UXDE dot Net Wordpress Themes

Laptop Windows 8 Samsung Series 7 Ultra & Series 7 Chronos

By

Samsung-series-7-ultra

Samsung mengumumkan dua model laptop Windows 8 terbaru iaitu Samsung Series 7 Ultra dan Samsung Series 7 Chronos untuk pasaran laptop kelas tinggi (high-end).

Untuk yang mahukan kuasa pemprosesan terbaik dalam laptop mudah alih, Samsung Series 7 Chronos dilengkapi dengan skrin 15.6” dengan resolusi HD 1920x1080p, processor quad-core Intel Core i7, 16 GB RAM, 1 Terabyte hard disk, dan graphic card AMD Radeon HD 8870 2GB. Walaupun dengan spesifikasi yang canggih, Samsung Series 7 Chronos masih mampu mengekalkan ketebalan sekadar 20mm dan ketahan bateri selama 11 jam.

Jika anda mahukan laptop dalam kategori Ultrabook dan nipis, Samsung Series 7 Ultra mempunyai skrin sebesar 13.3” dan resolusi HD 1920x1080p. Processor boleh dipilih dari Core i5 atau Core i7 dan mempunyai graphic card AMD Radeon HD 8570.

Samsung Series 7 Ultra juga boleh dilengkapi dengan fungsi touch-screen jika mahu (dengan penambahan harga) serta ketahanan bateri selama 8 jam.

Masih belum diketahui adakah model laptop Samsung Series 7 akan berada di pasaran Malaysia dan harga anggaran kasar bagi laptop di atas ialah sekitar RM3000-RM4500 untuk Series 7 Ultra dan RM4500-RM6000 untuk model Series 7 Chronos.

Sumber : Samsung Series 7 Chronos dan Series 7 Ultra

Incoming search terms:

Eins - penulis Jomphp, Eins.MY dan beberapa blog lagi. Suka benda kreatif, kuat main game dan hobi pada masa lapang ialah membaca komik serta bacaan berkaitan teknologi dan komputer. Follow twitter @einztrigger.

Discussion 5 Comments