jadi slow ialah masalah overheating. Speedfan boleh menunjukkan temperature processor dan juga GPU komputer. Anda juga boleh set automatic fan speed bagi membolehkan speedfan mengawal kelajuan kipas pada gpu dan cpu.

Download SpeedFan.

2. Power Management

edison power management

Jika membiarkan komputer on untuk tujuan download (idm/torrent) anda boleh turn off fungsi lain bagi menjimatkan elektrik serta mengelakkan komputer menjadi panas.

Untuk akses power management di komputer anda, boleh gunakan Power Option dalam Control Panel. Taip powercfg.cpl pada start menu.

Atau untuk lebih mudah gunakan perisian Edison.  Download Edison di sini.

3. Ram defragmenter

Kadang2 komputer jadi slow mungkin juga sebab memory leak disebabkan perisian yang anda gunakan ini di-coding dengan buruk.

Anda boleh cuba perisian seperti SpeedUpMyPC untuk defrag ram dan sekaligus menjadikan komputer lebih lancar.

4. OS

Jika ada ram lebih daripada 4gig, sila gunakan OS 64 bit (x64) dan bukannya OS 32bit (x86). 64 bit OS lebih lancar, laju dan stabil kerana ia mampu menggunakan kesemua kapasiti ram yang ada.

Hardware solutions

1. Upgrade processor

Processor lama agak slow dan cepat panas. Jadi kalau ada duit sila upgrade ke processor dengan teknologi terkini yang laju serta menjimatkan tenaga dan kurang panas. Contohnya seperti Intel Core i5 dan i7 serta AMD Phenom II.

2. Upgrade ram

Kalau ram hanya 2gig for sure la komputer takde la lancar sangat. Nak multitasking pun kena la ada ram yang banyak. At least, anda kena ada sekurang-kurangnya 4gig ram baru lah rasa nikmat menggunakan komputer yang laju dan tidak lag.

3. Gunakan kipas yang lebih bagus

Biasanya stock fan yang ada pada CPU agak cikai, dan cepat panas. Jadi anda boleh tukar fan yang lagi hebat dan dahsyat bagi membolehkan cpu bertahan lama tanpa panas.

Jika menggunakan notebook, pastikan guna notebook cooler bagi elak notebook daripada cepat panas.

Kalau boleh, turn off la komputer sekali sekala. Tak kira la komputer harga rm10k sekalipun, Kalau biar on selama beberapa hari mesti la panas.

Jagalah kesihatan komputer masing2 dengan baik! Open-mouthed smile

Users who found this page were searching for:

  • penggunaan ram site:jomphp.com
  • cara shut down laptop lain guna notepad
  • macam mana speedkan internet
  • amd processor lama
  • cara nak cepatkan masa shutdown laptop windows 7
  • nk kawal cpu intel celeron 1.5
  • macam mana speedkan internet
  • download torrent perlu ram dan processor laju
  • boleh ke upgrade dua core ke core i5
  • bagi cpu lagi laju

Author: EiNS

Seorang yang sukakan IT, gila modding gadgets dan smartphone. Follow beliau di twitter @einztrigger kerana beliau seorang yang cool dan boleh juga baca blog EiNS.MY

24 comments

  1. Pingback: Tweets that mention Maintain performance pc selepas penggunaan yang lama | JomPHP -- Topsy.com

  2. Hmm.. laptop aku ni masalahnya bahagian harddisk. panas sangat. Lagi satu, laptop aku makin lama makin lembap. Mozilla firefox pulak mengambil masa yang agak lama untuk browse. Macam mana nak bagi performance lagi bagus untuk laptop aku ni erk ?

    Reply
  3. aku pakai wins7 profesional 64bit, ram 2gig (ddr3), processor core i5..boleh ke..klu x upgrade ram..main game especially fifa manager 10..ada hang..apa masalah sebenarnya..klu upgrade ram..brapa harga bg ram ddr3 2gig

    Reply
    • Bisanya kalau letak atas katil terutama permukaan yang lembut seperti atas tilam / bantal atau yg seumpama dgnnya akan menyebabkan kipas cepat berdebu. Jadi kipas tdk dapat bekerja dgn lebih efektif dan meyebabkan laptop akan menjadi lebih cepat panas.

      Reply
  4. salam bro….
    nak tnye sket,aku nak beli laptop baru..
    model ASUS a42jv-vx042v-w7hp 14″
    boleh komen tak pesal laptop ni..
    harga,graphiccard.processer sume..

    lagi satu ..bley x OC i5 ngan i7~?

    Reply
  5. aku pkai processor AMD Turion ll….komen skit sal processor aku nih???..sesuai ke x dgn 2 gig ram :cheerful:

    Reply

Leave a Reply

Required fields are marked *.

*