Kunci folder peribadi anda dengan My Lockbox

secret folder My Lockbox ialah perisian percuma untuk anda kunci dan sorok folder-folder dalam komputer anda dengan senang.

Mungkin ada benda yang anda tak ingin orang lain tengok contohnya gambar atau video peribadi, dokumen2 penting, projek rahsia dll jadi anda boleh gunakan perisian ini bagi menjamin keselamatan fail peribadi anda daripada diakses oleh orang lain.

Apa yang perlu anda buat ialah install perisian My Lockbox dan lancarkan control panel perisian ini. Masukkan password dan pilih folder yang hendak di-lock.

 

Untuk mengakses kembali folder anda yang telah dikunci, hanya perlu masukkan password. Tahap sekuriti perisian ini agak bagus jadi tidak perlu risau password anda dapat dipecah masuk. Folder yang telah disorok juga tidak akan kelihatan walaupun di dalam safe mode.

 

image

Anda juga boleh menukar skin bagi My Lockbox, ini menjadikan perisian lebih mesra pengguna dan sedap mata memandang.

Download My Lockbox sekarang.