Kali ini, penulis akan berbicara sedikit mengenai Celcom Broadband. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang kelajuan internet menggunakan Celcom Broadband berbanding dengan TMNet Streamyx misalnya.Penulis menggunakan Celcom Broadband 3.6Mbps pakej d98 dan berada di kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang. Apa yang boleh saya kata ialah kelajuan internet Celcom BB ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan ISP lain.
Kelebihan Celcom Broadband:
1) Download speed yang sangat tinggi (bergantung kepada pakej dan modem yang digunakan)
2) Surfing (pelayaran) internet yang lebih pantas
3) Murah - anda hanya bayar rm98 untuk kelajuan (hingga) 3.6Mbps
4) Sangat berpatutan untuk pelajar, boleh digunakan di mana saja
5) Tidak perlu bayar sewa talian telefon bulanan
6) Dan lain-lain
Ini adalah screenshot statistik kelajuan Celcom Broadband menerusi Mobile Partner, software terbina dalam modem Huawei E220.
Dan ini pula screenshot yang dirakam ketika penulis mendownload video dari Youtube. Cuba tengok download speed, hebat bukan? haha...Memandangkan penulis merupakan heavy downloader dan heavy gamer, ada sedikit perkara yang penulis agak tidak suka mengenai Celcom Broadband, iaitu :
1) Kelajuan download p2p dan torrent kurang memuaskan (ares, limewire, torrent, mirc dll)
2) Permainan online tidak memuaskan malah selalu lag
3) Tidak boleh download dari laman hosting file (Rapidshare, Megaupload dll) kerana berkongsi IP
4) Dan lain-lain
Macam mana dengan Maxis Broadband? Emm...berdasarkan pengalaman, saya boleh katakan bahawa Celcom Broadband adalah jauh lebih baik dari Maxis Broadband dari pelbagai aspek.
Celcom Broadband masih merupakan alternatif yang baik kepada penyedia internet lain yang terdapat di Malaysia. Semoga servis perkhidmatan akan lebih ditingkatkan dimasa hadapan dan memberi faedah yang besar kepada pelanggan yang mempercayai Celcom.
Ada soalan? Sila komen ya ;)
Users who found this page were searching for:
- cara atasi speed broadband celcom yang slow
- cara hack celcom broadband
- bypass celcom broadband usage limit
- hack no telefon pelanggan celcom
- how to hack maxis broadband?
- hack celcom broadband selepas limit
- internet 3.6 mbps
- celcom broadband trial
- beza antara broadband huawei
- how to hack maxis broadband limit speed
Related posts:




